11 Golongan Yang Dijanjikan Allah Masuk Syurga Tanpa Hisab, InsyaALLAH kita pun Boleh Tergolong!

Tak ada seorang pun manusia di atas muka bumi ini yang mahukan nera’ka sebagai destinasi akhir, kalau dibuat servey dan dibuat bancian rumah ke rumah sudah tentu semua orang akan jawab bahawa mereka ingin memasuki syurga sebagai matlamat destinasi yang terakhir. Alangkah Bertuahnya kita jika tergolong didalam 11 golongan yang dijanjikan masuk Syurga ini.. malah dibangkitkan dengan muka penuh bercahaya seperti bulan purnama. Allahu Rabbi…

11 golongan yang dijanjikan Allah masuk ke Syurga ini adalah tanpa hisab tanpa sebarang perhitungan dari ALLAH! Menurut hadis yang diriwayat Bukhari dan Muslim bersumber dari Ibnu Abbas r.a, terdapat 70,000 umat Muhammad s.a.w yang akan masuk syurga tanpa hisab dan tanpa azab. Ia terbahagi kepada 11 golongan manusia ini dan dikatakan akan mempunyai muka bercahaya seperti bulan purnama. Siapakah 11 golongan manusia yang akan masuk syurga tanpa hisab ini?

1. Ahli As-Sabr (Ahli Kesabaran)

Golongan yang sentiasa bersabar menjalani suruhan dan sentiasa taat kepada Allah. Mereka yang sentiasa menghindarkan diri dari melakukan ma’kslat.

2. Ahli Al-Fadl (Ahli Kemuliaan)

Golongan ini adalah orang yang bersabar menanggung kesa’kitan apabila diza’limi dan diperb0’dohkan dan mereka senantiasa memaafkan segala keja’hatan yang dilakukan terhadap mereka.

3. Berjiran Kerana Allah

Golongan ini akan saling berziarah dalam berkasih sayang kerana Allah. Mereka yang duduk dan bangun bersama-sama dengan saudara mereka kerana Allah. (hadis riwayat Abu Nu’aim daripada Ali bin Husain)

4. Orang yang me’ninggal dalam perjalanan ke Mekah, tidak kira pergi atau balik. (hadis riwayat Jabir)

Makkah adalah tempat yang mulia disisi ALLAH, tempat dimana tinggalnya Nabi Muhammad satu ketika dahulu, tempat dimana berlakunya perkembangan Islam selain di Madinah. Sentiasalah kita simpan dalam hati bahawa kita berazam nak pergi kesana dan menen’ggal di sana.

5. Golongan yang senantiasa menuntut ilmu yang membawa ke jalan Allah, perempuan yang taat kepada suami dan anak yang berbakti kepada ibu bapa. (hadis marfu’ sumber Abu Ayyaub al-ansari)

Ilmu pengetahuan adalah pelita hidup, tanpa ilmu pengetahuan manusia akan hidup dalam keadaan tidak bertamadun dan pastinya amat susah untuk manusia menerima dakwah Islamiyah sekiranya otak mereka tertutup dari hadirnya ilmu baru, taat kepada suami dan berbakti kepada ibubapa adalah tanggungjawab yang dituntut terhadap seorang isteri dan anak, merekalah kunci syurga kita tak kira sewaktu masih hidup ataupun sudah meneng’gal dunia.

6. Individu yang dalam perjalanan hendak menunaikan hajat saudara seislamnya sehingga tertunai hajat tersebut dan menenggal dalam masa tersebut. (hadis marfu’ sumber daripada Anas)

Bukan mudah nak jumpa saudara yang sanggup berma’tian demi menunaikan hajat saudaranya yang lain, itulah sebabnya ALLAH angkat darjat hambanya yang sebegini hinggakan boleh masuk syurga tanpa hisab.

