Walau Gaji Hanya Rm2500 Sebulan, Suri Rumah Anak 8 Ini Dedah Rezekinya Tak Pernah Berkurangan Ini Rahsia Beliau…

Seorang suri rumah mendedahkan gaji suaminya hanya RM2500, namun mencukupi untuk menampung lapan ahli keluarga. Bagaimana rezeki keluarga ini sentiasa mencukupi dan tidak pernah berkurangan?

Suri rumah tersebut, Noraini Hassan tampil berkongsi petua murah rezeki yang diamalkan beliau sekeluarga. Semoga panduan ini memberi manfaat untuk ibu bapa lain dalam mengurus kewangan keluarga dengan lebih baik.

Ikuti perkongsian beliau di bawah:

Suami Tak Pernah Kedekut Dengan Isteri Dan Anak-anak

Selalunya bila dapat gaji, suami saya akan bayar semua bil-bil elektrik, air, telefon, insurans, pinjaman bank, duit van anak dan sewa rumah dalam RM300.

Kemudian, dia akan bagi bajet belanja rumah RM500 dan duit belanja untuk saya RM100. Selebihnya dia gunakan untuk minyak kereta dan kegunaan diri dia.

Kalau kami terover bajet, baru suami akan tambah guna duit dia. Dia tidak pernah kedekut dengan saya dan anak-anak.

Belanja Dapur Beli Ketika Sale

Saya hanya kawal perbelanjaan dapur dan beli apabila ada ‘sales’. Beli pun barang-barang penting. Saya beli jenama yang murah-murah dan ambil barang clearance saja.

Beli barang dapur kalau boleh cari yang 50% atau barang clearance. Biasa saya beli barang dapur kat AEON sebab tu je mall yang dekat dengan rumah saya.

Set Limit Waktu Berbelanja

Waktu berbelanja, saya dah set limit barang paling mahal saya capai pun RM20. Tak kira la baju ke. Kalau suami yang nak belanja kita, lebih baru lah kita ambil. Biasa saya suka pergi AEON usha baju longgok 70% dapatlah sehelai RM8.20.

Pakaian dalam pun kalau sale murah-murah, 3 helai RM5 pun saya ambil lebih.

Biarpun Gaji Hanya Rm2500 Sebulan, Suri Rumah Anak 8 Ini Dedah Rezekinya Tidak Pernah Berkurangan – Ikuti Kisahnya.

Guna Sistem Sampul

Selagi boleh jimat saya akan jimat. Duit saya asingkan dalam sampul siap-siap. Dan tulis untuk beli apa.

Contoh:

  • Barang dapur (makanan) RM300
  • Sabun (pencuci kain dan sabun pinggan) RM100
  • Pampers anak RM100

Tak cukupkan?

So penjagaan diri suami akan belikan. Sebab dia cerewet bab penjagaan diri ini. Bajet dalam seratus. Nak makan sedap-sedap pun sebulan sekali dua je.

Saya Cari Juga Duit Buat Tambah Tambah Belanja

Saya pun ada juga jual-jual chocojar dari rumah. Cukup lah buat tambah belanja anak-anak makan luar dan beli lauk.

Kena sorok duit dari suami sebab kalau dia tahu saya belanja guna duit saya nanti dia ganti balik. Saya pulak rasa bersalah.

Risau takut terbebankan dia. Dia kata guna duit saya jangan sesekali pakai buat belanja rumah. Pakai untuk beli barang peribadi saya je.

Allah.. dapat suami macam ini bersyukur saya.

Suami Tak Pernah Abaikan Mak Ayah Sendiri

Dia tak pernah abaikan mak ayahnya. Cukup je duit dia, dia hulur kat mak ayah dia dan buat simpanan untuk anak-anak.

Suami selalu kata, “In shaa Allah ada rezeki lain yang masuk walaupun tak banyak. Tapi Alhamdulillah, Allah beri.”

Isteri Kena Sentiasa Bersyukur

Katanya lagi, “Biar orang nampak kita serba serbi macam orang miskin. Pakai serba buruk, duduk rumah buruk, janji perut kenyang.”

Akuinya lagi sebagai isteri, kena sentiasa bersyukur. Apa yang suami beri itulah yang kita makan dan pakai. “Jangan pernah malu dengan kehidupan kita.”

“Bagi lelaki-lelaki yang belum bertemu jodoh, yang sibuk nak cari wanita bekerja untuk dijadikan isteri. Jangan pernah takut untuk kahwin dengan wanita yang tak bekerja ni. Rezeki datang dalam pelbagai sudut dan cara.”

Sumber/Foto: Noraini Hassan

PENAFIAN: HARMAGIDUN TIDAK PERNAH SAMA SEKALI MEMBAWA BERITA FAKE ATAUPUN HOAX SEKADAR UNTUK DAPATKAN HYPE ATAUPUN VIRAL, SEMUA ARTIKEL YANG DISIARKAN DISINI ADALAH UNTUK KITA SEMUA MUHASABAH DIRI DAN PERSIAPKAN DIRI UNTUK CABARAN GETIR YANG BAKAL MENDATANG….

Ini adalah perkongsian ilmu dan info semata-mata, tidak berniat cetuskan pa’nik atau ketidaksenangan dalam kalangan masyarakat. HARMAGIDUN tidak bertanggungjawab terhadap segala komen nega’tif berbaur cemu’han, ma’kian atau cac’ian terhadap seseorang individu atau sesuatu organisasi…

Alhamdulillah semoga perkongsian ini mendekatkan kita dengan ALLAH maha pencipta, dan sentiasa mengingatkan kita dengan ma’ti dan qia’mat yang tiba pada bila-bila masa. Harap tuan/puan dapat like dan share artikel ini kepada rakan-rakan lain mudah-mudahan bertambah ilmu kita bersama!

Sampaikanlah walau hanya sepotong ayat

> HARMAGIDUN<

Untuk pelbagai info lain boleh join grup dan layari laman web dan follow telegram dibawah:

Join grup Pesan Bonda dengan Klik >>> PESAN BONDA <<< untuk mengimbau kembali segala petua serta pesanan bonda dan ayahanda kita sejak kita kecil hingga dewasa

– Bagi yang ingin belajar cara trading saham secara PERCUMA boleh layari laman web https://entrybiru.com/
– Untuk mengikuti kelas intensif khas saham secara PERCUMA di telegram boleh join channel telegram https://t.me/EntryBiru
– Bagi mendapatkan sebarang info dan bahan pengajaran dan pembelajaran kurikulum sekolah rendah dan menengah boleh layari laman web https://sumberpendidikan.com/
– Untuk mendapatkan updet terkini secara lebih pantas dan mesra pengguna dari web sumberpendidikan boleh join channel telegram https://t.me/sumberpendidikan
– Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari https://travula.com.my/

Jangan lupa klik >>> DIET APA HARI INI  <<< untuk dapatkan tips dan perkongsian percuma untuk kurus langsing lagi sihat setiap hari! 🙂

Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita tidak kira dalam apa jua bidang diceburi. Amin!

Leave a Reply

Your email address will not be published.