10 Jenis Lelaki Yang Tidak Boleh Dijadikan Suami

Kaum wanita berwaspadalah dalam memilih calon suami, alam perkahwinan bukanlah alam hanya untuk bersukaria, sekali tersalah langkah selamanya merana…

Jangan sesekali dekati lelaki yang mempunyai ciri-ciri ini:

1. Lelaki yang tidak solat

Orang yang berani meninggalkan sholat, berarti telah berani mengkhianati Allah, apalagi amanah manusia. Rasulullah SAW bersabda, “Perjanjian kami dengan mereka adalah solat. Orang yang meninggalkannya, bererti dia telah kafir.” (HR. At-Tirmidzi)

Bagaimana engkau dapat mempercayai suami yang tidak memenuhi syarat pertama yang diterapkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Jika datang kepadamu orang yang kau sukai agamanya…”, padahal solat adalah tiang agama.

2. Lelaki yang gemar melakukan do’sa besar

Misalnya, ma’buk, berzi’na dan berjudi. Hidup bersama suami seperti ini sama dengan hidup di dalam ner’aka. Semoga mereka bertaubat kepada Allah, agar Dia mengampuni mereka.

3. Dayus

Dayus adalah lelaki yang tidak memiliki rasa cemburu kepada isteri, dan membiarkan anak-isterinya terjerumus dalam mak’siat. Dengan dalih kemajuan zaman, peradaban moden, dan perkembangan dunia, dia melarang isterinya berjilbab kerana hal ini dianggapnya kuno dan membolehkan isterinya berbual mesra bersama kawan-kawan lelaki, dan berketawa dengan laki-laki lain. Kalau suami kaki pu’kul pun dikira dayus juga.

4. Anak mama (manja)

Lelaki yang manja bukanlah lelaki sejati. Dia tidak akan mampu mengambil keputusan secara sendiri tanpa merujuk kepada ibunya. Betul, walaupun sudah berkahwin, si suami wajib mengutamakan ibunya kerana ibunya tetap no 1, tak salah kalau minta nasihat ibu dalam apa-apa jua perkara tetapi kalau bab keputusan mesti berbincang bagus-bagus tanpa mengira sebelah pihak (ibu) sahaja.

5. Lelaki yang jauh lebih tua

Kamu berusia 20 tahun, dia 60 tahun. Untuk apa? Harta? Kerana dia memenuhi naf’sumu untuk memiliki gaun-gaun indah dan perhiasan? Namun, ada satu pekara yang tidak kau pertimbangkan, bahawa pada usia itu, naf’su se’ksualmu sedang membara, sedangkan naf”sunya hampir padam. Bagaimana mengatasi masalah ini, wahai gadis muslimah? Jodoh memang tidak mengira usia, tetapi si suami dikhuatiri tidak dapat memenuhi kemahuan se’ksual isteri yang muda, bahkan bakal timbul masalah dalaman dalam rumahtangga.

6. Lelaki yang sombong dan senang membanggakan diri

Orang yang memiliki mentaliti seperti ini tidak mengenal perasaan cinta. Dia hanya mencintai diri sendiri. Jika dia menikah, dia tidak menikah kerana cinta, tapi kerana na’fsunya menginginkan wanita itu. Lelaki begini, egonya sangat tinggi. Jika berkahwin dengannya, anda pasti jadi macam hamba abadi dan dia bos. Jauhi lelaki ini sebab orang yang sombong memang susah ditegur.

7. Workaholic (gila kerja)

Orang yang gila kerja hanya mengenal kerja. Dia akan terus-menerus bekerja tanpa lelah dan bosan, demi kekayaan, status sosial yang tinggi, atau penghormatan orang lain. Baginya, pernikahan hanyalah pelengkap status sosial. Isteri tak ubah seperti alat dalam rumah tangga. Jika dia perlu, dia memakainya dengan perasaan yang dingin. Banyak wanita yang terhormat dan suci yang merasakan masalah se’ksual dan emosional kerana diabaikan suami yang hanya memberikannya harta dan makanan yang sedap. Ya, mencari nafkah dan duit memang tanggungjawab suami, tapi jangan pula busy kerja sampai lepas tangan, lupa tanggungjawab terhadap keluarga.