7. Individu yang mengasuh kanak-kanak sehingga kanak-kanak itu berupaya mengucapkan ‘lailahaillallah”. (hadis sumber daripada A’isyah r.a)

Perbuatan ini juga merupakan perbuatan yang membolehkan si pelaku mendapat pahala jariah, yakni pahala yang tak akan terputus walaupun si pelaku telah meneng’gal dunia, hal ini kerana si pelaku telah melakukan kebaikan yang berterusan arusnya.

8. Orang Islam lelaki dan perempuan yang me’ninggal pada malam dan siang hari jumaat. (hadis marfu’ sumber daripada ‘Ata’)

Hari jumaat merupakan hari mulia dan juga penghulu segala hari, bukan calang-calang orang boleh menen’ggal pada hari ini.

9. Hamba Allah yang bersabar dengan ujian ba’la bencana pada tubuhnya ataupun pada tubuh anaknya. (hadis marfu’ riwayat Hakim at-Tirmidzi)

Orang yang paling kuat adalah orang yang bersabar, kita tak nampak ganjaran bersabar di dunia tapi di akhirat kelak beruntunglah mereka yang sentiasa bersabar. Ujian ALLAH itu adalah tanda bahawa ALLAH sayangkan kita.

10. Individu yang menggali perigi di tengah padang dengan penuh keimanan demi mendapatkan ganjaran Allah. (Ibn Mas’ud)

Bersusah payah demi manfaat semua. inilah perbuatan yang membolehkan si pelaku mendapat pahala yang besar, lebih untung lagi perbuatan ini mendatangkan pahala jariah yang tidak putus aliran pahalanya

11. Orang yang ma’ti syahid mempertahankan agama Islam.

Al-Hakim dan Al-Baihaqi mengeluarkan hadis bersumber daripada Jabir secara marfu’: “Barangsiapa yang lebih kebajikannya atas keja’hatannya, maka mereka itulah yang masuk ke syurga tanpa hisab dan barang siapa yang sama kebajikannya dan keja’hatannya maka mereka itulah yang dihisabkan dengan hisab yang sedikit, dan barang siapa yang keja’hatannya lebih banyak, maka dialah yang diberikan syafaat setelah menerima siksaannya.”

Mudah-mudahan kita tergolong dalam kumpulan manusia yang dapat masuk ke syurga tanpa hisab ini.

PENAFIAN: HARMAGIDUN TIDAK PERNAH SAMA SEKALI MEMBAWA BERITA FAKE ATAUPUN HOAX SEKADAR UNTUK DAPATKAN HYPE ATAUPUN VIRAL, SEMUA ARTIKEL YANG DISIARKAN DISINI ADALAH UNTUK KITA SEMUA MUHASABAH DIRI DAN PERSIAPKAN DIRI UNTUK CABARAN GETIR YANG BAKAL MENDATANG….

Alhamdulillah semoga perkongsian ini mendekatkan kita dengan ALLAH maha pencipta, dan sentiasa mengingatkan kita dengan ma’ti dan qia’mat yang tiba pada bila-bila masa. Harap tuan/puan dapat like dan share artikel ini kepada rakan-rakan lain mudah-mudahan bertambah ilmu kita bersama!

Sampaikanlah walau hanya sepotong ayat

> HARMAGIDUN<

Untuk pelbagai info lain boleh layari laman web dan follow telegram dibawah:

– Bagi yang ingin belajar cara trading saham secara PERCUMA boleh layari laman web https://entrybiru.com/
– Untuk mengikuti kelas intensif khas saham secara PERCUMA di telegram boleh join channel telegram https://t.me/EntryBiru
– Bagi mendapatkan sebarang info dan bahan pengajaran dan pembelajaran kurikulum sekolah rendah dan menengah boleh layari laman web https://sumberpendidikan.com/
– Untuk mendapatkan updet terkini secara lebih pantas dan mesra pengguna dari web sumberpendidikan boleh join channel telegram https://t.me/sumberpendidikan
– Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari https://travula.com.my/

Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita tidak kira dalam apa jua bidang diceburi. Amin!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *