Hantar Balik Sehir Kepada Tuannya Dengan Membaca Surah Az-zalzalah

Memang puas hati si tukang sehir kalau berjaya hantar benda buruk ni kepada orang yang disasarkan, langsung dia tak peduli apa balasan yang nak menimpa dirinya bila di alam abadi kelak, langsung dia tak pikir betapa seksanya kena rentap nya’wa dengan Malaikat Izrail kelak, langsung tak terlintas sikit pun tentang panasnya n3raka yang bakal membakar diriny@  kelak.

Dah jadi kebiasaan bila kena s4ntau ni orang akan cari tukang berubat atau tok imam mana2 untuk keluarkan benda s4ntau tu dari tubuh, namun selain berubat sana-sini, seeloknya banyakkan lah berdoa kepada Allah SWT dan amalkan bacaan ruqyah. Tak boleh 100% harapkan pengamal perubatan saja, dinding yang nak menepis dan menangkis segala anasir buruk ni sebenarnya wajib kita wujudkan dari dalam diri kita sendiri lagi. Kalau dalaman kita pun kotor serta sunyi dari alquran maka memang suka sangatlah benda2 buruk datang bersarang dalam badan kita. Sekali masuk nak keluar balik kena panggil 4-5 orang ustaz, bukan sebab ustaz tak reti berubat tapi sebab diri kita yang teramat kotor hinggakan benda buruk tu melekat sebati terus dengan diri kita.

Ada pelbagai cara yang dikongsikan oleh mereka yang prihatin tentang kaedah untuk putuskan rantaian sehir, dan ada juga berkongsi bagaimana untuk hantar benda tu kembali kepada pemilik asal. Ilmu ini juga telah diijazahkan kepada orang ramai.

Jika ada sesiapa pun yang mempunyai niat buruk kepada kita dan dia menghantar sehir kepada kita, insyaAllah, sehir yang dihantar olehnya akan terkena pada dirinya sendiri.

Ibarat senjata yang dikirimnya, akan meluukakan dirinya sendiri. Ibarat penyaakit yang dikirimnya akan menyaakiti dirinya sendiri. Ia juga seolah-olah orang yang sedang menahan perangkap, akhirnya dirinya sendiri yang memasuki perangkap tersebut.

RUQYAH HANTAR SEMULA SEHIR KEPADA SI PENGHANTAR

Caranya adalah dengan membaca Ruqyah untuk diri kita dengan mengamalkan Surah Az-Zalzalah. Surah ini di dalam Al-Quran adalah surah yang ke 99.

CARA MERUQYAH

Pertama – baca surah Az-Zalzalah sehingga ayat 6 seperti berikut:

يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا

“Yauma Izinyyas Durunnaasu Asytaata (Ulang Asytaata sehingga cukup 33 kali)

Kedua – setelah selesai membaca Asytaata sebanyak 33 kali, bacalah doa di bawah.
Pastikan anda dalam keadaan berwuduk dan mengadap qiblat.

DOA PULANGKAN SEHIR

Ayyatuhal Arwahul Mursalatu Lana, Fissihril Ma’muuli Lana, Izhabuu Min Makaa Nikum Haza, Wamin Saa A’tikum Hazihi, Ilaa Man A’milalanas Sihri, Wadammiruuh Biduuni Antusiibuunii Walaa Ahadan Min A’anilati,

Wahai Ruh-Ruh yang dikirim kepada kami, Yang dikirim melalui sehir yang ditujukan kepada kami, Pergilah kamu semua dari tempat aku ini, Pergilah kamu semua diwaktu ini, Kepada orang yang menghantar sehir tersebut kepada kami, Hancorkan dia, jatohkan dia, haposkan dia, mosnahkan dia Tanpa sehir itu mengenai kami (saya) dan juga keluarga kami (saya)

Ketiga – Seterusnya Sambung ayat ke 6 tadi:
لِيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ

Baca hingga habis surah Az-Zalzalah. Ulang 3 kali dan lakukan seperti di atas.

CARA MERAWAT SEHIR PADA DIRI DAN KELUARGA

  1. Kalau tak nak buat ruqyah pulangkan sehir, anda boleh juga lakukan ruqyah untuk merawat diri sendiri atau keluarga. Caranya adalah dengan membaca Surah Al-Zalzalah sebanyak 77 kali selama 7 hari. Setiap kali membacanya, sediakan air di dalam bekas secukupnya. Kemudian disiram di sudut-sudut rumah.
  2. Lakukan dengan penuh keyakinan dan pengharapan kepada Allah SWT, insyaAllah dengan izin Allah segala niat dan hajat kita sewaktu amalkan amalan akan diperkenankan.

Alhamdulillah semoga perkongsian ini mendekatkan kita dengan ALLAH maha pencipta, dan sentiasa mengingatkan kita dengan ma’ti dan qia’mat yang tiba pada bila-bila masa. Harap tuan/puan dapat like dan share artikel ini kepada rakan-rakan lain mudah-mudahan bertambah ilmu kita bersama!

Sampaikanlah walau hanya sepotong ayat

> HARMAGIDUN<

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *