Ini Petanda Paling Jelas Dalam Masa Beberapa Jam Saja Kawasan Rumah Kita Bakal Dilanda Ban’jir Teruk!

Biar bersedia awal daripada terpaksa tanggung segala kero’sakan…
PETANDA PALING JELAS KAWASAN KEJIRANAN KITA BAKAL DILANDA BA’NJIR TERUK
Dulu ada orang share dgn aku pasal benda ni. tapi aku lalai
tanda-tanda tempat korang bakal ban’jir teruk
- walaupun hujan dah berhenti.
- mula mula air jernih. masa ni kita akan terpesona. macam ada anak sungai depan rumah. seronok budak2 main.
- beberapa jam pastu.. air akan mula keruh. ni tanda yg patut anda bersiap sedia utk berpindah
- air jadi kuning dan berkeladak dan bersampah. ni tanda anda patut segera keluar dari kawasan tersebut (aku terlambat sebab no. 6)
- bergantung pada tempat. ada tempat 1 jam naik seinci. ada yang naik sekaki terus
- paling penting. abaikan perasaan sayang nak tinggalkan rumah. akhirnya terpaksa pihak jpam menyelamatkan anda.
+ kunci pintu rumah, tutup suis utama dan kalau boleh cabut fuis utama sebelum keluar.
+ sumbat lubang ekzos, dan cabut terminal bateri kereta yg ditinggalkan. parking ditempat yg tinggi.
semoga kita dapat bertindak lebih awal dan mengelakkan diri daripada terperangkap.
cari kawasan selamat.
semoga bermanfaat
HIKMAH DI SEBALIK UJIAN BAN’JIR
KUALA LUMPUR: Khutbah Jumaat, hari ini yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memberi tumpuan pada kejadian ban’jir melanda negara ketika ini.
Dalam khutbah bertajuk Hikmah Di Sebalik Ujian Ban’jir itu, khatib turut mengingatkan orang ramai supaya terus melakukan kawalan kendiri dengan sebaiknya bagi mengelakkan terdedah kepada bahaya wab’ak penya’kit kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati.
Beliau berkata, walaupun Allah SWT menguji hamba-Nya dengan bermacam bentuk ujian, sama ada ketakutan, kelaparan dan kekurangan harta, kunci utama bagi menghadapi ujian itu ialah sabar.
Katanya, sabar adalah satu sifat mahmudah dan menjadi sen’jata paling ampuh dalam menghadapi pelbagai ujian dan duga’an.
“Orang yang sabar menghadapi kesusahan dan kepayahan hidup dengan hati yang tenang, berlapang dada, tidak berputus asa, tidak mudah menyerah kalah dan tidak menyangkal akan segala ketentuan dan ketetapan Allah SWT ke atasnya.
“Ingatlah, ujian itu adalah fitrah dalam kehidupan kerana dengan ujianlah boleh menjadikan diri kita lebih tabah, lebih sabar dan lebih mengenal kekuasaan serta kebesaran Allah SWT.
“Setiap ketentuan dan ketetapan Allah SWT itu adalah yang terbaik buat hamba-Nya,” katanya.
Mengulas lanjut, katanya, peristiwa banjir yang berlaku baru-baru ini menunjukkan manusia adalah makhluk yang sangat lemah dan bergantung harap kepada pertolongan Allah SWT.
Katanya, peristiwa itu juga bertujuan menguji sikap manusia sebagai orang Mukmin dalam menghadapi ujian-Nya.
“Bukan masanya mencari salah dan menuding jari, sebaliknya kita berusaha untuk membantu semampu mungkin mangsa yang terjejas.
“Ramai yang menjadi mangsa dan banyak rumah yang rosak akibat banjir itu, yang turut meragut nyawa,” katanya.
Beliau berkata, setiap musibah yang berlaku juga adalah peringatan daripada Allah SWT supaya manusia sentiasa mengingatinya, melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Sumber: Berita Harian
PENAFIAN: HARMAGIDUN TIDAK PERNAH SAMA SEKALI MEMBAWA BERITA FAKE ATAUPUN HOAX SEKADAR UNTUK DAPATKAN HYPE ATAUPUN VIRAL, SEMUA ARTIKEL YANG DISIARKAN DISINI ADALAH UNTUK KITA SEMUA MUHASABAH DIRI DAN PERSIAPKAN DIRI UNTUK CABARAN GETIR YANG BAKAL MENDATANG….
Ini adalah perkongsian ilmu dan info semata-mata, tidak berniat cetuskan pa’nik atau ketidaksenangan dalam kalangan masyarakat. HARMAGIDUN tidak bertanggungjawab terhadap segala komen nega’tif berbaur cemu’han, ma’kian atau cac’ian terhadap seseorang individu atau sesuatu organisasi…
Alhamdulillah semoga perkongsian ini mendekatkan kita dengan ALLAH maha pencipta, dan sentiasa mengingatkan kita dengan ma’ti dan qia’mat yang tiba pada bila-bila masa. Harap tuan/puan dapat like dan share artikel ini kepada rakan-rakan lain mudah-mudahan bertambah ilmu kita bersama!
Sampaikanlah walau hanya sepotong ayat
> HARMAGIDUN<
Untuk pelbagai info lain boleh join grup dan layari laman web dan follow telegram dibawah:
Join grup Pesan Bonda dengan Klik >>> PESAN BONDA <<< untuk mengimbau kembali segala petua serta pesanan bonda dan ayahanda kita sejak kita kecil hingga dewasa
– Bagi yang ingin belajar cara trading saham secara PERCUMA boleh layari laman web https://entrybiru.com/
– Untuk mengikuti kelas intensif khas saham secara PERCUMA di telegram boleh join channel telegram https://t.me/EntryBiru
– Bagi mendapatkan sebarang info dan bahan pengajaran dan pembelajaran kurikulum sekolah rendah dan menengah boleh layari laman web https://sumberpendidikan.com/
– Untuk mendapatkan updet terkini secara lebih pantas dan mesra pengguna dari web sumberpendidikan boleh join channel telegram https://t.me/sumberpendidikan
– Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari https://travula.com.my/
Jangan lupa klik >>> DIET APA HARI INI <<< untuk dapatkan tips dan perkongsian percuma untuk kurus langsing lagi sihat setiap hari! 🙂
Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita tidak kira dalam apa jua bidang diceburi. Amin!