Kos Haji Meningkat Sehingga RM40,000 Bagi Seorang Jemaah

Allahu kesian orang kurang berkemampuan, haritu nak pergi sana dah terhalang dek kerana kobid, sekarang datang pula du’gaan sebegini…

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham menjangka kos haji pada tahun depan boleh menaik hingga RM40,000 bagi seorang jemaah. Hal itu berlaku berikutan mengambil kira penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat oleh Kerajaan Arab Saudi. Menerusi laporan Berita Harian, beliau dipetik berkata tidak mustahil peningkatan mendadak berlaku disebabkan pelbagai faktor termasuk penja’rakan fizikal yang memaksa penginapan jemaah dihadkan kepada dua orang sebilik, pengangkutan dan ujian saringan kobid.

“Jika dulu, satu bilik hotel boleh muatkan sehingga lima orang, tetapi apabila ia dihadkan kepada dua orang sekarang, kemungkinan untuk kos penginapan saja akan mencecah sehingga RM17,000 seorang. Begitu juga perbelanjaan lain, termasuk pengangkutan ke Madinah pasti akan mempengaruhi peningkatan kos,” katanya kepada BH, semalam.

Tabung Haji (TH) menjangka kos haji akan meningkat pada musim haji akan datang susulan perubahan SOP ibadah itu yang dilaksanakan dalam norma baharu akibat penularan pan’damik kobid19. Razali juga berkata, jika kos haji naik secara mendadak, antara kesan yang membimbangkan adalah ramai jemaah terlepas peluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci kerana tidak berkemampuan.

“Sebelum dunia dilanda kobid, kos bagi seorang jemaah adalah RM20,000 dengan subsidi diberikan TH sebanyak RM10,000. Bagaimanapun, persoalannya jika jumlah subsidi TH pada kadar sama, tentu ramai tidak mampu menanggung kos dan terpaksa menolak giliran haji,” katanya.

Beliau berharap TH dapat mempertimbangkan untuk menyerap kenaikan kos itu melalui keuntungan daripada pelaburan institusi itu yang dikecualikan daripada cukai pendapatan.

“Sebanyak 28 peratus keuntungan pelaburan TH dikecualikan (daripada cukai pendapatan), jadi jika boleh kita berharap TH tanggung lebihan kos kenaikan ini bagi mengelak ramai yang tidak berkemampuan untuk pergi. Saya kira jika perbelanjaan haji perlu ditanggung seorang jemaah naik dalam kadar RM5,000, ia masih boleh diterima dengan kos lain diserap oleh TH,” katanya.

Razali turut yakin TH berupaya menanggung pertambahan kos itu mengambil kira jangkaannya berkemungkinan jemaah haji yang dibenarkan ke Tanah Suci masih dihadkan.

“Saya menjangka disebabkan panda’mik masih berlarutan, mungkin kuota haji kurang daripada 10,000 saja jemaah tanah air akan mengerjakan ibadat itu,” katanya.

Bagaimanapun menerusi laporan Awani, kerajaan hari ini memberi jaminan subsidi mengerjakan haji akan dikekalkan meskipun kemungkinan berlaku

peningkatan kos di masa hadapan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Beliau berkata kos sebenar bagi mengerjakan haji belum diputuskan dan akan dibincangkan yang diharap tidak membebankan bakal haji.

PENAFIAN: HARMAGIDUN TIDAK PERNAH SAMA SEKALI MEMBAWA BERITA FAKE ATAUPUN HOAX SEKADAR UNTUK DAPATKAN HYPE ATAUPUN VIRAL, SEMUA ARTIKEL YANG DISIARKAN DISINI ADALAH UNTUK KITA SEMUA MUHASABAH DIRI DAN PERSIAPKAN DIRI UNTUK CABARAN GETIR YANG BAKAL MENDATANG….

Ini adalah perkongsian ilmu dan info semata-mata, tidak berniat cetuskan pa’nik atau ketidaksenangan dalam kalangan masyarakat. HARMAGIDUN tidak bertanggungjawab terhadap segala komen nega’tif berbaur cemu’han, ma’kian atau cac’ian terhadap seseorang individu atau sesuatu organisasi…

Alhamdulillah semoga perkongsian ini mendekatkan kita dengan ALLAH maha pencipta, dan sentiasa mengingatkan kita dengan ma’ti dan qia’mat yang tiba pada bila-bila masa. Harap tuan/puan dapat like dan share artikel ini kepada rakan-rakan lain mudah-mudahan bertambah ilmu kita bersama!

Sampaikanlah walau hanya sepotong ayat

> HARMAGIDUN<

Untuk pelbagai info lain boleh layari laman web dan follow telegram dibawah:

– Bagi yang ingin belajar cara trading saham secara PERCUMA boleh layari laman web https://entrybiru.com/
– Untuk mengikuti kelas intensif khas saham secara PERCUMA di telegram boleh join channel telegram https://t.me/EntryBiru
– Bagi mendapatkan sebarang info dan bahan pengajaran dan pembelajaran kurikulum sekolah rendah dan menengah boleh layari laman web https://sumberpendidikan.com/
– Untuk mendapatkan updet terkini secara lebih pantas dan mesra pengguna dari web sumberpendidikan boleh join channel telegram https://t.me/sumberpendidikan
– Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari https://travula.com.my/

Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita tidak kira dalam apa jua bidang diceburi. Amin!

Leave a Reply

Your email address will not be published.