Barangsiapa Mening’gal Pada Hari Jumaat, Dibangkitkan Semula Sebagai Sya’hid Serta Bebas Dari Az’ab Ku’bur…

Dikatakan bahawa terdapat 4 hadis yang menyatakan tentang perkara ini, persoalannya adakah hadis berkenaan adalah hadis sahih? Adakah benar perkara ini?

Soalan: Adakah istemewa jika menin’ggal pada hari Jumaat?

Jawapan : Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Berkenaan persoalan di atas, hari Jumaat merupakan hari yang mulia dan juga hari raya buat umat Islam. Ini kerana, pada hari tersebut diwajibkan kepada umat Islam untuk menunaikan solat Jumaat di masjid secara berjemaah yang mana tidak terdapat pada hari yang lain.

Selain itu juga, pada hari jumaat terdapat satu masa yang dimustajabkan doa bagi sesiapa yang berdoa kepada Allah SWT.

Disebabkan itu, timbul persoalan adakah terdapat kelebihan pada sesiapa yang ma’ti pada hari Jumaat atau malam Jumaat. Untuk itu, kami nyatakan terlebih dahulu beberapa hadith-hadith yang menceritakan akan kelebihan orang yang ma’ti pada hari Jumaat.

Matan Hadith : Berikut adalah hadith-hadith yang berkaitan dengan ma’ti pada hari jumaat atau malam Jumaat :

Hadith Pertama:

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda: مَنْ مَاتَ يَوْمَ الجُمُعَةِ أو لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ وُقِيَ فِتْنَةَ القَبْرِ Maksudnya: “Barangsiapa yang ma’ti pada hari Jumaat atau malam Jumaat akan dibebaskan daripada fit’nah (az’ab) ku’bur”. [Musnad Ahmad, no. Hadith 6359]

Hadith Kedua:

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda: مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوْتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَو لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إلَّا وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ القَبْرِ Maksudnya: “Tidak ada seorang muslim yang ma’ti pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan dibebaskan oleh Allah SWT daripada fit’nah (az’ab) ku’bur”. [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 994]

Hadith Ketiga:

Diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: مَنْ مَاتَ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ أَوْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أُجِيْرَ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ وَجَاءَ يَوْمَ القيامةِ وَعَلَيْهِ طَابِعُ الشُّهَدَاءِ Maksudnya: “Barangsiapa yang ma’ti pada malam Jumaat atau hari Jumaat akan dibebaskan daripada aza’b ku’bur dan akan datang di hari Kia’mat dan padanya tanda sebagai seorang yang sya’hid”. [Hilyah al-Awliya’, 3:181]

Hadith Keempat:

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda: مَنْ مَاتَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَوْ لَيْلَتَهَا غُفِرَ لَهُ Maksudnya: “Barangsiapa yang ma’ti pada hari Jumaat atau malamnya diampunkan (do’sa) baginya”. [Mizan al-I’tidal, 4:299]

Hukum Hadith

Hadith yang pertama:

Hukum hadith ini dihukum hasan dengan kesemua jalurnya (sanad) oleh al-Albani di dalam karyanya Ahkam al-Jana’iz. Syeikh Syu’aib al-Arnout mengatakan sanad pada hadith ini dhaif (lemah) dan syawahid yang ada untuk menyokong hadith ini adalah tidak boleh dan sesuai untuk dijadikan syawahid.

Selain itu, beliau mengatakan bahawa al-Albani telah tersalah di dalam menghukum terhadap hadith ini kerana mengikut al-Mubarakfuri di dalam Tuhfah al-Ahwazi. [Lihat: Musnad Ahmad, 11:150]

Hadith yang kedua:

Imam al-Tirmizi menghukum hadith ini sebagai Gharib (ganjil) dan sanad yang ada pada hadith ini tidak bersambung. Begitu juga, al-Hafiz Ibn Hajar mengatakan bahawa pada sanad hadith ini adalah dhaif. [Lihat: Fath al-Bari, 3:253]

Hadith yang ketiga:

Imam Ibn al-Qayyim menghukum hadith ini sebagai dhaif kerana padanya perawi bernama Umar bin Musa dan dia adalah seorang yang dhaif. [Lihat: al-Ruh, 81]. Syeikh Syu’aib al-Arnout mengatakan berkaitan hadith Jabir ini, telah berkata Abu Hatim bahawa Umar bin Musa seorang yang lupa akan hadith dan juga memalsukan hadith.

Selain itu, al-Daraqutni dan al-Nasa’ie menghukumnya sebagai Matruk (riwayatnya ditinggalkan). Tambahan pula, Ibn ‘Adiy mengatakan Umar bin Musa merupakan seorang yang mema’lsukan hadith pada matan dan juga sanad. [Lihat: Musnad Ahmad, 11:150]

Hadith yang keempat:

Imam al-Zahabi menghukum riwayat (hadith) ini sebagai mun’gkar. [Lihat: Mizan al-I’tidal, 4:299]

Tarjih : Berdasarkan hukum-hukum hadith yang kami nyatakan di atas, kami memilih dan cenderung untuk mengatakan bahawa tiada hadith yang sahih dalam menceritakan akan kelebihan orang yang menin’ggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat.

Tambahan pula, kami nyatakan di sini bahawa barangsiapa yang menin’ggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat menunjukkan bahawa orang tersebut memperoleh husnul khatimah (pengakhiran yang baik).

Walaupun begitu, bagi yang menyatakan ma’ti pada hari Jumaat atau malam Jumaat mendapat kelebihan tertentu berdasarkan kepada beberapa syarat dan juga berdasarkan kepada mafhum nas-nas yang banyak. Antaranya ialah :

Ma’ti dalam keadaan Islam, Ma’ti dalam keadaan beriman Tidak ma’ti dalam keadaan melakukan mak’siat, Walaubagaimanapun, hari Jumaat adalah sebaik-baik hari sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadith oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda :

خَيرُ يومٍ طَلَعتْ عليه الشمسُ يومَ الجُمُعةِ ، فيه خُلِقَ آدمُ ، وفِيه أُدْخِلَ الجنةَ ، وفيه أُخْرِجَ مِنها ، ولا تَقومُ الساعةُ إِلَّا في يومِ الجُمعةِ

Maksudnya: “Sebaik-baik hari apabila terbitnya matahari adalah hari Jumaat, padanya diciptakan Adam AS. Pada hari itu juga dimasukkan ke dalam Syurga dan pada hari itu jugalah dikeluarkan daripadanya (Syurga) dan tidak akan berlaku Kia’mat melainkan pada hari Jumaat”. [Riwayat Muslim, no. Hadith 1411]

Selain itu juga, hari Jumaat mempunyai satu masa yang istimewa di mana pada waktu tersebut Allah SWT akan memakbul dan memustajabkan doa hambanya yang berdoa kepada-Nya. Ini disebut di dalam hadith yang sahih, daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda ketika baginda SAW menceritakan akan hari Jumaat:

فيه ساعةٌ، لا يُوافِقُها عبدٌ مسلمٌ، وهو قائمٌ يُصلِّي، يَسأَلُ اللهَ تعالى شيئًا، إلا أعطاه إياه

Maksudnya: “Pada hari Jumaat itu ada satu masa (waktu), tidaklah seorang hamba yang muslim itu menunaikan solat lalu dia berdoa memohon sesuatu kepada Allah SWT melainkan Allah SWT akan memberinya apa yang dimohonkan itu”. [Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 883]

Berdasarkan sebahagian hadith yang dinyatakan, jelas menunjukkan bahawa hari Jumaat mempunyai kelebihannya yang tersendiri jika dibandingkan dengan hari-hari yang lain.

Penutup

Kesimpulannya, kem’atian itu pasti bagi setiap insan yang bernyawa dan aj’al itu akan datang pada bila-bila masa sahaja serta dalam keadaan tidak akan lambat atau cepat walaupun sesaat.

Untuk itu, marilah sama-sama kita tingkatkan amalan kita dan persediaan kita untuk bertemu dengan Allah SWT. Akhirnya, semoga Allah SWT menerima segala amalan kita dan mema’tikan kita dalam keadaan husnul khatimah. Aamiin.

PENAFIAN: HARMAGIDUN TIDAK PERNAH SAMA SEKALI MEMBAWA BERITA FAKE ATAUPUN HOAX SEKADAR UNTUK DAPATKAN HYPE ATAUPUN VIRAL, SEMUA ARTIKEL YANG DISIARKAN DISINI ADALAH UNTUK KITA SEMUA MUHASABAH DIRI DAN PERSIAPKAN DIRI UNTUK CABARAN GETIR YANG BAKAL MENDATANG….

Ini adalah perkongsian ilmu dan info semata-mata, tidak berniat cetuskan pa’nik atau ketidaksenangan dalam kalangan masyarakat. HARMAGIDUN tidak bertanggungjawab terhadap segala komen nega’tif berbaur cemu’han, ma’kian atau cac’ian terhadap seseorang individu atau sesuatu organisasi…

Alhamdulillah semoga perkongsian ini mendekatkan kita dengan ALLAH maha pencipta, dan sentiasa mengingatkan kita dengan ma’ti dan qia’mat yang tiba pada bila-bila masa. Harap tuan/puan dapat like dan share artikel ini kepada rakan-rakan lain mudah-mudahan bertambah ilmu kita bersama!

Sampaikanlah walau hanya sepotong ayat

> HARMAGIDUN<

Untuk pelbagai info lain boleh join grup dan layari laman web dan follow telegram dibawah:

Join grup Pesan Bonda dengan Klik >>> PESAN BONDA <<< untuk mengimbau kembali segala petua serta pesanan bonda dan ayahanda kita sejak kita kecil hingga dewasa

– Bagi yang ingin belajar cara trading saham secara PERCUMA boleh layari laman web https://entrybiru.com/
– Untuk mengikuti kelas intensif khas saham secara PERCUMA di telegram boleh join channel telegram https://t.me/EntryBiru
– Bagi mendapatkan sebarang info dan bahan pengajaran dan pembelajaran kurikulum sekolah rendah dan menengah boleh layari laman web https://sumberpendidikan.com/
– Untuk mendapatkan updet terkini secara lebih pantas dan mesra pengguna dari web sumberpendidikan boleh join channel telegram https://t.me/sumberpendidikan
– Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari https://travula.com.my/

Jangan lupa klik >>> DIET APA HARI INI  <<< untuk dapatkan tips dan perkongsian percuma untuk kurus langsing lagi sihat setiap hari! 🙂

Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita tidak kira dalam apa jua bidang diceburi. Amin!

Leave a Reply

Your email address will not be published.