8. Mender’haka kepada orang tua

Lelaki seperti ini sebenarnya mende’rita sa’kit dan harus segera disembuhkan. Dia harus tahu, bahawa orang lain akan bersikap kepada dirinya sebagaimana dia bersikap kepada orang lain. Jika dia tidak berbakti kepada orang tua, tidak menuruti perintah mereka, padahal mereka memiliki hak untuk dipatuhi, apakah dia berharap isterinya akan berbakti dan menuruti perintahnya semata-mata kerana dia punya hak untuk itu? De’rhaka kepada orang tua tidak akan sesekali mencium bau syurga. Jika si lelaki sanggup de’rhaka dengan orang tuanya sendiri, apa sangat kalau dia nak buat perkara yang sama dengan si gadis?

9. Lelaki Lembut

Lelaki seperti ini tidak dapat disebut sebagai lelaki, kerana sifat-sifatnya bukan sifat lelaki; gaya, kata-kata, gerakan, dan fikirannya lebih menyerupai wanita. Dia tidak dapat berdikari dalam kehidupan dan tidak memiliki kesediaan untuk memikul tanggungjawab. Sayangnya, lelaki seperti ini sangat banyak di zaman sekarang. Allah sangat mela’knat lelaki yang menyerupai wanita dan sebaliknya, lebih-lebih lagi jika mereka mempunyai na’fsu songsang dan terpaksa berkahwin bagi mengaburi orang ramai tentang na’fsu songsang tersebut.

10. Lelaki yang kedekut

Kedekut adalah penyakit yang susah disembuhkan. orang yang kedekut tidak dapat menyenangkan dirinya ataupun orang lain kecuali setelah dia ma’ti. Kerana ini, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang kita bersifat kedekut, baginda bersabda,

وَاتَّقُوا الشُّحَّ فَإِنَّ الشُّحَّ أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ حَمَلَهُمْ عَلَى أَنْ سَفَكُوا دِمَاءَهُمْ وَاسْتَحَلُّوا مَحَارِمَهُمْ

“…Dan hindarilah sifat kedekut, kerana kedekut telah menghan’curkan orang-orang sebelum kamu, membuat mereka saling bunuh dan melanggar kehormatan orang lain.” (HR. Muslim).(muslimah).

PENAFIAN: HARMAGIDUN TIDAK PERNAH SAMA SEKALI MEMBAWA BERITA FAKE ATAUPUN HOAX SEKADAR UNTUK DAPATKAN HYPE ATAUPUN VIRAL, SEMUA ARTIKEL YANG DISIARKAN DISINI ADALAH UNTUK KITA SEMUA MUHASABAH DIRI DAN PERSIAPKAN DIRI UNTUK CABARAN GETIR YANG BAKAL MENDATANG….

Ini adalah perkongsian ilmu dan info semata-mata, tidak berniat cetuskan pa’nik atau ketidaksenangan dalam kalangan masyarakat. HARMAGIDUN tidak bertanggungjawab terhadap segala komen nega’tif berbaur cemu’han, ma’kian atau cac’ian terhadap seseorang individu atau sesuatu organisasi…

Alhamdulillah semoga perkongsian ini mendekatkan kita dengan ALLAH maha pencipta, dan sentiasa mengingatkan kita dengan ma’ti dan qia’mat yang tiba pada bila-bila masa. Harap tuan/puan dapat like dan share artikel ini kepada rakan-rakan lain mudah-mudahan bertambah ilmu kita bersama!

Sampaikanlah walau hanya sepotong ayat

> HARMAGIDUN<

Untuk pelbagai info lain boleh layari laman web dan follow telegram dibawah:

– Bagi yang ingin belajar cara trading saham secara PERCUMA boleh layari laman web https://entrybiru.com/
– Untuk mengikuti kelas intensif khas saham secara PERCUMA di telegram boleh join channel telegram https://t.me/EntryBiru
– Bagi mendapatkan sebarang info dan bahan pengajaran dan pembelajaran kurikulum sekolah rendah dan menengah boleh layari laman web https://sumberpendidikan.com/
– Untuk mendapatkan updet terkini secara lebih pantas dan mesra pengguna dari web sumberpendidikan boleh join channel telegram https://t.me/sumberpendidikan
– Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari https://travula.com.my/

Jangan lupa klik >>> DIET APA HARI INI  <<< untuk dapatkan tips dan perkongsian percuma untuk kurus langsing lagi sihat setiap hari! 🙂

Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita tidak kira dalam apa jua bidang diceburi. Amin!

Leave a Reply

Your email address will not be published.