3 Amalan Yang Bakal Jadi Peneman Kita Di Alam Barzakh

3 Amalan Yang Bakal Jadi Peneman Kita Di Alam Barzakh

Màti itu bukan bermakna kitasudah bebas dari sengsara dunia, sebaliknya màti bermakna bermula episod menyeramkan di alam kubor, tak siapa boleh bantu, tak siapa boleh sokong dan tak siapa boleh temankan! Kubor itu amatlah gelap gelita. Walau belum tempuhi alam ini andai diceritakan saja tentang dahsyatnya alam ini pasti akan buat bulu roma berdiri tegak ketakutan. Takda sebarang makhluk pun yang boleh selamatkan diri daripada kemàtian dan kemàtian boleh berlaku pada bila-bila masa tak kira dimana atau apa pun yang sedang kita lakukan.

Di alam kubor nanti, tak ada siapa pun yang akan menemani kita walaupun kita ramai kenalan dan sahabat handai ketika di alam dunia. Ibu bapa yang kita kasihi akan pulang ke rumah selepas selesai menghantar jenázah kita ke liang lahad. Suami atau isteri yang kita cintai anda akan kembali jalani hidup seperti biasa selepas anda dikebumikan dan mungkin mereka akan hidup dengan pasangan baru setelah beberapa ketika! Mungkin mereka akan meratapi ketiadaan kita namun hidup mereka tetap perlu diteruskan, maka semuanya akan berjalan seperti biasa semula cuma bezanya, kehidupan mereka adalah tanpa kita di sisi.

Harta dan wang ringgit berjuta yang selama ini kita kumpul tidak ditanam sekali dalam kubor. Pangkat tinggi yang kita raih juga ditinggal di belakang dan kemudiaanya digantikan dengan pangkat baru yakni ‘allayarham.’ Semuanya kita tinggalkan tanpa satu pun kita bawa ke dalam kubor yang gelap dan sempit.

Sunyinya di alam kubor. Tak ditambah lagi dengan segala jenis serangga dan haiwan berbisa yang melata di badan kita kelak, tak disebut lagi tentang dahsyatnya soalan-soalan malaikat Munkar Nakir. Sekali tak dapat jawab bergegar kubor dek kerana libasan malaikat kepada kita.

Maksud: “Apabila may4t (atau seseorang daripada kamu) telah dikuborkan, datanglah kepadanya dua malaikat hitam kebiru-biruan, seorang daripada keduanya dikenali dengan Malaikat Munkar dan seorang lagi dengan Malaikat Nakir. Keduanya berkata: “Apakah yang hendak engkau katakan mengenai lelaki ini?”

Dia berkata: “Dia adalah hamba Allah dan utusanNya. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah selain Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hambaNya dan utusanNya.” Keduanya berkata: “Sungguh, kami telah tahu bahawa engkau akan mengatakan demikian itu.” Kemudian dilapangkan baginya di dalam ku’bur sepanjang 70 hasta kali 70 hasta. Kemudian diberi cahaya baginya di dalamnya.” Kemudian dikatakan kepadanya: “Tidurlah engkau.” (Hadis Riwayat Tirmizi, no. 1071)

Amal Soleh Yang Perlu Kita Amalkan

Berita baik untuk setiap umat Islam, sebenarnya kita masih lagi ada peluang untuk isi kekosongan dan kesunyian kubor kita, setiap umat Islam yang soleh masih belum keseorangan di alam kubor kerana ada amalan yang bakal menemani kita.

Jika sepanjang hidup di dunia kita isi dengan amalan yang baik, maka amalan yang baiklah inilahg yang akan jadi peneman kita dan jika kerap kali kita lakukan amalan buruk semasa hidup di dunia, maka yang amalan buruklah akan menemani kita.

Lakukan 3 amalan mudah ini, mudah mudahan kubor kita akan cerah terang benderang dan insyaALLAH tak perlu lagi kita hadapi alam kubor dalam kesunyian.

