Inilah 7 Amalan Yang Akan Menerangi Ku’bur Kita Yang Gelap Gelita…

DALAM sebuah hadis qudsi Allah SWT berkata kepada Nabi Musa as bahwa Allah memberikan kepada umat Nabi Muhammad SAW dua cahaya, yang dengan dua

cahaya itu dapat menutupi dua kegelapan.

Maka Nabi Musa bertanya apakah dua cahaya dan dua kegelapan itu?

Allah menjawab bahawa dua cahaya itu adalah cahaya Ramadhan dan cahaya Al-Quran , sedangkan dua kegelapan itu adalah kegelapan di alam ku’bur dan kegelapan di hari qia’mat...

Memang banyak perkara yang boleh kita lakukan dan berguna untuk menerangi alam ku’bur kita kelak. Namun ada beberapa perkara yang pada kesempatan ini akan kita bahas.

Saya tertarik berkongsi ilmu kepada sahabat pembaca mengenai 7 perkara yang boleh menerangi ku’bur kita kelak yang semuanya telah termaktub didalam kitab suci Al-Qur’an.

Saya mengambil sumbernya dari kitab Durrotun Nashihin pada bab yang menerangkan zikir dan tauhid oleh Usman Al Khaibawi. Telah dikatakan dalam Al-Qur’an 7 perkara yang dapat menerangi ku’bur. Diantaranya ialah:

7 perkara yang dapat menerangi ku’bur

1. Ikhlas Dalam Beribadah. Seperti dalam firman Allah: Ertinya: “Dan tidaklah mereka itu diperintah melainkan untuk beribadah kepada Allah serta berlaku ikhlas kepadaNya dalam urusan agama“.

2. Berbuat Baik Kepada Kedua Orang Tua. Allah SWT berfirman: Ertinya: “Dan sembahlah olehmu sekalian kepada Allah dan jangan menyekutukanNya dengan sesuatupun dan kepada kedua orang tua berbuat baiklah“.

3. Bersilaturahim. Allah SWT berfirman: Ertinya: “Dan berikanlah kepada yang berhubungan kerabat akan haknya“.

4. Jangan Mengsia-siakan Umurnya Untuk Berbuat Dur’haka. Allah SWT berfirman: Ertinya: “Takutlah kamu sekalian kepada hari di waktu mana kamu sekalian dikembalikan kepada Allah“.

5. Jangan Menuruti Ha’wa Naf’su. Allah SWT berfirman: Ertinya: “Dan adapun orang yang takut pada kedudukan atau kebesaran Tuhannya dan dia boleh menahan dirinya dari ha’wa naf’su, maka sesungguhnya syurga adalah menjadi tempat tinggalnya“.

6. Bersungguh-sungguh Dalam Beribadah dan Taat Kepada Allah. Allah SWT berfirman: Ertinya: “Dan bersegeralah kamu sekalian mohon ampunan kepada Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seperti luas beberapa langit dan bumi disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa kepada Allah“.

7. Memperbanyak Dzikir atau Ingat Kepada Allah. Allah SWT berfirman: Ertinya: “Wahai orang-orang yang beriman, berdzikirlah kamu sekalian kepada Allah dengan dzikir yang sebanyak-banyaknya dan bertasbihlah kepadaNya pagi dan petang“.

Nabi SAW bersabda: Ertinya:

“Dzikir yang paling utama adalah “Laa ilaaha illallaahu” tiada Tuhan selain Allah. Dan doa yang paling utama adalah “Alhamdulillah” segala puji bagi Allah“.

Nabi SAW bersabda: Ertinya:

“Alhamdulillah adalah pokok syukur (kepada Allah); maka tidak dianggap bersyukur kepada Allah seorang hamba yang belum memuji kepadaNya“.

Itulah beberapa hal yang dapat menjadi penerang di alam ku’bur kelak rumah kita selepas dunia. Demikian ulasan singkat mengenai 7 Perkara Yang Dapat Menerangi Alam Ku’bur.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada sidang pembaca sekalian. Dipersilakan untuk share agar lebaih ramai yang mendapat manfaat. Wassalam…

sumber: kataustaz

PENAFIAN: HARMAGIDUN TIDAK PERNAH SAMA SEKALI MEMBAWA BERITA FAKE ATAUPUN HOAX SEKADAR UNTUK DAPATKAN HYPE ATAUPUN VIRAL, SEMUA ARTIKEL YANG DISIARKAN DISINI ADALAH UNTUK KITA SEMUA MUHASABAH DIRI DAN PERSIAPKAN DIRI UNTUK CABARAN GETIR YANG BAKAL MENDATANG….

Alhamdulillah semoga perkongsian ini mendekatkan kita dengan ALLAH maha pencipta, dan sentiasa mengingatkan kita dengan ma’ti dan qia’mat yang tiba pada bila-bila masa. Harap tuan/puan dapat like dan share artikel ini kepada rakan-rakan lain mudah-mudahan bertambah ilmu kita bersama!

Sampaikanlah walau hanya sepotong ayat

> HARMAGIDUN<

Untuk pelbagai info lain boleh layari laman web dan follow telegram dibawah:

– Bagi yang ingin belajar cara trading saham secara PERCUMA boleh layari laman web https://entrybiru.com/
– Untuk mengikuti kelas intensif khas saham secara PERCUMA di telegram boleh join channel telegram https://t.me/EntryBiru
– Bagi mendapatkan sebarang info dan bahan pengajaran dan pembelajaran kurikulum sekolah rendah dan menengah boleh layari laman web https://sumberpendidikan.com/
– Untuk mendapatkan updet terkini secara lebih pantas dan mesra pengguna dari web sumberpendidikan boleh join channel telegram https://t.me/sumberpendidikan
– Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari https://travula.com.my/

Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita tidak kira dalam apa jua bidang diceburi. Amin!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *