Alhamdulillah, Inilah Berita Baik Dari Tanah Suci Makkah Buat Kita Semua Ummat Islam!

Dah lama kaabah sunyi dan segala aktiviti ibadah di seluruh dunia pun tersekat tapi inilah berita baik yang mampu buat kita lega…

Alhamdulillah, berita baik dari Tanah Suci Makkah.
1) Jarak saf solat telah dipendek & dikurangkan. Saf jadi lebih rapat berbanding sebelum ini.
2) Quran Fizikal ditempatkan setelah setahun dikeluarkan.
3) Kelas Pengajian Agama di dalam Masjidil Haram kembali dijalankan.

Berita Lengkap

Pihak berkuasa di Masjidil Haram di Makkah dilaporkan telah beransur-ansur memberikan kelonggaran buat jemaah yang menjalani ibadah ketika musim pand’emi’k.

Terbaru, pengurus masjid suci terbesar di dunia itu telah memendekkan dan mengurangkan jarak saf ketika solat agar mampu menampung jemaah yang lebih ramai.

“Masjidil Haram mengurangkan penjarakkan sosial di antara jemaah ketika solat untuk menampung peningkatan jemaah,” lapor Haramain Sharifain.

Pengurus Masjidil Haram juga telah memuatnaik gambar pelekat penjarakkan fizikal yang dipasang di kawasan jemaah melaksanakan solat sunat dua rakaat usai Tawaf.

Walaupun jarak telah dipendekkan namun penja’rakkan fizi’kal masih lagi perlu dipatuhi untuk keselamatan jemaah. Sebelum ini, jarak antara jemaah adalah sekitar 2 meter.

Sementara itu, Masjidil Haram telah menerima kunjungan dari 60,000 jemaah sehari yang melakukan ibadah Umrah sejak 9 Ogos lalu.

Pihak berkuasa dijangka akan membenarkan bilangan jemaah menjadi 90,000 hingga 120,000 sehari atau 3.6 juta setiap bulan.

Bagaimanapun, semua jemaah perlu mendaftarkan diri melalui aplikasi yang telah disediakan sebelum masuk ke Masjidil Haram dan mereka juga divak’sina’si lengkap.

Alhamdulillah inilah berita terbaik buat kita seluruh ummat ISLAM, ini pula satu perkongsian daripada seorang artis. Selama ni Harmagidun langsung tak pernah setuju dan minat pun mana-mana artis tapi pandangan artis yang ini memang terbaik dan patut didengari semua…

‘Kalau pand’em’ik berakhir, pergilah ke rumah Allah dulu’

Pelawak terkenal Zizan Razak menyarankan umat Islam agar meletakkan sasaran mahu menjejakkan kaki ke rumah Allah iaitu ke Tanah Suci Mekah terlebih dahulu sekiranya sempadan negara dibuka kelak.

Kata pemilik nama penuh Muhammad Razizan Abdul Razak, 37, Mekah seharus menjadi destinasi pilihan pertama berbanding lokasi lain jika ada yang berkemampuan untuk bercuti atau melancong ke luar negara.

“Jika end’e’mik sudah selesa, tolong ada niat untuk pergi ke Mekah.

“Sangat indah pengalaman ketika menjejakkan kaki ke sana,” katanya dalam sesi siaran langsung bersama penyanyi Shiha Zikir malam tadi.

Dalam perkongsian sama, pelakon filem Hantu Bonceng itu juga mencadangkan agar duit yang disimpan untuk melancong ke negara lain sebaik-baiknya digunakan untuk ke mengerjakan umrah terlebih dahulu.

“Bayangkan kita penat untuk simpan RM5,000 tetapi dapat saja duit, pergi Korea, Jepun atau Australia dulu.

“Tidak salah pun perkara itu namun kenapa kita mampu simpan duit sebanyak itu tetapi tidak ke rumah Allah dulu?” ujarnya lagi.

Tambah pelantun lagu Berserah itu, dia juga menasihatkan orang agar tidak terlalu terpengaruh dengan kisah-kisah negatif di Tanah Suci.

“Orang kita sering dimomok-momokkan dengan cerita nega’tif pengalaman orang lain. Sebab itulah sebelum pergi solat taubat.

“Sentiasalah bersangka baik dengan Allah, pasti dia akan berikan yang terbaik untuk hamba-Nya,” katanya lagi.

Untuk rekod, Zizan pernah menunaikan umrah dan menyambut Hari Raya Aidilfitri di Mekah sekitar tahun 2017 dan 2018.

PENAFIAN: HARMAGIDUN TIDAK PERNAH SAMA SEKALI MEMBAWA BERITA FAKE ATAUPUN HOAX SEKADAR UNTUK DAPATKAN HYPE ATAUPUN VIRAL, SEMUA ARTIKEL YANG DISIARKAN DISINI ADALAH UNTUK KITA SEMUA MUHASABAH DIRI DAN PERSIAPKAN DIRI UNTUK CABARAN GETIR YANG BAKAL MENDATANG….

Alhamdulillah semoga perkongsian ini mendekatkan kita dengan ALLAH maha pencipta, dan sentiasa mengingatkan kita dengan ma’ti dan qia’mat yang tiba pada bila-bila masa. Harap tuan/puan dapat like dan share artikel ini kepada rakan-rakan lain mudah-mudahan bertambah ilmu kita bersama!

Sampaikanlah walau hanya sepotong ayat

> HARMAGIDUN<

Untuk pelbagai info lain boleh layari laman web dan follow telegram dibawah:

– Bagi yang ingin belajar cara trading saham secara PERCUMA boleh layari laman web https://entrybiru.com/
– Untuk mengikuti kelas intensif khas saham secara PERCUMA di telegram boleh join channel telegram https://t.me/EntryBiru
– Bagi mendapatkan sebarang info dan bahan pengajaran dan pembelajaran kurikulum sekolah rendah dan menengah boleh layari laman web https://sumberpendidikan.com/
– Untuk mendapatkan updet terkini secara lebih pantas dan mesra pengguna dari web sumberpendidikan boleh join channel telegram https://t.me/sumberpendidikan
– Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari https://travula.com.my/

Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita tidak kira dalam apa jua bidang diceburi. Amin!

Leave a Reply

Your email address will not be published.