Perkongisan Dr Hamid Arshat Mengenai Makanan Yang Disyorkan Dan Patut Elak Oleh Pesa’kit Kencing Manis

Inilah penya’kit yang banyak menghantui rakyat Malaysia, kena saja penyakit ni nak apply medical card pun jadi susah dah…

Ramai rakyat Malaysia menghidap peny’akit Dia’betis atau lebih dikenali dengan nama kencing manis akibat pengambilan gula yang berlebihan, pemilihan pemakanan yang salah serta tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Menerusi perkongisan oleh Dr Hamid Arshat, beliau menjelaskan mengenai penyakit kencing manis ini, makanan yang perlu dielakkan serta makanan yang disyorkan sebagai langkah mencegah bagi peny’akit ini.

Berikut adalah perkongsian beliau. Kedua2 abang saya menghidap pen’yakit diabetes. Ertinya risiko untuk saya memang wujud atas dasar baka. Alahamdulillah setakat ini saya dapat jauhkan.

1. Lebih kurang 18 % penduduk malaysia mengidap pen’yakit kencing manis (diabetes). Lebih 10 % lagi dalam kaedaan ‘ prediabetic’ dan bolih jadi pesaki diabetes jika tidak mengabil langkah2 mencegah.

Seseorang disahkan nengidap diabetes bila kandungan gula glukos dalam darah melebihi 8 mmol/L, setelah puasa melebihi 6 jam. Normal ialah antara 4 – 8 mmol/L. Air kencingnya pun didapati mengandungi gula; jesteru digelar penyakit kencing manis.

2. Terdapat 3 jenis diabetes;

a. Type 1 diabetes, juga digelar’ juvenile diabetes’, sering menimpa sebelum umor 20 tahun. Sel2 beta dalam panreas yang mengeluarkan insulin rosak. Pesakit perlu suntikan insulin.

b. Type 2 diabetes. Biasa menimpa orang dewasa, biassnya umor 40 tahun keatas. Sumber insulin cukup tapi berlaku insulin resistant, metabolisma gula glukos gagal.

c. Diabetes waktu hamil atau gestational diabetes sebab peningkatan hormon2 ketika hamil.
Pesakit2 saya yang hamil ada diabetes, saya stabilkan dengan ubat metformin tanpa guna insulin melainkan dia memang type 1 diabetes.

3. Type 1 diabetes terus begantung kepada insulin. Tiada pilihan main.
Type 2 diabetes dan diabetes waktu hamil bolih dikawal dan biasanya dikaitkan dengan kegemokkan, makan berlebihan karbohaidret dan manisan dan pengidap PCOS.

Jika tidak terkawal, dalam jangka panjang banyak kerosakkan organ2 bolih berlaku : rosak buah pinggang, mata, saraf, jantung, saluran2 darah yang menyebabkan gangrene dan lain2.

4. Langkah2 mengawal dan mencegah diabetes;

a. Ikuti nasihat doktor yang merawat. Jika diarah makan ubat saperti Metformin atau lain, perlu patuh.
Pantau kandungan gula dalam darah, mudah dilakukan dirumah setelah diajar olih kakitangan klinik. Buat beberapa ujian, lepas puasa, lepas makan dan dua jam lepas makan.

b. Kawal pemakanan khususnya gula, karbohaidret dan manisan. Nasi, mee, roti, kueh2, nasi lemak, roti canai, ais krim dan lain2 kesemuanya mengandongi karbohaidret dan gula.
Kurangkan amount makan.

  • Makan ikut jadual, sarapan, makan tengah hari dan malam.
  • Lebihkan sayur2, buah2 dan lauk dari perotin.

c. Makanan2 perlu dikurangkan.

  • Jauhkan minuman soda, juz dalam tin, kotak atau botol, kandungan gula terlalu tinggi.
  • Jauhkan makanan yang mengandongi gluten saperti, wheat, wheat germ, barley dan rye. Gluten mencetuskan inflammation dan neningkatkan hormone steroids, tahap gula pun naik.
  • Jauhkan susu lembu tanpa pasteur kerana kandungan A1 casein yang sama tindakan saperti gluten.
  • Tukar kepada susu kambing.
  • Jauhkan Minyak soya, canola dan corn. Minyak kelapa dan sawit lebih baik.
  • Jauhkan produk2 GMO saperti soya dan jagung diimport dari luar negara.
  • Jauhkan semua minuman arak dan beer.

d. Makanan2 yang disyorkan

  • Makanan2 yang mengandongi fiber. Sayur tempatan sawi, kangkong, pucuk2 ubi, keledek dan paku, nenas, oats.
  • Makanan2 mengandongi chromium, broccoli, raw cheese, kacang hijau dan panjang.
  • Makanan2 mengandongi magnesium, bayam, almond, yogart
  • Perotin, ikan2 berminyak, salmon, mackerel, tuna, daging lembu tanpa lemak, ayam organic, dhall.
  • Lemak2 baik, Minyak kelapa
  • Makanan2 rendah gula, nuts, biji2 labu, sunflower, berries, avarcado.

e. Supplement , gantian gula, herba.

Beberapa jenis makanan tambahan dan herba tempatan yang bertindak menurunkan glukos dalam darah;

1. Kayu Manis (cinnamon) , kajian menunjukkan ia mengurangkan glukos, LDL cholesterol dan triglycerides, disamping neningkatkan HDL cholesterol dalam darah.

2. Peria (bitter gourd). Kajian menunjukkan peria bolih mengawal glukos dalam darah dan meningkatkan insulin sensitivity. Ia juga bolih bantu mencegah komplikasi diabetes saperti rosak buah pinggang, rosak mata, saraf dan salurdarah.
Dipasaran terdapat jualan kapsiul dan tablet peria.

3. Alpa Lipoic acid.
Ini satu jenis anti oxidant yang bantu metabolisma glukos, meningkatkan insulin sensitivity, dan mencegah kerosakkan saraf (diabetic neuropathy). Sumber utama broccoli, bayam dan tomato.

4. Fish oil 1000 mg setiap hari.
Ia bantu tingkatkan insulin sensitivity dan kurangkan inflamasi. Bertindak mengawal cholesterol dan meningkatkan HDL. Kesannya bantu kawal diabetes.

5. Gantian gula.
a. Sweetener P3. Berasal dari gula tebu. Diperoses dengan Nano technology. Glycemic index sifar (zero). Bolih didapati dipasar2 supermarket, Mydin etc. Sesuai untuk gantian gula. Satu produk tempatan, usaha bumiputera.

b. Stavia. Sejenis tumbuhan kecil berasal dari amerika selatan. Daunnya sangat manis tetapi sangat rendah nilai glycemic index. Pengganti gula. Dapat kawal glukos dalam darah. Sesuai sebagai gantian gula.

6. Minuman Teh hijau (green tea)
Teh hijau punyai banyak khasiat kesihatan kerana kandungan antioxidant – polyphenols dan catechins. Dianggap satu minuman yang memanjangkan umor kerana memperlahan kematian sel2 dan tisyi2. Ian juga mengawal glukos dan cholesterol dalam darah. Minumlah 5 cawan setiap hari.

7. Herba2 tempatan.
Saya dapati beberapa jenis herba2 tempatan ada berkesan mengawal glukos dan cholesterol dalam darah. Mithalnya daun betawali, ulam raja, hempedu bumi, sambung nyawa, ginseng, pecah kaca dan lain2.
Daun2 yang menghijau bolih dimakan sebagai ulam. Atau direbus dengan air panas. Atau dikeringkan dan jadikan air teh.

Exercise, kawal kegemokkan ,rehat dan tidor.
Sangat penting lakukan exercise 30-40 minit setiap hari untuk menggunakan glukos sebagai bahan tenaga.

Cukupkan tidor 5 – 7 jam stiap hari. Dan beri masa untuk merehatkan tubuh dan mental kita.
Semoga diberkati Allah hidup kita. Aamin

Sumber : Dr Hamid Arshat

PENAFIAN: HARMAGIDUN TIDAK PERNAH SAMA SEKALI MEMBAWA BERITA FAKE ATAUPUN HOAX SEKADAR UNTUK DAPATKAN HYPE ATAUPUN VIRAL, SEMUA ARTIKEL YANG DISIARKAN DISINI ADALAH UNTUK KITA SEMUA MUHASABAH DIRI DAN PERSIAPKAN DIRI UNTUK CABARAN GETIR YANG BAKAL MENDATANG….

Ini adalah perkongsian ilmu dan info semata-mata, tidak berniat cetuskan pa’nik atau ketidaksenangan dalam kalangan masyarakat. HARMAGIDUN tidak bertanggungjawab terhadap segala komen nega’tif berbaur cemu’han, ma’kian atau cac’ian terhadap seseorang individu atau sesuatu organisasi…

Alhamdulillah semoga perkongsian ini mendekatkan kita dengan ALLAH maha pencipta, dan sentiasa mengingatkan kita dengan ma’ti dan qia’mat yang tiba pada bila-bila masa. Harap tuan/puan dapat like dan share artikel ini kepada rakan-rakan lain mudah-mudahan bertambah ilmu kita bersama!

Sampaikanlah walau hanya sepotong ayat

> HARMAGIDUN<

Untuk pelbagai info lain boleh join grup dan layari laman web dan follow telegram dibawah:

Join grup Pesan Bonda dengan Klik >>> PESAN BONDA <<< untuk mengimbau kembali segala petua serta pesanan bonda dan ayahanda kita sejak kita kecil hingga dewasa

– Bagi yang ingin belajar cara trading saham secara PERCUMA boleh layari laman web https://entrybiru.com/
– Untuk mengikuti kelas intensif khas saham secara PERCUMA di telegram boleh join channel telegram https://t.me/EntryBiru
– Bagi mendapatkan sebarang info dan bahan pengajaran dan pembelajaran kurikulum sekolah rendah dan menengah boleh layari laman web https://sumberpendidikan.com/
– Untuk mendapatkan updet terkini secara lebih pantas dan mesra pengguna dari web sumberpendidikan boleh join channel telegram https://t.me/sumberpendidikan
– Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari https://travula.com.my/

Jangan lupa klik >>> DIET APA HARI INI  <<< untuk dapatkan tips dan perkongsian percuma untuk kurus langsing lagi sihat setiap hari! 🙂

Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita tidak kira dalam apa jua bidang diceburi. Amin!

Leave a Reply

Your email address will not be published.