VIDEO: Cara SMART Tunnel Lencongkan 5 Juta Meter Padu Air Ban’jir, Andai SMART Tunnel Tak Ada KL Dah Jadi Pulau!

TEROWONG SMART LENCONGKAN 5 JUTA PADU AIR BANJIR!

KUALA LUMPUR: Sebanyak 5 juta meter padu air banjir berjaya dilencongkan daripada memasuki Kuala Lumpur menggunakan Terowong SMART semalam.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang, lencongan itu mula diaktifkan pada jam 7.45 malam Sabtu.

“Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengaktifkan lencongan banjir dalam usaha mengurangkan impak kejadian banjir.

“Lencongan SMART telah mula diaktifkan sehingga mod 4 pada jam 7.45 malam 18 Disember 2021 sehingga jam 12.00 tengah hari ini, lencongan telah diturunkan kepada mod 1 dengan sebanyak

5 juta meter padu air berjaya dilencongkan sejak semalam,” jelasnya.

Tambah Zaini, sejak dibina pada tahun 2007, ia merupakan pertama kali proses lencongan dijalankan melebihi tiga jam.

“Ini merupakan satu rekod yang baru bagi Pusat Kawalan SMART JPS kerana selama lapan kali operasi mod 4 sebelum ini sejak 2007, setiap peristiwa hanya merekodkan kurang dari 3 jam operasi lencongan.

“Namun pada operasi mod 4 kali ini, operasi lencongan telah berlangsung selama 22 jam,” katanya lagi.

Jelasnya, jika 5 juta meter padu itu tidak dapat dilencongkan, beliau percaya keadaan banjir yang melanda Lembah Klang bertambah buruk.

“Air sungai Klang akan masuk ke Kuala Lumpur bercantum di Masjid Jamek (jika kita tidak lencongkan), kita dah keluarkan 5 juta meter padu, dalam keadaan itu pun air masih berada di paras bawah jambatan.

“Bayangkan kalau ada lagi 5 juta meter padu jika tidak dilencongkan, kalau ikut pengiraan memang Kuala Lumpur akan tenggelam,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pusat Kawalan SMART JPS di ibu negara pada Ahad.

KREDIT: ASTRO AWANI

CARA SMART TUNNEL LENCONGKAN AIR BAN’JIR

Apa peranan Smart Tunnel?

Smart Tunnel, selain fungsi penyaliran air, juga mengurangkan trafik pada waktu puncak.

Kuala Lumpur ban’jir besar disebabkan hujan lebat selama tiga hingga empat jam tanpa henti.

Ada yang bertanya, sudah ada Smart Tunnel mengapa Kuala Lumpur ban’jir lagi?

Smart Tunnel tidak mampu untuk menampung air yang mengalir di permukaan tanah, jalan raya mahupun dari Sungai Klang, kerana taburan hujan yang amat tinggi semalam.

Ini disebabkan air bukan sahaja dari bandaraya Kuala Lumpur, bahkan dari hulu Sungai Gombak yang bertemu dengan Sungai Klang di Masjid Jamek, Kuala Lumpur.

Smart Tunnel hanya dapat mengambil sebahagian daripada air ini sahaja melalui kolam tadahan Kampung Berembang, dekat Ampang yang kemudiannya disalurkan ke Sungai Kerayong, dekat Taman Desa atau Salak Selatan.

Smart Tunnel sebenarnya adalah terowong terpanjang di Asia Tenggara dan yang kedua terpanjang di Asia. Panjangnya ialah 9.7 kilometer.

Mula dibina di tahun 2003 dan mula beroperasi pada tahun 2007.

Pembinaan Smart Tunnel mempunyai dua tujuan iaitu untuk keperluan trafik dan saluran air.

Terdapat dua lapisan untuk trafik bagi kedua-dua arah dan lapisan ketiga di bawah sekali untuk mengalirkan air ban’jir.

Smart Tunnel dioperasikan mengikut tiga mode:

Mode pertama;

Apabila waktu tiada hujan lebat ianya digunakan sebagai laluan trafik terutamanya bagi mengelakkan kesesakan di Jalan Sungai Besi dan Jalan Loke Yew Flyover serta sekitar Jalan Tun Razak.

Mode kedua;

Jika hujan lebat yang sederhana, operasi Smart Tunnel untuk trafik masih diteruskan, manakala air limpahan di bandaraya Kuala Lumpur disalurkan di saluran ketiga (bawah sekali) untuk disalurkan ke kolam tadahan terlebih dahulu sebelum dialir ke Sungai Kerayong.

Mode ketiga;

Apabila hujan lebat dengan membawa ban’jir besar, Smart Tunnel ditutup kepada laluan trafik. Pintu air akan dibuka untuk air memasuki saluran trafik. Bermakna ketiga-tiga lapisan terowong digunakan untuk mengalirkan air.

Dalam kejadian hujan lebat petang semalam, memang Smart Tunnel tidak mampu untuk menampung kesemua air yang mengalir di permukaan dan Sungai Klang.

Mengikut laporan, Smart Tunnel mula ditutup pada jam 4 petang hari kejadian. Ada yang mengatakan, kalau lebih awal Smart Tunnel ditutup mungkin ban’jir tidak seteruk ini.

Sebenarnya, pengurusan Smart Tunnel pun sudah ada prosedur standard operasi (SOP) tertentu untuk menentukan bila masa yang sesuai untuk membuka mode ketiga.

Walaupun hujan lebat sudah bermula dari jam 2 petang, tetapi Smart Tunnel juga harus memainkan peranan hakiki iaitu sebagai penyurai trafik.

Ketika itu jalan-jalan di Kuala Lumpur sesak dengan kenderaan dan salah satu laluan utama untuk menyuraikan trafik keluar dari bandaraya ialah dengan Smart Tunnel. Sebab itulah ia memerlukan masa sehingga jam 4 petang barulah ditutup.

Kita hanya mampu untuk merancang, tetapi kuasa alam sukar untuk diatasi oleh manusia terutama apabila hutan digondol dan tanah diturapi dengan jalan raya serta bangunan konkrit.

Maka, “air permukaan” tidak berupaya untuk menyerap ke dalam bumi. Tambahan pula kedalaman sungai semakin cetek disebabkan kelodak dan pasir dari hulu hanyut ke hilir atas nama pembangunan.

Kredit: MalaysiaGazette

PENAFIAN: HARMAGIDUN TIDAK PERNAH SAMA SEKALI MEMBAWA BERITA FAKE ATAUPUN HOAX SEKADAR UNTUK DAPATKAN HYPE ATAUPUN VIRAL, SEMUA ARTIKEL YANG DISIARKAN DISINI ADALAH UNTUK KITA SEMUA MUHASABAH DIRI DAN PERSIAPKAN DIRI UNTUK CABARAN GETIR YANG BAKAL MENDATANG….

Ini adalah perkongsian ilmu dan info semata-mata, tidak berniat cetuskan pa’nik atau ketidaksenangan dalam kalangan masyarakat. HARMAGIDUN tidak bertanggungjawab terhadap segala komen nega’tif berbaur cemu’han, ma’kian atau cac’ian terhadap seseorang individu atau sesuatu organisasi…

Alhamdulillah semoga perkongsian ini mendekatkan kita dengan ALLAH maha pencipta, dan sentiasa mengingatkan kita dengan ma’ti dan qia’mat yang tiba pada bila-bila masa. Harap tuan/puan dapat like dan share artikel ini kepada rakan-rakan lain mudah-mudahan bertambah ilmu kita bersama!

Sampaikanlah walau hanya sepotong ayat

> HARMAGIDUN<

Untuk pelbagai info lain boleh join grup dan layari laman web dan follow telegram dibawah:

Join grup Pesan Bonda dengan Klik >>> PESAN BONDA <<< untuk mengimbau kembali segala petua serta pesanan bonda dan ayahanda kita sejak kita kecil hingga dewasa

– Bagi yang ingin belajar cara trading saham secara PERCUMA boleh layari laman web https://entrybiru.com/
– Untuk mengikuti kelas intensif khas saham secara PERCUMA di telegram boleh join channel telegram https://t.me/EntryBiru
– Bagi mendapatkan sebarang info dan bahan pengajaran dan pembelajaran kurikulum sekolah rendah dan menengah boleh layari laman web https://sumberpendidikan.com/
– Untuk mendapatkan updet terkini secara lebih pantas dan mesra pengguna dari web sumberpendidikan boleh join channel telegram https://t.me/sumberpendidikan
– Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari https://travula.com.my/

Jangan lupa klik >>> DIET APA HARI INI  <<< untuk dapatkan tips dan perkongsian percuma untuk kurus langsing lagi sihat setiap hari! 🙂

Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita tidak kira dalam apa jua bidang diceburi. Amin!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *