9 Pen’yakit Ke’jam yang Anak Isteri boleh Kena Kalau ada Suami Perokok!

Anda tahu merokok membahayakan kesihatan si perokok. Tapi tahukah anda, anda masih berisiko untuk beberapa komplikasi kesihatan kesan dari asap rokok walaupun anda tidak merokok! Apa ni? Totally not fair!

Merokok bukan sahaja memberi kesan buruk kepada perokok, malah boleh membawa mimpi ngeri ke atas keluarga, rakan karib, rakan sekerja, jiran tetangga dan juga orang yang tidak dikenali yang sama-sama menghirup udara yang penuh dengan berkepul-kepul asap rokok. Ini menyebabkan berjuta-juta rakyat terdedah kepada asap rokok dan penyakit berbahaya kesan daripada asap rokok.

Selalu kita dengar:

Setiap sedutan menyerupai satu sedutan maut. Euw, scary!

Asap rokok boleh menyebabkan 9 penya’kit ke’jam ini, antaranya:

PEN’YAKIT #1: KAN’SER PARU-PARU

Kan’ser paru-paru menjadi penyebab utama kemat’ian di seluruh dunia dengan catatan 3 juta kema’tian setahun dan asap rokok adalah penyumbang utama.

Menurut Pengarah Perubatan, Pusat Pakar Antarabangsa Beacon Sdn. Bhd., Datuk Dr. Mohamed Ibrahim A. Wahid, jika selama ini kan’ser paru-paru dikaitkan dengan individu yang merokok, tetapi hari ini perokok sahaja bukan lagi satu-satunya punca utama penyakit ini malah semua orang berisiko tinggi untuk menghidapnya.

Perangkaan global menunjukkan bahawa antara 10% – 15% pesakit ka’nser paru-paru tidak pernah merokok. Malah, penyakit ini berpunca daripada menyedut asap rokok secara pasif sebagai penyebab utama kan’ser paru-paru pada zaman kini.

Nak tahu, peratus orang yang tidak pernah merokok adalah lebih tinggi dalam kalangan pesakit ka’nser paru-paru di Asia, lebih-lebih lagi di kalangan wanita! Di Malaysia, kira-kira 60% wanita yang menghidap ka’nser paru-paru merupakan individu yang tidak pernah merokok.

PEN’YAKIT #2: SA’KIT JANTUNG

Perokok pasif berpotensi 25% lebih tinggi untuk mendapat penya’kit jantung. Bernafas dalam udara yang dipenuhi asap rokok berb’ahaya terhadap paru-paru anda. Kesan asap rokok adalah faktor utama sa’kit jantung. Proses pertama, pembekuan darah. Kedua, pemendapan lemak di dinding saluran darah. Ketiga, mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.

Jantung mengepam darah untuk membekalkan oksigen dan zat makanan ke seluruh badan melalui sitem peredaran darah. Sa’kit jantung berlaku apabila salur darah jantung menjadi sempit. Sempit ini berlaku kerana dinding sebelah dalam saluran darah diselaputi lemak terutamanya kolesterol.

Jika saluran darah menjadi sempit, maka ada bahagian jantung yang tidak mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Ini akan mengakibatkan berlakunya sa’kit dada. Jika saluran darah tertutup sepenuhnya sebahagian dari jantung anda akan rosak mengakibatkan s’akit dada yang teramat sangat. Keadaan ini dikenali sebagai sak’it jantung.

Asap rokok bertanggungjawab bagi kema’tian pes’akit jantung hampir 34,000 di Amerika Syarikat setiap tahun, iaitu lebih daripada 20 kali jumlah orang yang kehilangan nyawa mereka yang tenggelam dalam kapal Titanic.

PEN’YAKIT #3: SINDROM KEMA’TIAN BAYI MENGEJUT (SIDS)

Asap rokok meningkatkan risiko SIDS, kem’atian bayi yang tidak dapat dijelaskan dan tidak dijangka. Ia adalah punca utama kema’tian di kalangan bayi yang sihat di bawah umur satu tahun. Adalah dianggarkan bahawa satu perempat daripada semua kem’atian SIDS adalah berpunca daripada asap rokok.

PEN’YAKIT #4: STROK

Strok adalah punca kema’tian ketiga terbesar di Malaysia. Sesiapa sahaja boleh mengalami strok, termasuk kanak-kanak. Namun, kebanyakan kes menimpa orang dewasa.

Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.

Bahagian otak itu mula ma’ti. Anda mengalami strok. Dengan pantas, dengan senyap. Kerosakan otak menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran dan ingatan terubah.

Terdedah kepada asap rokok dianggar meningkatkan risiko kem’atian dan hilang upaya akibat strok sebanyak 20 hingga 30 peratus.

PEN’YAKIT #5: SERANGAN ASMA

Serangan jantung ke serangan asma lagi serius? Ramai orang pilih serangan jantung lebih serius. Pendapat anda memang tepat, tetapi anda mungkin silap. Jika biarkan penghidap asma tanpa rawatan sebenarnya boleh mengundang m’aut.

Menurut pakar perubatan, asma adalah satu peny’akit saluran pernafasan kronik yang mengakibatkan penghidapnya semput selain mengalami rasa ‘ketat’ di dada, nafas berbunyi, sesak nafas, batuk dan lelah. Ciri utama peny’akit ini ialah pencerutan saluran udara dalam paru-paru yang berpunca daripada inflamasi dan menyebabkan pesa’kit sukar bernafas.

Batuk yang berterusan tanpa demam, terutamanya pada waktu malam dan awal pagi adalah tanda kuat asma. Antara punca yang menyebabkan serangan asma termasuklah asap rokok.

Asma adalah penya’kit yang serius yang boleh menga’ncam nyawa, dan menjadi lebih teruk daripada pendedahan kepada asap rokok. Lebih daripada 24 juta rakyat Amerika yang hidup dengan asma dan masalah pernafasan.

PEN’YAKIT #6: PENYAKIT DALAM TELINGA TENGAH KANAK-KANAK

Peny’akit telinga tengah merupakan masalah biasa bagi kanak-kanak yang turut terbukti ada kaitan dengan pendedahan terhadap asap rokok. Risiko kanak-kanak yang tinggal sebumbung dengan ibu bapa perokok adalah mereka terdedah kepada jangkitan telinga dan saluran pernafasan, seperti telinga bernanah dan inflamasi pada telinga tengah.

Asap rokok telah menyebabkan 790,000 anak-anak ke doktor setiap tahun bagi mereka jangkitan telinga tengah sengsara di Amerika Syarikat.

PEN’YAKIT #7: JANGKITAN RESPIRATORI DI KALANGAN BAYI DAN KANAK-KANAK

Pneumonia adalah masalah jangkitan paru-paru yang sangat biasa di kalangan kanak-kanak Malaysia. Jangkitan paru-paru kerap dialami oleh kanak-kanak berusia di bawah 5 tahun.

Kira-kira 60% punca utama kebanyakan kanak-kanak dimasukkan ke wad di Malaysia.

Pada awalnya kanak-kanak akan mengalami keradangan paru-paru (bronkitis) sebelum bertukar menjadi lebih kronik iaitu pneumonia. Pneumonia mungkin sukar dikesan pada kanak-kanak yang aktif, tetapi secara umum boleh dikesan menerusi perubahan sifat kanak-kanak iaitu meragam, tidak mahu minum susu dan tidak aktif.

PEN’YAKIT #8: KELAHIRAN BAYI YANG KURANG BERAT BADAN

Asap rokok boleh memberi kesan kepada seseorang sejurus sebelum mereka menarik nafas pertama. Ibu-ibu yang terdedah kepada asap rokok mempunyai risiko yang lebih besar untuk kelahiran bayi yang kurang berat badan. Si kecil dilahirkan terlalu kecil mungkin mempunyai komplikasi kesihatan seperti keca’catan kelahiran dan jangkitan.

PEN’YAKIT #9: PERKEMBANGAN PARU-PARU PADA KANAK-KANAK

Paru-paru anda mula berkembang ketika di dalam rahim ibu, dan terus berkembang pada zaman kanak-kanak. Pendedahan kepada asap rokok menghalang mereka membesar dengan sempurna.

Kesiannya orang lain jadi mangsa!

Boleh pilih nak utamakan kesihatan anak isteri dan keluarga, atau nak biarkan rokok dan asapnya meragut kesihatan kita dan keluarga tersayang?

Rokok boleh menyebabkan 9 peny’akit kejam ni tau. Bukan setakat kat perokok, tapi kat orang yang kena asap rokok sekali. Kira kalau suami merokok, ada chance lah isteri dan anak tu kena kans’er dan pnyakit kronik lain.

Bertindak sekarang sebelum keluarga kita terpaksa berhadapan dengan risiko ka’nser secara tiba-tiba.

PENAFIAN: HARMAGIDUN TIDAK PERNAH SAMA SEKALI MEMBAWA BERITA FAKE ATAUPUN HOAX SEKADAR UNTUK DAPATKAN HYPE ATAUPUN VIRAL, SEMUA ARTIKEL YANG DISIARKAN DISINI ADALAH UNTUK KITA SEMUA MUHASABAH DIRI DAN PERSIAPKAN DIRI UNTUK CABARAN GETIR YANG BAKAL MENDATANG….

Ini adalah perkongsian ilmu dan info semata-mata, tidak berniat cetuskan pa’nik atau ketidaksenangan dalam kalangan masyarakat. HARMAGIDUN tidak bertanggungjawab terhadap segala komen nega’tif berbaur cemu’han, ma’kian atau cac’ian terhadap seseorang individu atau sesuatu organisasi…

Alhamdulillah semoga perkongsian ini mendekatkan kita dengan ALLAH maha pencipta, dan sentiasa mengingatkan kita dengan ma’ti dan qia’mat yang tiba pada bila-bila masa. Harap tuan/puan dapat like dan share artikel ini kepada rakan-rakan lain mudah-mudahan bertambah ilmu kita bersama!

Sampaikanlah walau hanya sepotong ayat

> HARMAGIDUN<

Untuk pelbagai info lain boleh join grup dan layari laman web dan follow telegram dibawah:

Join grup Pesan Bonda dengan Klik >>> PESAN BONDA <<< untuk mengimbau kembali segala petua serta pesanan bonda dan ayahanda kita sejak kita kecil hingga dewasa

– Bagi yang ingin belajar cara trading saham secara PERCUMA boleh layari laman web https://entrybiru.com/
– Untuk mengikuti kelas intensif khas saham secara PERCUMA di telegram boleh join channel telegram https://t.me/EntryBiru
– Bagi mendapatkan sebarang info dan bahan pengajaran dan pembelajaran kurikulum sekolah rendah dan menengah boleh layari laman web https://sumberpendidikan.com/
– Untuk mendapatkan updet terkini secara lebih pantas dan mesra pengguna dari web sumberpendidikan boleh join channel telegram https://t.me/sumberpendidikan
– Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari https://travula.com.my/

Jangan lupa klik >>> DIET APA HARI INI  <<< untuk dapatkan tips dan perkongsian percuma untuk kurus langsing lagi sihat setiap hari! 🙂

Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita tidak kira dalam apa jua bidang diceburi. Amin!

Leave a Reply

Your email address will not be published.