1 – Menjaga Amal Soleh Yang Wajib

Solat adalah tiang agama, anda tidak solat sebarang amalan baik pun tak akan diterima ALLAH. Solat juga lah yang membezakan antara kita dan orang kapir. Perkara pertama yang ALLAH akan tanya kita kelak adalah solat! Jangan rasa selesa andai tak solat tapi tak dikenakan apa-apa bâla dari ALLAH, itulah istidraj yang ALLAH bagi supaya kita makin sesat dan sesat. Nauzubillahiminzalik. Jadi, jagalah solat terutamanya solat 5 waktu yang telah diwajibkan keatas kita setiap umat Islam. Jika dah solat pula jangan pula berasa terlalu selesa kerana ada yang solat penuh 5 waktu pun tetap kena humban masuk neråka, maka sentiasa berusahalah kita dalam memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada pada solat kita samada sebelum, semasa dan selepas solat.

Jangan pernah sekali pun memperkecilkan kepentingan solat kerana ia adalah perkara yang sangat besar di sisi ALLAH. Perkara inilah yang akan menentukan  baik atau buruknya kehidupan kita di akhirat kelak.

2 – Sentiasa Baca Surah Al-Mulk

Mungkin ada diantara kita yang langsung tak tahu pun apa itu surah Al-Mulk dan kenapa penting sangat surah ini pada kita. Buat pengetahuan semua surah inilah yang sering diamalkan Nabi tatkala sebelum tidur sewaktu hayat baginda. Surah ini menceritakan tentang sebuah kerajaan. Surah ini bukan saja dapat bantu ringankan seksa di alam kubor tetapi surah ini jugalah yang akan buat kubor kita cerah terang benderang.

Banyak sekali keistimewaan membaca surah ini dan umat terdahulu serta para sahabat juga sering amalkan membaca surah ini. Maka kita sebagai umat Nabi Muhammad wajiblah mencontohi apa yang baginda pernah lakukan supaya kita tidak tersesat dan tidak terpesong dari landasan yang sebenar yakni landasan ke syurga untuk berjumpa baginda di sana kelak.

Maksud: “Barangsiapa membaca Tabarokalladzi bi yadihil mulk (surah Al-Mulk) setiap malam, maka Allah akan menghalanginya dari seksa ku’bur. Kami di masa Rasulullah SAW menamakan surah tersebut sebagai al-Mani’ah (penghalang dari seksa ku’bur). Ia adalah salah satu surah di dalam kitabullah. Barangsiapa membacanya setiap malam, maka ia telah memperbanyak dan telah berbuat kebaikan.” (Hadis Riwayat Nasai dalam Al-Kabir 6/179 dan Al-Hakim. Al-Hakim menukilkannya sebagai sahih)

3 – Raji’nkan Diri Bersedekah

Amalan ini amat mudah tetapi ramai terlepas peluang menuai pahala dari amalan ini kerana busuknya hati, kedekutnya harta dan buruknya prasangka dengan orang yang memohon pertolongan. Buang segala fikiran negatif kalian, kerapkanlah leburkan harta ke jalan Allah. Walau tak nampak harini tapi percayalah bahawa setiap dari sedekah dan perkara yang mengalir ke jalan Allah serta yang memberi manfaat kepada diri sendiri dan juga sekeliling akan membuahkan hasil yang tak disangka-sangka tatkala kita kesunyian di akhirat kelak.

Sedekah bukan hanya bermakna harta dan wang ringgit, namun wujud dalam bentuk ilmu atau perkongsian perkara bermanfaat kita kepada orang ramai, bergembiralah kalian kerana perkongsian perkara yang bermanfaat akan melahirkan pahala jariah yakni pahala yang tidak akan putus alirannya walau si pelaku telah pun lama meninggal donia.

Maksud: “Apabila måti seorang manusia, maka terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1631)

Kesimpulan

Hidup ini adalah jambatan kita untuk ke akhirat. Jadi, setiap apa yang kita lakukan di dunia ini adalah bekalan kita untuk kehidupan di akhirat. Banyak lagi amalan soleh yang boleh dilakukan untuk membantu menemani anda kelak. Semoga kita semua akan mendapat pengakhiran yang baik dan dilindungi daripada azab kubvr serta seksaan di akhirat kelak dengan memastikan segala amalan soleh kita terpelihara.

Wallahu a’alam.

Alhamdulillah semoga perkongsian ini mendekatkan kita dengan ALLAH maha pencipta, dan sentiasa mengingatkan kita dengan ma’ti dan qia’mat yang tiba pada bila-bila masa. Harap tuan/puan dapat like dan share artikel ini kepada rakan-rakan lain mudah-mudahan bertambah ilmu kita bersama!

Sampaikanlah walau hanya sepotong ayat

> HARMAGIDUN<

Leave a Reply

Your email address will not be published.