Sekali Tengok Memang Langsung Tak Percaya, Tapi Inilah Dia Wali ALLAH Yang Zuhud lagi Mulia!

Bila kita lihat seseorang dan orang tersebut buatkan kita ingat pada ALLAH tanpa perlu dia berbuat apa-apa pun, percayalah bahawa orang tersebut bukanlah orang biasa-biasa…

Pok Soh Wali ( 1946 – Sekarang )

Oleh : Tengku Yusuff

Nama sebenar wali Allah yang zuhud ini ialah Jusoh Bin Salleh dan dilahirkan pada tahun 1946. Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan beliau berasal dari Terengganu Darul Iman.

Pernah suatu masa dahulu, viral satu kisah ajaib di mana ada seorang pak cik tua yang nampak sangat dhaif masuk ke sebuah restoran. Ramai orang di kedai tersebut memandang serong terhadapnya. Akhirnya pak cik tua tersebut belanja kesemua orang dalam restoran tersebut. Inilah dia pak cik yang kelihatan sangat dhoif yang dimaksudkan di dalam kisah itu.

Sememangnya Pok Soh adalah seorang yang berperwatakan amat zuhud dan dhaif. Orang-orang sekitar Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun, Kuantan mungkin kenal dengan wali Allah ni. Pok Soh Wali gemar beriktiqaf di masjid dan surau. Dikisahkan oleh mereka yang pernah bertemunya, saban tahun Pok Soh dizinkan Allah Taala bertemu malam Lailatul Qadar.

Pok soh tinggal di Bukit Bauk, Dungun. Suatu kawasan yang penuh dengan kisah- kisah misteri alam gha’ib seperti penampakan ji’n, penempatan makhluk halus dan seumpamanya. Dikisahkan juga para ji’n dikawasan tersebut amat takut dan hormat pada Pok Soh.

Kadang kala beliau ada di Kuala Terengganu dan kadang kala ada yang melihat beliau di Kemaman. Saya percaya beliau seorang yang dikurniakan Allah Taala karomah yang besar.

Pok Soh Wali merupakan seorang ahli dalam ilmu tasawuf. Sesiapa yang berjumpa beliau pasti akan mendapat kata-kata nasihat yang berbentuk penyucian hati. Antara nasihatnya ialah :

● Orang mukmin yang hebat itu ialah :
1. Dia meninggalkan dunia, sebelum meninggal dunia,
2. Dia bersedekah sampai kaya, bukan dah kaya baru bersedekah,
3. Dia berdakwah sampai jadi alim, bukan dah alim baru berdakwah,
4. Dia beramal sampai ikhlas, bukan dah ikhlas baru nak beramal.

● Tubuh itu dari tanah, maka penawarnya ialah apa yang datang dari tanah. Ro’h itu dari Allah, maka penawarnya juga adalah apa yang datang daripada Allah.

Diceritakan oleh Tuan Guru Ustaz Mustaffa Kamal Hamzah – Mudir Madrasah al-Hidayah, Batu Burok yang selalu mendapat nasihat dan tunjuk ajar Pok Soh Wali :

“Pok Soh Wali ialah seorang wali Allah yang Allah Taala sembunyikan. Siapa-siapa yang nak cari atau jumpa beliau pasti tak kan jumpa. Tapi kalau kita tak berhajat pun nak jumpa beliau. InsyaAllah kita akan jumpa”

al-faqir pernah hampir bertemunya dalam 10 meter sahaja pada tahun 2014, tapi itulah kehendak Allah Taala. Benar sungguh kata Tuan Guru Ustaz Mustaffa Kamal, Jumpa bila tak berhajat, Hilang bila ia berhajat.

Pernah ada satu kisah seorang pemuda yang sedang dalam tekanan akibat berfikir panjang di sebuah kedai makan mengenai bagaimana nak selesaikan hutang yang berjumlah ribuan ringgit. Tiba-tiba Pok Soh Wali datang ke kedai tersebut. Pemuda ni kasihan tengok Pok Soh dengan keadaan yang dhaif lalu dijemputnya duduk semeja dengan dia. Selesai makan, Pok Soh tanya kenapa muram. Pemuda itu beritahu tengah fikir macam mana nak bayar hutang. Dengar penjelasan itu, Pok Soh pun berlalu pergi. Malam itu, tiba-tiba pintu rumah pemuda tersebut diketuk dan ternyata Pok Soh datang dengan menghulurkan sepucuk sampul. Dalam sampul surat tu ada jumlah wang yang cukup, serupa dengan hutangnya. Yang menghairankan bagaimana Pok Soh tahu jumlah tersebut sedangkan pemuda itu tak beritahu pun dan bagaimana juga Pok Soh mengetahui rumahnya. Wallahualam.

*Sumber – Tuan Guru Ustaz Mustaffa Kamal & Maklumat awam di FB

#KenaliUlamak

Ada ura-ura mengatakan Pok Soh telah pun pergi dijemput ilahi, jika benar maka hilanglah satu permata yang berkilau….

PENAFIAN: HARMAGIDUN TIDAK PERNAH SAMA SEKALI MEMBAWA BERITA FAKE ATAUPUN HOAX SEKADAR UNTUK DAPATKAN HYPE ATAUPUN VIRAL, SEMUA ARTIKEL YANG DISIARKAN DISINI ADALAH UNTUK KITA SEMUA MUHASABAH DIRI DAN PERSIAPKAN DIRI UNTUK CABARAN GETIR YANG BAKAL MENDATANG….

Alhamdulillah semoga perkongsian ini mendekatkan kita dengan ALLAH maha pencipta, dan sentiasa mengingatkan kita dengan ma’ti dan qia’mat yang tiba pada bila-bila masa. Harap tuan/puan dapat like dan share artikel ini kepada rakan-rakan lain mudah-mudahan bertambah ilmu kita bersama!

Sampaikanlah walau hanya sepotong ayat

> HARMAGIDUN<

Untuk pelbagai info lain boleh layari laman web dan follow telegram dibawah:

– Bagi yang ingin belajar cara trading saham secara PERCUMA boleh layari laman web https://entrybiru.com/
– Untuk mengikuti kelas intensif khas saham secara PERCUMA di telegram boleh join channel telegram https://t.me/EntryBiru
– Bagi mendapatkan sebarang info dan bahan pengajaran dan pembelajaran kurikulum sekolah rendah dan menengah boleh layari laman web https://sumberpendidikan.com/
– Untuk mendapatkan updet terkini secara lebih pantas dan mesra pengguna dari web sumberpendidikan boleh join channel telegram https://t.me/sumberpendidikan
– Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari https://travula.com.my/

Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita tidak kira dalam apa jua bidang diceburi. Amin!

Leave a Reply

Your email address will not be published.