Adakah Sah Solat Jika di Baju Kita Terlekat Bulu Kucing? Ini Jawapan Mufti

Tengah solat tiba-tiba ada kucing datang tonyoh badan dia pada betis/badan kita. Nak berhenti solat tukar baju lain ambik wuduk semula ka macam mana?

Ada orang kata bulu kucing dari kucing hidup dan sudah ma’ti itu najis. Kadang-kadang, si pencinta kucing ragu-ragu malah ada yang tidak tahu bahawa ada bulu kucing telah melekat pada pakaian ketika mereka sedang bersolat. Entri ini boleh membantu mereka ini untuk mengetahui solat mereka sah atau sebaliknya.

Merujuk pada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, al-Tirmizi, Nasaie dan Ibnu Majah daripada Kabsyah Binti Ka’ab bin Malik, bahawa suatu saat Abu Qatadah memasuki rumah dan disediakan minuman olehnya. Tiba-tiba datang seekor kucing meminum daripada air minuman itu dan Abu Qatadah mencondongkan mangkuk itu sehingga dapat diminum oleh kucing itu. Ketika Abu Qatadah melihat Kabsyah memperhatikannya maka dia bertanya : “Apakah kau terkejut wahai anak saudara perempuanku?” Dia menjawab : “Benar”. Berkatalah Abu Qatadah sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda : “Kucing itu tidak najis, ia termasuk binatang yang berkeliaran di sekelilingmu”(Sahih Abi Daud dan lain-lain)

Berdasarkan hadis sahih ini para sahabat, tabi’in dan kebanyakan daripada ulama seperti Imam Syafie, Imam Ahmad dan Ishaq bin Abdullah mengatakan bahawa ianya tidak dikira najis. Bahkan jumhur ‘ulama mengatakan bahawa bulu kucing tidak najis kerana ia adalah daripada haiwan yang bukan daripada kategori haiwan najis. Malah jika jilatan kucing bukan najis maka bulu kucing adalah lebih utama untuk dikatakan tidak najis.

Pendapat yang paling rajah (benar) pula mengatakan bahawa setiap rambut, bulu, bulu pelepah dan benang bulu daripada kulit haiwan yang boleh dimakan atau tidak boleh dimakan adalah tidak najis sama ada ia masih hidup atau pun tidak. (Majmu’ Fatawa 38/21).

PENAFIAN: HARMAGIDUN TIDAK PERNAH SAMA SEKALI MEMBAWA BERITA FAKE ATAUPUN HOAX SEKADAR UNTUK DAPATKAN HYPE ATAUPUN VIRAL, SEMUA ARTIKEL YANG DISIARKAN DISINI ADALAH UNTUK KITA SEMUA MUHASABAH DIRI DAN PERSIAPKAN DIRI UNTUK CABARAN GETIR YANG BAKAL MENDATANG….

Ini adalah perkongsian ilmu dan info semata-mata, tidak berniat cetuskan pa’nik atau ketidaksenangan dalam kalangan masyarakat. HARMAGIDUN tidak bertanggungjawab terhadap segala komen nega’tif berbaur cemu’han, ma’kian atau cac’ian terhadap seseorang individu atau sesuatu organisasi…

Alhamdulillah semoga perkongsian ini mendekatkan kita dengan ALLAH maha pencipta, dan sentiasa mengingatkan kita dengan ma’ti dan qia’mat yang tiba pada bila-bila masa. Harap tuan/puan dapat like dan share artikel ini kepada rakan-rakan lain mudah-mudahan bertambah ilmu kita bersama!

Sampaikanlah walau hanya sepotong ayat

> HARMAGIDUN<

Untuk pelbagai info lain boleh join grup dan layari laman web dan follow telegram dibawah:

Join grup Pesan Bonda dengan Klik >>> PESAN BONDA <<< untuk mengimbau kembali segala petua serta pesanan bonda dan ayahanda kita sejak kita kecil hingga dewasa

– Bagi yang ingin belajar cara trading saham secara PERCUMA boleh layari laman web https://entrybiru.com/
– Untuk mengikuti kelas intensif khas saham secara PERCUMA di telegram boleh join channel telegram https://t.me/EntryBiru
– Bagi mendapatkan sebarang info dan bahan pengajaran dan pembelajaran kurikulum sekolah rendah dan menengah boleh layari laman web https://sumberpendidikan.com/
– Untuk mendapatkan updet terkini secara lebih pantas dan mesra pengguna dari web sumberpendidikan boleh join channel telegram https://t.me/sumberpendidikan
– Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari https://travula.com.my/

Jangan lupa klik >>> DIET APA HARI INI  <<< untuk dapatkan tips dan perkongsian percuma untuk kurus langsing lagi sihat setiap hari! 🙂

Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita tidak kira dalam apa jua bidang diceburi. Amin!

Leave a Reply

Your email address will not be published.