Bersedialah! Umur 36 hingga 39 tahun adalah fasa kemuncak ujian Allah, Semua Akan Hadapi Tiada Yang Terlepas!

Ujian ALLAH hadir untuk buat kita sentiasa ingat padanya, jangan kita merungut tatkala didatangi ujian, sebaliknya bersyukurlah kita kerana ALLAH masih tegur kita dikala kita buat salah. Anggaplah ujian itu sebagai cara ALLAH betulkan segala khilaf kita…

Kekal tenang di penghujung usia 30 an.

Masa umur 27 tahun dulu, saya tengok rakan sekerja yang dah masuk ke usia 37 tahun ke atas ni, memang ‘tantrum’ selalu. Saya memang tak faham kenapa. Kadang-kadang tu perkara kecik pun boleh dibuat jadi bahan melenting. Kita yang tengok ni pun boleh jadi stre’ss, ge’ram pun ada. Semua benda nak ma’rah orang.

Asyik mele’nting saja tak sudah-sudah!

Kini bila saya sendiri yang berada di tempat mereka sekarang, barulah saya faham semuanya. bukan saja saja dia mele’nting, memang sen’sitif betul bila dah masuk fasa umur ni…

Hamba ALLAH yang dah masuk usia 36 nak ke 40 tahun ni memang Allah uji dengan ujian kesabaran level paling maksimum. Memang padu punya ujian! Jangan mudah putus asa dan berhenti berharap sebab syai’tan akan masuk menghas’ut ketika mana manusia paling lemah…

Usia 36, 37 dan 38 tu memang kemuncaklah senang cerita. Tak kira lelaki atau perempuan.
Cuba kalian tengok sendiri rakan sekerja yang dalam lingkungan usia 36, 37, 38 dan 39 tahun.
Tak pun cuba kalian semak diri sendiri.

Diusia itulah juga penentu bagaimana sikap kalian nanti apabila mencecah usia 40 tahun!

Pang!!

Masa usia 36, 37, 38 dan 39 tahunlah ujian bertalu-talu.

  1. Kesihatan
  2. Keluarga
  3. Sahabat
  4. Kerjaya
  5. Ibubapa
  6. Adik-beradik
  7. Ipar duai
  8. Kebendaan

Sampai masa kalian akan rasa sendiri macam tak cukup tanah nak berlari .

Kita semua wajib hadap perasaan ni!

  • Masa inilah ada yang rumahtangga go’yang
  • Masa inilah ada rumahtangga yang ga’gal
  • Masa inilah ada yang hilang kerjaya
  • Masa inilah ada yang mula sa’kit-sa’kit
  • Masa inilah ada yang dikhia’nati sahabat sendiri
  • Masa inilah ada yang berada dalam dilema macam-macam hal
  • Masa inilah kenderaan rosak
  • Masa inilah rumah yang beli 5 tahun lepas dah kene ‘repair’ sana sini
  • Masa inilah anak-anak membesar dan banyak akal

Ya! Usia 36 tahun sehingga usia 39 tahun ini adalah usia kemuncak ujian Allah yg dahsyat!

  1. Menguji keimanan
  2. Menguji kesabaran
  3. Melatih diri dengan reda dan ikhlas
  4. Mendidik hati belajar memaafkan dan melupakan
  5. Mengajar diri menjadi lebih beriman

Kenapa? Kenapa semua ini berlaku?

Jawapannya tidak lain tidak bukan adalah kerana

– ALLAH SAYANG-

DIA jemput kita perlahan-lahan untuk meniti usia 40 dengan tenang. Bersedia untuk masuk ke alam lebih dewasa. Meninggalkan usia fasa muda yang lalu.

DIA nak kita sujud dan istighfar kepadaNya atas silap dan kealpaan yang lalu. 30 tahun hidup di dunia. Apa yang kita sudah buat?

Masuk sahaja usia 40 tahun, SEMUANYA BARU!

  • Hati lebih sabar.
  • Hati lebih tenang.
  • Hati lebih ikhlas.
  • Hati lebih tawaduk.
  • Hidup lebih bahagia.
  • Hidup lebih sempurna.
  • Hidup lebih nampak arah tujunya.
  • Hidup lebih mensyukuri nikmat dan reda dengan kekurangan.

Kerana Allah sayang, dia jentik dengan ujian sebagai teguran. Dia suruh kita bersedia ke alam kekal.

Masuk usia 40, sepatutnya kita sudah tenang. Sudah tidak fikir lagi hal-hal dunia. Sudah tidak kelam kabut lagi dengan urusan dunia. Semua amalan diikhlaskan untuk akhirat kelak. Sedetik lebih pun tidak akan mengeluh.

  • Semua urusan diniatkan ibadah.
  • Sudah mula ke rumah Allah
  • Sudah mula perbaiki diri
  • Sudah mula perbaiki solat
  • Sudah mula perbaiki akhlak dan adab
  • Sudah mula perbaiki tutur kata agar tidak menyakiti hati orang lain

Itu pun, jika kalian selesai dengan jayanya menduduki ‘final exam sebelum usia 40’ .

Ambil masa sejenak untuk berfikir tentang betapa bertuahnya kita.

Namun begitu, kalau kita asyik ulang kesalahan yang lalu, diumur 40 dan tak lakukan sebarang perubahan maka Macam itu sahajalah masa kita berlalu. Rugi teramat sangat.

Allah tingkatkan darjat Nabi Muhammad S.A.W di usia 40 menjadi seorang Rasul. Baginda mula berdakwah secara terang. Sebelum menjadi Rasul ALLAH, berapa kali baginda dih’ina dan dikas’ari namun Baginda tetap sabar.

Dalam Hidup kita ni, perkara yang paling penting perlu ditanam dan dipasak paling jauh dalam hati adalah perasaan sabar. Yang perlu kita amalkan setiap malam pula adalah tahajud. Manakala yang perlu dizahirkan dengan bibir adalah kata-kata yang baik dan tidak menyakiti hati orang lain. Seterusnya yang sangat perlu dihulurkan oleh tangan kita adalah pemberian ikhlas tanpa mengharapkan balasan. Yang hanya perlu dilihat oleh mata kita adalah kesilapan sendiri supaya dapat kita berubah. Akhir sekali, yang amat perlu ada dalam hati kita hanyalah kepercayaan yang teguh kepada ALLAH Yang Maha Esa.

Walau apa pun yang kita miliki setelah 30 tahun hidup, waktu inilah kita perlu mula buat pilihan, buang yang buruk atau kekalkan. Ambil yang baik, atau kekalkan yang tidak baik. Waktu inilah penentu destinasi kita di sana kelak

Jangan pernah sekali ucapkan bahawa kalian tidak percaya, segala ujian yang pernah menimpa akan datang berulang lagi dan lagi. Ketika itu, kita akan hadapi dengan lebih tenang. Sebab apa? Sebab kita sudah ada pengalaman menghadapi masalah itu. ALLAH sudahpun didik kita bagaimana nak menghadapinya. Tuhan sudah beri pengajaran pada pengalaman yang lepas. Segalanya tidak lain tidak bukan, hanyalah untuk perbaharui iman kita yang makin hari makin kusam. Bukankah iman kita ini boleh bertambah dan berkurangan. Inilah fungsi ujian yang ALLAH turunkan!
Baik, ‘kan Allah!

PENAFIAN: HARMAGIDUN TIDAK PERNAH SAMA SEKALI MEMBAWA BERITA FAKE ATAUPUN HOAX SEKADAR UNTUK DAPATKAN HYPE ATAUPUN VIRAL, SEMUA ARTIKEL YANG DISIARKAN DISINI ADALAH UNTUK KITA SEMUA MUHASABAH DIRI DAN PERSIAPKAN DIRI UNTUK CABARAN GETIR YANG BAKAL MENDATANG….

Alhamdulillah semoga perkongsian ini mendekatkan kita dengan ALLAH maha pencipta, dan sentiasa mengingatkan kita dengan ma’ti dan qia’mat yang tiba pada bila-bila masa. Harap tuan/puan dapat like dan share artikel ini kepada rakan-rakan lain mudah-mudahan bertambah ilmu kita bersama!

Sampaikanlah walau hanya sepotong ayat

> HARMAGIDUN<

Untuk pelbagai info lain boleh layari laman web dan follow telegram dibawah:

– Bagi yang ingin belajar cara trading saham secara PERCUMA boleh layari laman web https://entrybiru.com/
– Untuk mengikuti kelas intensif khas saham secara PERCUMA di telegram boleh join channel telegram https://t.me/EntryBiru
– Bagi mendapatkan sebarang info dan bahan pengajaran dan pembelajaran kurikulum sekolah rendah dan menengah boleh layari laman web https://sumberpendidikan.com/
– Untuk mendapatkan updet terkini secara lebih pantas dan mesra pengguna dari web sumberpendidikan boleh join channel telegram https://t.me/sumberpendidikan
– Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari https://travula.com.my/

Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita tidak kira dalam apa jua bidang diceburi. Amin!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *