Tanggang Moden: Tergamak Anak Bu’ang Ayah Kerana Disahkan Positip KO’BID19

Adalah menjadi kewajipan dan tanggungjawab seorang anak untuk menjaga dan berbuat baik terhadap kedua orang tuanya malahan segala kebajikan serta keperluan ibu bapa mereka haruslah anak berikan disamping menjaga adab-adab ketika bersama mereka. Adakah anda sanggup mengabaikan orang tua dan biarkan mereka jalani sisa hidup berseorangan?

Sebenarnya, seorang anak sangat dituntut oleh Islam untuk menjaga kedua-dua orang tua kita dengan baik serta wajib menjaga adab dan sopan sewaktu berdepan dengan mereka, malahan dalam Al-Quran juga ada menyebut dan menyentuh tentang ini.

Firman Allah SWT:

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

Maksudnya:

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.

Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”

(Surah al-Isra’: 23)

Begitulah betapa pentingnya kita tidak mengabaikan orang tua kita, tapi apa yang berlaku di Thailand ni lebih teruk dan menyayat hati…

Tanggang Moden Dari Thailand

Tanggang pada zaman moden, begitulah seperti kisah pasangan suami isteri yang berasal dari Nakhon Ratchasima, Thailand ini yang didakwa tergamak membu’ang bapa berusia 80 tahun di tepi jalan berhampiran sebuah kuil hanya kerana warga emas itu disahkan pos’itip ko’bid.

Memetik laporan Bangkok Post, kisah sedih itu dikongsi oleh seorang petugas kesi’hatan di Hospital Bua Yai menerusi laman sosial Facebook.

Menerusi hantaran berkenaan, petugas itu turut memuat naik beberapa keping gambar memperlihatkan warga emas tersebut yang sedang terbaring lem’ah di atas jalan berhampiran sebuah kuil.

Dipercayai ditinggalkan bersama beg berisi pakaian

Petugas kesi’hatan itu meluahkan rasa kecewa dan kesal dengan tindakan anak perempuan dan menantu warga emas berkenaan.

Menurut Penghulu Wat Pa Suan Thamma Sawaddee, Luang Phor Sitthichai anak perempuan dan menantu kepada lelaki tersebut meningg’alkan bapa mereka di kuil pada Ahad lalu.

Ketika kejadian, warga emas itu ‘dibu’ang’ bersama beg berisi pakaian sebelum pasangan suami isteri terbabit beredar menaiki sebuah kereta.

Sementara itu, Ketua Kampung Ban Nong Waeng, Thongsuk Thaebtham pula memaklumkan warga emas berkenaan dibawa anak perempuannya dari wilayah Lop Buri sebelum ditinggalkan di kuil berkenaan.

Thaebtham meluahkan kekecewaan dan menyatakan perkara sedemikian tidak seharusnya berlaku kerana ia menyebabkan risi’ko jang’kitan ko’bid kepada individu lain.

Justeru, warga emas itu kemudiannya dibawa ke hos’pital di wilayah Khon Kaen untuk rawatan lanjut.

Anak cuba nafikan dakwaan

Bagaimanapun ketika ditemubual oleh pihak media, anak perempuannya menafikan kejadian tersebut dan mengatakan bahawa bapanya yang ingin berjumpa sami di kuil tersebut.

Jadi, dia telah membawa bapanya ke kuil itu dan mening’galkannya di situ.

Selain itu, wanita dikenali sebagai Janya itu mendedahkan bahawa dia sama sekali tidak mengetahui bapanya dijang’kiti ko’bid. Kini, dia juga berkemungkinan menghidap ko’bid setelah menjalani ujian mengesan bir’us tersebut.

Susulan kejadian itu, sami, petugas kesihatan dan anggota penyelamat yang menjadi kountak rapat warga emas berkenaan perlu menjalani korantin selama 14 hari.

PENAFIAN: HARMAGIDUN TIDAK PERNAH SAMA SEKALI MEMBAWA BERITA FAKE ATAUPUN HOAX SEKADAR UNTUK DAPATKAN HYPE ATAUPUN VIRAL, SEMUA ARTIKEL YANG DISIARKAN DISINI ADALAH UNTUK KITA SEMUA MUHASABAH DIRI DAN PERSIAPKAN DIRI UNTUK CABARAN GETIR YANG BAKAL MENDATANG….

Alhamdulillah semoga perkongsian ini mendekatkan kita dengan ALLAH maha pencipta, dan sentiasa mengingatkan kita dengan ma’ti dan qia’mat yang tiba pada bila-bila masa. Harap tuan/puan dapat like dan share artikel ini kepada rakan-rakan lain mudah-mudahan bertambah ilmu kita bersama!

Sampaikanlah walau hanya sepotong ayat

> HARMAGIDUN<

Untuk pelbagai info lain boleh layari laman web dan follow telegram dibawah:

– Bagi yang ingin belajar cara trading saham secara PERCUMA boleh layari laman web https://entrybiru.com/
– Untuk mengikuti kelas intensif khas saham secara PERCUMA di telegram boleh join channel telegram https://t.me/EntryBiru
– Bagi mendapatkan sebarang info dan bahan pengajaran dan pembelajaran kurikulum sekolah rendah dan menengah boleh layari laman web https://sumberpendidikan.com/
– Untuk mendapatkan updet terkini secara lebih pantas dan mesra pengguna dari web sumberpendidikan boleh join channel telegram https://t.me/sumberpendidikan
– Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari https://travula.com.my/

Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita tidak kira dalam apa jua bidang diceburi. Amin!

Leave a Reply

Your email address will not be published.