Cium Anak Dapat PAHALA, Cium Suami Gugur DO’SA, Cium Isteri BAHAGIA Selamanya

Walau rumah besar, kereta bersusun, duit berkepuk tapi kalau jiwa tenang tak ada dalam diri, apalah maknanya. Biarlah kekayaan, kesenangan yang diperoleh disulami dengan rumah tangga yang bahagia. Hati yang aman dengan suami yang setia, isteri yang mendengar kata, anak-anak yang mendamaikan jiwa mak ayahnya…

Biar kecil pun harta benda kita, asalkan kaya akhlak dan keperibadian. Macam mana nak peroleh itu semua. Kasih sayang selalu ustaz mahupun ustazah berceramah akan tekankan. Pandang anak penuh kasih, tenung wajah isteri dengan sayang.

Barulah isteri dan anak akan melimpah ruah rasa cinta pada suami dan ayah. Bukannya marah-marah, serba serbi tak kena. Marahkan anak sampai didera emosi dan fizikalnya. Astaghfirullah..

Pesanan daripada Ustaz Sayuthi, Guru di SMA Ma’ahad Tahfiz Al-Quran Al-Abidin dan Imam di Masjid Al-Hadi, Bukit Besar, Yan, Kedah ini mak ayah amatilah betul-betul. Moga rasa kasih hadir dengan mengamalkan apa yang ustaz sarankan.

Pertama : Fadhilat Cium Anak

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. Barang siapa keluar ke pekan lalu membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak.

Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan. Dengan wujudnya sifat suka mencium anak, hormon dan bau anak kita itu akan sebati ke dalam otak kita. Sekaligus mesej yang mengatakan “Aku sayang anak aku” akan tersemat terus ke dalam jiwa.

Kedua : Fadhilat Cium Suami

Bila isteri salam dan cium tangan suami, maka gugurlah dosa-dosa kecil si isteri. Restu seorang suami tu penting dalam rumahtangga. Lagipun isteri juga akan dapat pahala. Suami pun mendapat pahala juga kalau di kucup dahi isteri.

Satu lagi perkara yang ramai isteri tidak sedar ialah tabiat tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit sahaja isteri yang tahu bahawa tidur berbantalkan lengan suami dan dalam dakapan suami, boleh membuatkan hati suaminya luluh.

Ketiga : Fadhilat Mencium Isteri

Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sebagai satu perkara yang baik, bahkan dapat memberikan pahala kepada suami.

Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yang gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah dengan keriangan. Dilihat kepada Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW di kala bersama isteri.
Sebab Itulah Seeloknya amalkanlah budaya mencium ini ketika baru berkahwin / mendirikan rumahtangga. Kerana jika tidak diamalkan sekarang, agak kekok pula bila dah beranak-pinak nanti.

Nota : Rugilah mereka yang sudah berkahwin tetapi malu untuk mencium anak dan pasangan mereka sendiri.. JANGAN BERCI’UM DITEMPAT AWAM.

Wahai Ayah, Ciumlah Anak Dan Isteri Sebelum Keluar Bekerja. Ini Kelebihanya!

Untuk para ayah, amalkan kebiasaan mencium anak dan isteri sebelum keluar bekerja di pagi, amalkanlah, ya?

Dengan ciuman itu, hadir kebahagiaan yang di hati mereka kerana mendapatkan kuncupan di dahi dari ayah dan suami tercinta.

Cium di dahi dan di kening satu-persatu dan cium pula di pipi kanan dan pipi kiri mereka dengan penuh kelembutan hati.

Tunjukkanlah kasih sayang kepada mereka. Para ayah sukar untuk meluahkan rasa sayang secara pertuturan, namun, perlihatkanlah dari perbuatan.

Jangan sampai anak dan isteri rasa jauh hati kerana rasa tidak dihargai atau disayangi.

Terkadang kita sering rasa hal-hal ini seakan-akan perkara remeh. Ciuman sering kita lupakan dalam kehidupan kita sehari-hari; namun itulah satu-satunya yang mengukuhkan dan mempererat lagi jalinan kasih sayang.

Oleh itu, jangan kedekut ciuman dan pelukan, ya!

Dengan ciuman itu akan ada kedamaian di hati mereka. Kuncupan lembut dan mesra dari suami kepada isteri atau dari seorang ayah kepada anak-anaknya amatlah diperlukan.

Keluargamu adalah amanah dan harta anda di dunia, jagalah mereka dengan penuh kasih sayang.

InshaaAllah.

PENAFIAN: HARMAGIDUN TIDAK PERNAH SAMA SEKALI MEMBAWA BERITA FAKE ATAUPUN HOAX SEKADAR UNTUK DAPATKAN HYPE ATAUPUN VIRAL, SEMUA ARTIKEL YANG DISIARKAN DISINI ADALAH UNTUK KITA SEMUA MUHASABAH DIRI DAN PERSIAPKAN DIRI UNTUK CABARAN GETIR YANG BAKAL MENDATANG….

Ini adalah perkongsian ilmu dan info semata-mata, tidak berniat cetuskan pa’nik atau ketidaksenangan dalam kalangan masyarakat. HARMAGIDUN tidak bertanggungjawab terhadap segala komen nega’tif berbaur cemu’han, ma’kian atau cac’ian terhadap seseorang individu atau sesuatu organisasi…

Alhamdulillah semoga perkongsian ini mendekatkan kita dengan ALLAH maha pencipta, dan sentiasa mengingatkan kita dengan ma’ti dan qia’mat yang tiba pada bila-bila masa. Harap tuan/puan dapat like dan share artikel ini kepada rakan-rakan lain mudah-mudahan bertambah ilmu kita bersama!

Sampaikanlah walau hanya sepotong ayat

> HARMAGIDUN<

Untuk pelbagai info lain boleh join grup dan layari laman web dan follow telegram dibawah:

Join grup Pesan Bonda dengan Klik >>> PESAN BONDA <<< untuk mengimbau kembali segala petua serta pesanan bonda dan ayahanda kita sejak kita kecil hingga dewasa

– Bagi yang ingin belajar cara trading saham secara PERCUMA boleh layari laman web https://entrybiru.com/
– Untuk mengikuti kelas intensif khas saham secara PERCUMA di telegram boleh join channel telegram https://t.me/EntryBiru
– Bagi mendapatkan sebarang info dan bahan pengajaran dan pembelajaran kurikulum sekolah rendah dan menengah boleh layari laman web https://sumberpendidikan.com/
– Untuk mendapatkan updet terkini secara lebih pantas dan mesra pengguna dari web sumberpendidikan boleh join channel telegram https://t.me/sumberpendidikan
– Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari https://travula.com.my/

Jangan lupa klik >>> DIET APA HARI INI  <<< untuk dapatkan tips dan perkongsian percuma untuk kurus langsing lagi sihat setiap hari! 🙂

Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita tidak kira dalam apa jua bidang diceburi. Amin!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *