Raja Mansa Musa Dan Kekayaan 400 Bilion Yang Tidak Pernah Diceritakan

Tak guna kaya kalau hanya sekadar untuk tontonan umum di social media, ALLAH bagi nikmat kaya bukan untuk kita menunjuk2 sebaliknya contohilah Raja pemurah ini…

Kita sering disajikan cerita kekayaan bilionaire zaman moden seperti Jeff Bezos, Bill Gates dan Warren Buffett. Jarang sekali kita dengar nama Mansa Musa dipetik, seolah-olah telah dilupakan daripada lipatan sejarah.

Tahukah anda pada kurun ke-14, dari tahun 1312 sehingga tahun 1337, ada seorang raja yang kaya-raya dari Empayar Mali yang terletak di Afrika Selatan? Mansa bermaksud Sultan, Raja atau Penakluk.

Mansa Musa merupakan raja yang ke-10 untuk Empayar Mali yang telah berjaya menakluk 24 bandar sepanjang beliau memerintah. Mali merupakan pengeluar emas terbesar di dunia dan Mansa merupakan orang terkaya di dunia dalam sejarah.

Walaubagaimanapun, para pengulas moden menyimpulkan bahawa mereka tidak dapat menentukan berapa kekayaan sebenar Musa.

Musa dalam manuskrip dan bahan bacaan barat dipanggil Mansa Musa, Kankou Musa, Kankan Musa, Kanku Musa, Mali-Koy Kankan Musa, Gonga Musa dan The Lion of Mali.

Mansa Musa beragama Islam, maka tibalah masanya bagi beliau yang ingin menunaikan rukan islam yang ke-5 iaitu menunaikan haji di Mekah. Bayangkan ketika zaman itu tiada pengangkutan moden, perjalanan dari Afrika Selatan ke Mekah dari laut Mediterranean ke Sungai Indus.

Perjalanan seorang raja ini membuatkan beliau dikenali dari Utara Afrika sehingga Tanah Arab.

Bersama beliau ketika itu seramai 60,000 orang yang semuanya memakai pakaian cantik, 12,000 orang suruhan yang juga membawa 1.8 kg bar emas, pakaian dari sutera, barangan emas, kuda dan beg. Musa menyediakan kemudahan dan memberi makan kepada semua yang mengikuti beliau.

80 ekor unta membawa 23-136 kg kepingan emas. Sepanjang perjalanan beliau ke Mekah, emas yang dibawa itu diberi kepada orang miskin. Ia tidak terhad di kawasan Mekah saja, ia termasuk di Cairo dan juga Madinah.

Selain itu, beliau bertukar cenderahati dengan emas. Dikatakan juga, beliau membina masjid setiap hari Jumaat.

Ketika ini terjadi daam sejarah, adanya seorang manusia yang yang mengawal harga emas di Mediterranean. Akibat sikap Musa yang gemar sedekah dan memberi dan menjalankan transaksi menggunakan emas, terjadi kemelesatan ekonomi emas dalam tempoh 10 tahun.

Keadaan ini disedari Musa dan ketika dalam perjalanan pulang ke negara asal, beliau ambil langkah meminjam kembali emas yang boleh dibawa dari peminjam wang di Cairo dengan kadar faedah yang tinggi.

Ada yang mengatakan ini adalah strategi untuk membuatkan empayar Mali dikenali dan kemerosotan ekonomi ini akhirnya menjadikan bandar Cairo mengetuai pasaran emas ketika itu. Ini kerana mereka yang ingin membeli emas yang banyak akan berkunjung ke sana sebelum pasaran beralih ke Timbuktu atau Gao.

Akhirnya, tanah dan empayar Mali tercatat dalam Catalan Atlan pada tahun 1375. Beliau juga pernah menerima kunjungan pengembara muslim terkenal iaitu Ibn Battuta dari Maghribi.

Sepanjang perjalanan Musa ke Mekah, beliau membawa arkitek dari Andalusia untuk membina istana di Timbuktu dan masjid Djinguereber yang masih kukuh sehingga hari ini. Timbuktu menjadi lokasi berjual beli, budaya dan Islam.

Pasar ini tempatnya pedagang dari Hausaland,Mesir dan kerajaan Afrika berjual beli. Universiti yang ada di bandar ini menunjukkan raja ini juga mementingkan ilmu.

Universiti Sankore di Timbuktu telah dinaik taraf dengan membawa masuk cendikiawan yang terdiri daripada ahli fekah, pakar astronomi, pakar matematik dan ramai lagi. Universiti ini menjadi pusat pembelajaran islam dan budaya yang membawa seluruh Afrika dan Tanah Arab ke Timbuktu.

Mansa Musa sememangnya hebat, cuma mereka tidak diceritakan secara meluas. Kerana apa ya? Warna kulit? Agama?

Kesimpulannya, Mansa Musa adalah seorang raja yang kaya yang membawa kebaikan kembali ke negaranya. Beliau banyak membina tempat belajar, masjid, pasar dan macam-macam lagi yang membawa manfaat kepada negara beliau sendiri dan kawasan sekitarnya.

Direktor cerita Black Panther iaitu Ryan Coogler dan Michael B.Jordan, taknak buat ke movie adaptasi cerita benar Mansa Musa ini?

Artikel ditulis oleh Puan Sarah Hata. Penulis merupakan seorang konsultan kewangan di sebuah institusi kewangan di Malaysia dan juga perunding imej. Mempunyai pengalaman menulis, memberi ceramah di beberapa syarikat seluruh Malaysia dan juga klien individu.

Sumber: MAJALAH LABUR

PENAFIAN: HARMAGIDUN TIDAK PERNAH SAMA SEKALI MEMBAWA BERITA FAKE ATAUPUN HOAX SEKADAR UNTUK DAPATKAN HYPE ATAUPUN VIRAL, SEMUA ARTIKEL YANG DISIARKAN DISINI ADALAH UNTUK KITA SEMUA MUHASABAH DIRI DAN PERSIAPKAN DIRI UNTUK CABARAN GETIR YANG BAKAL MENDATANG….

Ini adalah perkongsian ilmu dan info semata-mata, tidak berniat cetuskan pa’nik atau ketidaksenangan dalam kalangan masyarakat. HARMAGIDUN tidak bertanggungjawab terhadap segala komen nega’tif berbaur cemu’han, ma’kian atau cac’ian terhadap seseorang individu atau sesuatu organisasi…

Alhamdulillah semoga perkongsian ini mendekatkan kita dengan ALLAH maha pencipta, dan sentiasa mengingatkan kita dengan ma’ti dan qia’mat yang tiba pada bila-bila masa. Harap tuan/puan dapat like dan share artikel ini kepada rakan-rakan lain mudah-mudahan bertambah ilmu kita bersama!

Sampaikanlah walau hanya sepotong ayat

> HARMAGIDUN<

Untuk pelbagai info lain boleh join grup dan layari laman web dan follow telegram dibawah:

Join grup Pesan Bonda dengan Klik >>> PESAN BONDA <<< untuk mengimbau kembali segala petua serta pesanan bonda dan ayahanda kita sejak kita kecil hingga dewasa

– Bagi yang ingin belajar cara trading saham secara PERCUMA boleh layari laman web https://entrybiru.com/
– Untuk mengikuti kelas intensif khas saham secara PERCUMA di telegram boleh join channel telegram https://t.me/EntryBiru
– Bagi mendapatkan sebarang info dan bahan pengajaran dan pembelajaran kurikulum sekolah rendah dan menengah boleh layari laman web https://sumberpendidikan.com/
– Untuk mendapatkan updet terkini secara lebih pantas dan mesra pengguna dari web sumberpendidikan boleh join channel telegram https://t.me/sumberpendidikan
– Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari https://travula.com.my/

Jangan lupa klik >>> DIET APA HARI INI  <<< untuk dapatkan tips dan perkongsian percuma untuk kurus langsing lagi sihat setiap hari! 🙂

Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita tidak kira dalam apa jua bidang diceburi. Amin!

Leave a Reply

Your email address will not be published.