MɑshɑAllɑh, Sɑmbutɑn Tɑhun Bɑru 2022 Dimulɑkɑn Dengan Solɑt Subuh Berjemɑɑh MEGA Di Turki!

Gambar-gambar ini adalah suasana sambutan tahun baru 2022 di Turki!

ᴘᴀɢᴇ ꜰᴀᴄᴇʙᴏᴏᴋ ᴋᴜɴ ᴀɴᴛᴀ ʙᴇʀᴋᴏɴɢꜱɪ ʙᴇʙᴇʀᴀᴘᴀ ᴋᴇᴘɪɴɢ ɢᴀᴍʙᴀʀ ʙᴀɢᴀɪᴍᴀɴᴀ ꜱᴜᴀꜱᴀɴᴀ ꜱᴀᴍʙᴜᴛᴀɴ ꜱᴇʟᴀᴍᴀᴛ ᴛᴀʜᴜɴ ʙᴀʀᴜ ʏɢ ᴅɪᴀᴅᴀᴋᴀɴ ᴅɪ ɪꜱᴛᴀɴʙᴜʟ, ᴛᴜʀᴋɪ.

ᴛɪᴀᴅᴀ ʜɪʙᴜʀᴀɴ ᴍᴇʟᴀᴍᴘᴀᴜ, ᴛɪᴀᴅᴀ ᴘᴇᴍʙᴀᴢɪʀᴀɴ ᴅᴜɪᴛ. ꜱᴀᴍʙᴜᴛᴀɴ ᴘᴇɴᴜʜ ᴋᴇʀᴏʜᴀɴɪᴀɴ!

ꜱᴏʟᴀᴛ ꜱᴜʙᴜʜ ᴘᴇʀᴛᴀᴍᴀ ᴛᴀʜᴜɴ 2022 ᴅɪ ᴍᴀꜱᴊɪᴅ ᴀʏᴀ ꜱᴏᴘʜɪᴀ, ɪꜱᴛᴀɴʙᴜʟ, ᴛᴜʀᴋᴇʏ.

ʙᴇʙᴇʀᴀᴘᴀ ʜᴀʀɪ ꜱᴇʙᴇʟᴜᴍ ᴍᴇɴᴊᴇʟᴀɴɢ ᴛᴀʜᴜɴ ʙᴀʀᴜ 2022, ʙᴀʜᴀɢɪᴀɴ ʜᴀʟ ᴇʜᴡᴀʟ ᴀɢᴀᴍᴀ ᴛᴜʀᴋᴇʏ ᴍᴇɴʏᴇʀᴜ ᴍᴀꜱʏᴀʀᴀᴋᴀᴛ ᴛᴜʀᴋᴇʏ ᴜɴᴛᴜᴋ ꜱᴀᴍᴀ-ꜱᴀᴍᴀ ᴍᴇᴍᴜʟᴀᴋᴀɴ ᴛᴀʜᴜɴ ʙᴀʀᴜ 2022 ᴅᴇɴɢᴀɴ ᴍᴇɴᴜɴᴀɪᴋᴀɴ ꜱᴏʟᴀᴛ ꜱᴜʙᴜʜ ᴅɪ ᴍᴀɴᴀ-ᴍᴀɴᴀ ᴍᴀꜱᴊɪᴅ ꜱᴇᴋɪᴛᴀʀ

ᴛᴜʀᴋᴇʏ, ᴅᴀɴ ɪɴɪʟᴀʜ ꜱᴀᴍʙᴜᴛᴀɴɴʏᴀ. ᴍᴀꜱʏᴀᴀʟʟᴀʜ!

ᴋʀᴇᴅɪᴛ ꜰᴀᴄᴇʙᴏᴏᴋ ᴋᴜɴ ᴀɴᴛᴀ

Buat yang tak pernah tahu TURKI suatu masa dahulu adalah kuasa besar dunia! Bukan calang-calang Turki zaman Empayar Uthmaniyyah!

Sumbangan Tamadun Turki Uthmaniyah kepada Dunia Islam

Kerajaan Turki Uthmaniyyah diasaskan oleh Othman iaitu putera kepada Ertorghrul. Kemunculan kerajaan ini adalah setelah berlakunya kejatuhan kerajaan Seljuk yang berlaku pada sekitar pertengahan kurun ke-13. Kerajaan Uthmaniyyah berperanan menyatukan Anatolia dan negara-negara di rantau Balkan di bawah satu pemerintahan yang menjadikannya sebuah empayar Islam.
Pemerintahan kerajaan Islam Uthmaniyyah bermula pada akhir abad ke-13 .

Pemerintahan ini dibahagikan kepada beberapa fasa :
1. Peringkat awal penubuhan (1299-1453)
2. Perkembangan dan pengukuhan ( 1453-1682)
3. Perkembangan mendatar,kebangkitan nasionalisme dan cabaran pihak Barat (1683-1827)
4.Kemerosotan dan kejatuhan ( 1828 – 1908)
5.Pembubaran pemerintahan ( 1908 – 1924 )

Kehebatan kerajaan Turki ‘Uthmaniyyah dinyatakan oleh ahli sejarah bermula dengan kejayaan penaklukan kota Constatinople ( tahun 1453 ) sehinggalah zaman pemerintahan Sultan Sulaiman al-Qunani yang meninggal dunia pada tahun 1566. Sepanjang zaman kegemilangan itu , Turki dipimpin oleh sultan sultan yang baik iaitu :

1. Sultan Muhammad II al – Fateh (1451- 1481)
2. Sultan Beyazid II ( 1481 – 1512 )
3.Sultan Salim I (1512- 1520)
4.Sultan Sulaiman I al-Qanuni ( 1520 -1566 )

FAKTOR KECEMERLANGAN FAKTOR UTHMANIYYAH

Kerajaan Turki Uthmaniyah merupakan salah satu kerajaan Islam yang telah berjaya membentuk sebuah empayar yang luas dan ia merupakan sebuah kerajaan yang menyatukan umat Islam global. Kerajaan Turki Uthmaniyah telah banyak menyumbang kepada dunia Islam dalam pelbagai aspek. Antaranya :

Aspek Perundangan

Suleiman I telah memperkenalkan Kanun Suleiman untuk mempertahankan dan membela nyawa, harta, serta kehormatan individu pelbagai bangsa dan agama.Selain itu, jawatan Kadi dan Mufti dijadikan sebahagian daripada organisasi dan pentadbiran perundangan Islam. Jawatan Sheikh-ul-Islam (ketua ulama’) telah diperkenalkan untuk mengeluarkan fatwa dan fatwa-fatwa tersebut telah menjadi aspek penting dalam perundangan Islam masa kini.

Aspek Ekonomi

Kerajaan Turki Uthmaniyah berjaya membentuk Jalinan Perdagangan Dunia Islam yang besar berpusat di Istanbul. Hal ini demikian kerana, kedudukan Istanbul yang strategik menjadikan bandar itu sebuah bandar perdagangan antara Dunia Islam dengan Dunia Bukan Islam. Jalinan perdagangan Kerajaan Turki Uthmaniyah meliputi pelabuhan-pelabuhan di sepanjang Laut Tengah, Laut Merah, Laut Hindi, dan Laut Mediterranean.

Aspek Sosial

Kerajaan Turki Uthmaniyah telah memperkenalkan pembaharuan di kawasan Balkan di Eropah. Sebelum kedatangan Islam, sistem bangsawan yang berasaskan keturunan dalam susun lapis masyarakat telah diamalkan. Di eropah, kerajaan Turki Uthmaniyah telah memperkenalkan sistem yang menggalakkan kecemerlangan individu dan kesannya, pembahagian masyarakat Eropah bergantung kepada hasil usaha individu. Fenomena ini telah mewujudkan mobiliti sosial yang lebih luas dalam masyarakat Eropah.

Aspek Pendidikan

Turki Uthmaniyah banyak memberi sumbangan kepada Dunia Islam. Antaranya ialah perkembangan ilmu pengetahuan, pendidikan, kebudayaan, penerbitan dan penterjemahan. Sistem pendidikan seperti madrasah, sekolah pengetahuan akedemik, sekolah tentera, maktab teknik, dan kolej perubatan diwujudkan. Selain itu, sumbangan lain adalah dalam bidang penulisan ensiklopedia. Perpustakaan ditubuhkan di masjid, hospital, dan rumah.

Seni Bina

Kerajaan Turki Uthmaniyah juga banyak menyumbangkan kemajuan dalam bidang seni bina Islam terutamanya dalam seni bina masjid. Antara tokoh seni bina yang terkenal adalah Mimar Sinan.Beliau sememangnya terkenal dengan hasil beliau yang paling terkenal iaitu Masjid Biru ataupun lebih dikenali sebagai Masjid Sultan Ahmed yang terletak di Istanbul.

PENAFIAN: HARMAGIDUN TIDAK PERNAH SAMA SEKALI MEMBAWA BERITA FAKE ATAUPUN HOAX SEKADAR UNTUK DAPATKAN HYPE ATAUPUN VIRAL, SEMUA ARTIKEL YANG DISIARKAN DISINI ADALAH UNTUK KITA SEMUA MUHASABAH DIRI DAN PERSIAPKAN DIRI UNTUK CABARAN GETIR YANG BAKAL MENDATANG….

Ini adalah perkongsian ilmu dan info semata-mata, tidak berniat cetuskan pa’nik atau ketidaksenangan dalam kalangan masyarakat. HARMAGIDUN tidak bertanggungjawab terhadap segala komen nega’tif berbaur cemu’han, ma’kian atau cac’ian terhadap seseorang individu atau sesuatu organisasi…

Alhamdulillah semoga perkongsian ini mendekatkan kita dengan ALLAH maha pencipta, dan sentiasa mengingatkan kita dengan ma’ti dan qia’mat yang tiba pada bila-bila masa. Harap tuan/puan dapat like dan share artikel ini kepada rakan-rakan lain mudah-mudahan bertambah ilmu kita bersama!

Sampaikanlah walau hanya sepotong ayat

> HARMAGIDUN<

Untuk pelbagai info lain boleh join grup dan layari laman web dan follow telegram dibawah:

Join grup Pesan Bonda dengan Klik >>> PESAN BONDA <<< untuk mengimbau kembali segala petua serta pesanan bonda dan ayahanda kita sejak kita kecil hingga dewasa

– Bagi yang ingin belajar cara trading saham secara PERCUMA boleh layari laman web https://entrybiru.com/
– Untuk mengikuti kelas intensif khas saham secara PERCUMA di telegram boleh join channel telegram https://t.me/EntryBiru
– Bagi mendapatkan sebarang info dan bahan pengajaran dan pembelajaran kurikulum sekolah rendah dan menengah boleh layari laman web https://sumberpendidikan.com/
– Untuk mendapatkan updet terkini secara lebih pantas dan mesra pengguna dari web sumberpendidikan boleh join channel telegram https://t.me/sumberpendidikan
– Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari https://travula.com.my/

Jangan lupa klik >>> DIET APA HARI INI  <<< untuk dapatkan tips dan perkongsian percuma untuk kurus langsing lagi sihat setiap hari! 🙂

Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita tidak kira dalam apa jua bidang diceburi. Amin!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *