Allah Sengaja Jadikan Mereka Macamni, Inilah Saiz Penghuni Nara’ka Yang Langsung Tak Masuk Akal!

< gambar diatas hanyalah illustrasi semata2 yang dipetik dari anime attack on titan >

SOALAN :

Betul ke kat akhirat nanti badan penghuni Nara’ka jadi besar Supaya senang disi’ksa Ustaz? mohon pencerahan…

JAWAPAN :

Berikut ialah hadis-hadis sahih yang menjelaskan tentang saiz dan ukuran tubuh badan manusia yang menjadi penghuni nera’ka. Semoga Allah SWT melindungi dan menyelamatkan diri kita semua daripada si’ksaan api nera’ka.

.اللهم إنا نسألك رضاك والجنة، ونعوذ بك من سخطك والنار

SAIZ DAN UKURAN TUBUH BADAN PENGHUNI NARA’KA.

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda :

.ما بين منكبي الكافر في النار مسيرة ثلاثة أيام للراكب المسرع

Maksudnya : “Jarak di antara dua hujung bahu orang ka’pir di dalam nera’ka (ialah) SEJAUH PERJALANAN TIGA HARI yang ditempuhi (oleh) penunggang kuda yang pantas lariannya.”
– (Hadis SAHIH riwayat Imam al-Bukhari, no. 6551, dan Imam Muslim, no. 2852).

Imam an-Nawawi rahimahullah menyatakan bahawa :

هَذَا كُلُّهُ لِكَوْنِهِ أَبْلَغَ فِي إِيلَامِهِ وَكُلُّ هَذَا مَقْدُورٌ لِلَّهِ تَعَالَى يَجِبُ الْإِيمَانِ بِهِ لِإِخْبَارِ الصَّادِقِ بِهِ

Maksudnya : “Ini semua bertujuan supaya menjadikannya lebih maksimum dalam menyi’ksanya (orang ka’pir di dalam nera’ka). Dan ini semua di bawah kekuasaan Allah Ta’ala yang wajib kita beriman dengannya, (dan sebagai peringatan bahawa adanya) berita daripada as-Sodiq (Nabi Muhammad SAW) mengenai perkara ini.”
– (Rujukan : Syarah Sahih Muslim, 17:186).

Daripada Zaid bin Arqam r.a (bahawa) :

.إن الرجل من أهل النار ليعظم للنار، حتى يكون الضرس من أضراسه كأحد

Maksudnya : “Sesungguhnya seseorang (manusia) daripada penghuni nera’ka akan MEMBESAR (ketika masuk) ke dalam nera’ka, sehingga gigi gerahamnya (penghuni nera’ka) SEBESAR BUKIT UHUD.”
– [Riwayat Imam Ahmad, 32:13. Syu’aib al-Arnaut menyatakan bahawa : “Sanadnya mausul (bersambung) dan statusnya seperti sabda (hadis) Nabi SAW”].


Bukit Uhud

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda :

.ضِرْسُ الْكَافِرِ، أَوْ نَابُ الْكَافِرِ، مِثْلُ أُحُدٍ وَغِلَظُ جِلْدِهِ مَسِيرَةُ ثَلَاثٍ

Maksudnya : “Gigi geraham atau gigi taring orang ka’pir (penghuni nera’ka) seperti BUKIT UHUD, manakala tebal kulitnya pula SEJAUH PERJALANAN TIGA HARI.”
– (Hadis SAHIH riwayat Imam Muslim, no. 2851).

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda :

ضرس الكافر يوم القيامة مثل أحد، وعرض جلده سبعون ذراعاً، وعضده مثل البيضاء، وفخذه مثل ورقان، ومقعده من النار ما بيني وبين الربذة

Maksudnya : “Gigi geraham orang ka’pir pada hari Qia’mat (ialah) seperti bukit Uhud, lebar telinganya (ialah) tujuh puluh hasta, lengannya seperti bukit Baidha, pahanya seperti bukit Waraqan, dan tempat duduknya di nera’ka (lebarnya seperti) antara (jarak) aku (Rasulullah SAW di Madinah) dengan ar-Rabazah (sebuah lembah di luar Madinah yang jauh daripada orang ramai).”
– (Hadis SAHIH riwayat Imam al-Hakim dan Imam Ahmad).

Namun demikian, saiz dan ukuran tubuh badan seperti yang dinyatakan di atas tidak berlaku kepada semua penghuni nera’ka. Ini kerana ada juga manusia yang Allah SWT masukkan mereka ke dalam nera’ka dalam bentuk tubuh badan yang sangat kecil.

Imam al-Munawi menukilkan keterangan daripada Imam al-Qurtubi bahawa :

وهذا إنما يكون في حق البعض بدليل حديث إن المتكبرين يحشرون يوم القيامة أمثال الذر في صورة الرجال فيساقون إلى سجن في جهنم يقال له بولس

Maksudnya : “Ini hanya berlaku untuk sebahagian ahli nera’ka sahaja dengan dalil hadis yang menyatakan bahawa orang-orang yang so’mbong pada hari Qia’mat nanti akan dikumpulkan dalam rupa bentuk manusia yang berukuran sama seperti SEBIJI ZARAH (HABUK). Mereka akan dihe’ret masuk ke dalam pen’jara di dasar nera’ka Jahann’am yang dipanggil sebagai Bulis.”
– (Rujukan : Faidhul Qadir Syarah al-Jami’ as-Soghir, karya Imam al-Munawi, 4:254).

Imam al-Qurtubi juga menyatakan bahawa :

.ولا شك أن الكفار متفاوتون في العقاب كما علم من الكتاب والسنة

Maksudnya : “Tidak ragu-ragu lagi bahawa huku’man (di dalam nera’ka) untuk orang ka’pir itu bertingkat-tingkat sepertimana yang diketahui daripada Kitab (al-Quran) dan as-Sunnah.”
– (Rujukan : Faidhul Qadir Syarah al-Jami’ as-Soghir, karya Imam al-Munawi, 4:254).

.واللَّه أعلم بالصواب

AL-FAQIR ILALLAH :

Sumber  :

AL-FAQIR SYAMSUL HADI BIN HAJI ABDUL SUKOR.
Guru,
Sekolah Menengah Agama al-Taqwa (SMAT),
Bukit Beruntung, Hulu Selangor.
(Rabu, 8 Rejab 1438 Hijriyyah / 5 April 2017).
www.syamsulhadisukor.blogspot.com

PENAFIAN: HARMAGIDUN TIDAK PERNAH SAMA SEKALI MEMBAWA BERITA FAKE ATAUPUN HOAX SEKADAR UNTUK DAPATKAN HYPE ATAUPUN VIRAL, SEMUA ARTIKEL YANG DISIARKAN DISINI ADALAH UNTUK KITA SEMUA MUHASABAH DIRI DAN PERSIAPKAN DIRI UNTUK CABARAN GETIR YANG BAKAL MENDATANG….

Alhamdulillah semoga perkongsian ini mendekatkan kita dengan ALLAH maha pencipta, dan sentiasa mengingatkan kita dengan ma’ti dan qia’mat yang tiba pada bila-bila masa. Harap tuan/puan dapat like dan share artikel ini kepada rakan-rakan lain mudah-mudahan bertambah ilmu kita bersama!

Sampaikanlah walau hanya sepotong ayat

> HARMAGIDUN<

Untuk pelbagai info lain boleh layari laman web dan follow telegram dibawah:

– Bagi yang ingin belajar cara trading saham secara PERCUMA boleh layari laman web https://entrybiru.com/
– Untuk mengikuti kelas intensif khas saham secara PERCUMA di telegram boleh join channel telegram https://t.me/EntryBiru
– Bagi mendapatkan sebarang info dan bahan pengajaran dan pembelajaran kurikulum sekolah rendah dan menengah boleh layari laman web https://sumberpendidikan.com/
– Untuk mendapatkan updet terkini secara lebih pantas dan mesra pengguna dari web sumberpendidikan boleh join channel telegram https://t.me/sumberpendidikan
– Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari https://travula.com.my/

Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita tidak kira dalam apa jua bidang diceburi. Amin!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *