Inilah 6 Nama Yang Buatkan Anak Kerap Didampingi Para Ji’n!

Pemilihan nama anak bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main, ada kalanya nama yang tidak sesuai bakal buat anak kuat meragam dan susah untuk tidur, ada kalanya nama yang tidak sesuai membentuk prilaku aneh pada anak, kali ini nama yang tidak sesuai pula boleh menarik perhatian para makhluk ghaib yang tak nampak di mata biasa. Kasihanilah anak-anak, mereka juga mahukan hidup normal seperti orang lain…

Dalam program TV Tanyalah Ustaz, di TV9, Ustaz Sharhan Shafie seorang pengamal perubatan Islam menyatakan nama-nama berikut merupakan antara nama-nama anak Ji’n dan disukai Ji’n.

Walaupun sebutan nama-nama ini sedap didengar dan maknanya elok, menurut pengalaman beliau yang banyak mengubat pesakit-pesakit berkaitan si’hir dan gangguan makhluk halus,nama-nama ini boleh mendatangkan penya’kit misteri kepada seseorang yang menggunakan nya.

Eloklah TIDAK mengambil nama-nama di bawah ini untuk dinamakan pada anak-anak anda semua:

– Balqis

– Qistina/Kistina

– Najwa

– Zaquan/Zakuan

– Batrisya

– Erisya

Peringatan daripada Ustaz Sharhan Shafie, kepada mereka yang mempunyai nama-nama seperti di atas TIDAK perlu menukar nama, tetapi cukuplah dengan menukar nama panggilan.

Sebagai contoh, nama NUR NAJWA. Kalau sebelum ini nama panggilan adalah Najwa, elok ditukarkan kepada Nur saja.

Namun, sesungguhnya segala macam penya’kit sama ada sakit biasa atau mis’teri, semuanya datang dari Allah SWT. Bukan dari nama seseorang, semuanya ketentuan-Nya…

Cuma apa yang Ustaz Sharhan mahu sampaikan ialah, banyak kes pesa’kit yang datang untuk mendapatkan rawatan, pesa’kit itu namanya sama seperti nama-nama anak ji’n di atas.

Sebab itulah Ustaz Sharhan menasihatkan, elakkan memberi nama anak seperti nama anak yang selalu ‘dipakai’ ji’n.

P/S : Walau bagaimanapun, tidaklah salah atau berdo’sa jika sekiranya Anda Semua menggunakan nama tersebut.

Sumber: Ustaz Sharhan Shafie

Memilih Nama Yang Baik

Sunat menamakan anak dengan nama yang baik. Ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan Imam Ahmad Rahimahumallah daripada Abu ad-Darda‘ Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:

إنَّكم تُدْعَوْنَ يَوْمَ القِيَامَةِ بِأَسْمَائِكُمْ وَأَسْمَاءِ آبَائِكُمْ فَحَسِّنُوا أَسْمَاءَكُمْ
(رواه أبو داود وأحمد)
Maksudnya: “Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari Kia’mat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu,maka perelokkanlah nama-nama kamu.” (Hadits riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Nama Yang Paling Disukai Oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala

Sebaik-baik nama dan yang paling disukai oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala ialah ‘Abdullah ” عبد الله ” dan ‘Abdurrahman ” “عبد الرحمن sebagaimana hadits yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud daripada Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhuma, bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:

وأَحَبُّ الْأَسْمَاءِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى عَبْدُ اللَّهِ، وعبدُ الرَّحمنِ
(رواه أبو داود)
Maksudnya: “Nama-nama yang paling disukai di sisi Allah ialah ‘Abdullah dan ‘Abdurrahman.” (Hadits riwayat Abu Daud)

Sebaik-baik nama selepas nama ‘Abdullah dan ‘Abdurrahman ini pula ialah nama-nama ‘Abd ” عبد ” (hamba) yang disandarkan kepada nama-nama Allah yang sembilan puluh sembilan (al-Asma ‘alHusna) seperti ‘Abdurrahim ” عبدالرحيم “, ‘Abdulmalik ” ,”عبدالملك‘Abdussalam ” عبدالسلام ” dan yang seumpamanya. (Fatwa: 24/1984)

Menurut Imam al-Qurthubi Rahimahullah, nama-nama sebegini memiliki kelebihan, kerana ianya menggabungkan sifat-sifat yang wajib bagi Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan sifat yang wajib bagi manusia iaitu ‘ubudiyyah (penghambaan). Manakala nama Muhammad ” محمد ” dan kemudian nama Ahmad ” أحمد ” pula adalah nama yang paling afdhal selepas nama-nama tersebut. (Fatwa: 24/1984)

Sumber: Mufti Perak

Wallahu a’lam.

PENAFIAN: HARMAGIDUN TIDAK PERNAH SAMA SEKALI MEMBAWA BERITA FAKE ATAUPUN HOAX SEKADAR UNTUK DAPATKAN HYPE ATAUPUN VIRAL, SEMUA ARTIKEL YANG DISIARKAN DISINI ADALAH UNTUK KITA SEMUA MUHASABAH DIRI DAN PERSIAPKAN DIRI UNTUK CABARAN GETIR YANG BAKAL MENDATANG….

Ini adalah perkongsian ilmu dan info semata-mata, tidak berniat cetuskan pa’nik atau ketidaksenangan dalam kalangan masyarakat. HARMAGIDUN tidak bertanggungjawab terhadap segala komen nega’tif berbaur cemu’han, ma’kian atau cac’ian terhadap seseorang individu atau sesuatu organisasi…

Alhamdulillah semoga perkongsian ini mendekatkan kita dengan ALLAH maha pencipta, dan sentiasa mengingatkan kita dengan ma’ti dan qia’mat yang tiba pada bila-bila masa. Harap tuan/puan dapat like dan share artikel ini kepada rakan-rakan lain mudah-mudahan bertambah ilmu kita bersama!

Sampaikanlah walau hanya sepotong ayat

> HARMAGIDUN<

Untuk pelbagai info lain boleh layari laman web dan follow telegram dibawah:

– Bagi yang ingin belajar cara trading saham secara PERCUMA boleh layari laman web https://entrybiru.com/
– Untuk mengikuti kelas intensif khas saham secara PERCUMA di telegram boleh join channel telegram https://t.me/EntryBiru
– Bagi mendapatkan sebarang info dan bahan pengajaran dan pembelajaran kurikulum sekolah rendah dan menengah boleh layari laman web https://sumberpendidikan.com/
– Untuk mendapatkan updet terkini secara lebih pantas dan mesra pengguna dari web sumberpendidikan boleh join channel telegram https://t.me/sumberpendidikan
– Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari https://travula.com.my/

Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita tidak kira dalam apa jua bidang diceburi. Amin!

Leave a Reply

Your email address will not be published.