Fosil Manusia Semuanya Macam Beruk, Benarkah Nabi Adam Manusia Pertama?

Manusia atau sebenarnya Bukan Manusia?

Biasa dengar Istilah Manusia Purba? Rangka Tengkorak Ratusan Ribu Tahun? Dan betul ke Nabi Adam Manusia Pertama? Ini antara Sains dan Agama… Sains tidak salah kerana sememangnya, Allah mengajak kita belajar tentang alam.. Allah sebut tentang ini di dalam Quran..

Tapi bila manusia menyalahgunakan Sains hingga maklumat itu bertentangan dengan Ayat-ayat Allah, maka kita sebagai manusia yang diangkat Allah sebagai Khalifah, harus membetulkan..
Untuk fahami isu ini, kita kena fahamkan dari akarnya terlebih dahulu…

Pertama…

Kita ni manusia.. Allah panggil kita manusia.. Sebelum kita, ada pelbagai makhluk yang hidup di bumi.. Kita manusia bukan makhluk pertama yang hidup di bumi.. Ini asasnya.
Kemudian orang berbahas.. Kenapa ada manusia lain yang hidup lebih lama sebelum Nabi Adam a.s? Orang pelik dan hairan..

Allah kata Nabi Adam manusia pertama, tetapi kenapa tengkorak dan tulang belulang yang dijumpai, bertarikh puluhan ribu tahun malah ada yang ratusan ribu tahun.. Lebih lama dari zaman Nabi Adam a.s itu sendiri ?

Orang berga’duh tentang ini.. Ada juga yang tak berani nak bincang. Pelbagai anggapan.. Sudahnya jalan paling mudah, kita menggunakan perkataan ‘Tipu’. Semua tulang belulang itu tipu termasuklah tulang belulang Dinosaur.. Akhirnya kita pula yang ditertawakan.. Orang mentertawakan pemikiran kita. Tak selesai masalah..

Seolah-olah kita berkata Allah pula yang menipu. Seolah-olah kita tidak percaya yang Allah mampu ciptakan makhluk-makhluk itu. Seolah-olah kita tidak percaya yang ‘masa’ itu ciptaan Allah juga.. Seolah-olah kita tak nampak yang Kuasa Allah itu tanpa sempadan. Jadi di mana masalahnya? Dari mana masalah ini timbul?

Mari fahamkan semula…

Allah sebut Adam Manusia Pertama.. Kemudian, siapa yang sebut tulang belulang ratusan ribu tahun yang dijumpai di dalam gua itu manusia? Allah tak sebut.. Jadi siapa yang sebut dan panggil mereka itu ‘manusia’ ?

Kita la yang sebut…

Dengan Manusia Paleolitik nya. Manusia Maseolitik nya. Manusia Pra Sejarahnya. Kita sendiri yang memanggil mereka manusia.. Sepatutnya kita bertanya soalan ini… Adakah mereka itu manusia? Bukti arkeologi menunjukkan anatomi mereka agak berbeza dengan manusia. Jadi kenapa kita panggil mereka manusia? siapa pula yang sebut manusia berevolusi dari monyet?Kita juga..

Jadi masalah ini berpunca dari siapa?

Kita sebenarnya yang mencipta masalah itu… Kita sendiri yang meni’pu diri kita dan kemudian kita yang pening.. Ya kita la manusia.. Terlihat sesuatu? Cuba lihat semula.. Siapa yang cipta dan siapa mula-mula yang memperkenalkan klasifikasi zaman-zaman ‘manusia’ ? Persoalan itu ditinggalkan untuk kita fikirkan dalam-dalam…

Kemudian mari kita fahamkan apa tu manusia yang sebenar-benarnya, berpandu pada apa yang Allah beritahu, bukan manusia.  Dalam Quran, dari percakapan malaikat, jelas dan kita tahu sebelum Allah mencipta manusia pertama iaitu Adam a.s , telah ada makhluk lain di bumi. Point yang Kedua ialah, dari perbualan itu juga kita faham sesuatu.. Makhluk-makhluk yang sedia ada di Bumi ketika itu.. Tidak Pandai.. Ya tidak pandai kerana malaikat mengambarkan mereka makhluk-makhluk yang hanya tahu membuat kero’sakan. Point Ketiga ialah apabila Allah meminta malaikat menguji Adam a.s dengan ilmu pengetahuan..

Menariknya, malaikat yang ke hulu dan ke hilir di serata alam itu pun tewas dengan ilmu yang Allah turunkan pada Nabi Adam a.s..  Malaikat sudah pasti kenal dengan makhluk yang kita panggil ‘manusia’ itu.. Makhluk yang Neolitik Maseolitik tu la.. Dan malaikat sudah pasti tahu tahap intelektual makhluk itu.. Namun bila berhadapan dengan Adam, mereka agak terkejut. Adam ini berbeza. Lebih cantik, lebih pandai dan lebih sempurna. Maksudnya, apa yang Nabi Adam tahu ketika itu adalah perkara baru bagi malaikat. Baharu! Besar maksud dah kefahaman ini kalau betul kita fahamkan..

Jangan lupa ada juga Ib’lis ketika itu.. Ib’lis adalah bangsa Ji’n. Dan J’in juga telah hidup lama sebelum diciptanya Adam dan Hawa. Ji’n juga sudah mengenali pelbagai makhluk yang ada di bumi, tetapi dia (Azazil) juga tewas dengan pengetahuan yang Adam tahu…

Subhanallah..

Maksudnya: “Dan Ia (Allah) telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: “Terangkanlah kepada-Ku nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar”. (Surah al-Baqarah ayat 31)

“Malaikat itu menjawab: “Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”. (Surah al-Baqarah ayat 32)

Mereka seolah-olah tercengang dengan makhluk baru yang bernama manusia itu..

Point yang Keempat..

Adam dan Hawa telah berpakaian ketika hidup di syurga dahulu.. Jadi mereka telah mengenal apa itu pakaian..

Point yang Kelima..

Anak-anak Nabi Adam yang berga’duh berebut pasangan, Habil dan Qabil diminta mempersembahkan hasil kor’ban dari ternakan atau pertanian..

Dan salah seorangnya memberikan hasil yang terbaik manakala seorang lagi tidak..

Maksudnya apa?

Maksudnya Nabi Adam bukan hidupnya di dalam gua. Kerana mereka tahu bagaimana untuk membina tempat perlindungan atau berteduh, bercucuk tanam, memelihara haiwan ternakan..
Mereka tahu berpakaian dan mereka berpakaian.. Nabi Idris iaitu Nabi yang tidak jauh jarak tahunnya dengan Nabi Adam sendiri adalah seorang yang mahir menjahit! Adakah mereka nampak seperti orang yang hidup di dalam gua? atau orang zaman batu? Sudah tentu tidak.. Jadi siapakah gerangan pemilik tulang belulang yang dijumpai di dalam gua-gua itu?

Jawapannya..

Mereka juga makhluk Allah. Namun mereka bukanlah manusia. Kerana yang memanggil mereka manusia ialah kita sendiri. Mereka mungkin nampak seperti kita, namun berbeza..
Buktinya…

Anatomi mereka tidak sama dengan manusia yang sebenar.. Ada beberapa kekurangan walaupun sekali imbas nampak seakan sama. Arkeologi tidak menipu jadi kenapa kita tertipu?
Dan bukti yang paling jelas dari Firman Tuhan itu sendiri.

Maksudnya: Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
(An-Nisaa’ 4:1)

Dari ayat itu jelas Allah menyebut..

“Wahai semua manusia. Aku jadikan kamu dari Adam.” Bermakna apa yang jelas dan kita faham, MANUSIA itu lahir dari diri makhluk yang pertama dicipta iaitu Adam.. Dari Adam terjadinya Hawa dan dari Adam dan Hawa maka membiaklah keturunan manusia.. Jelas disitu, manusia itu dari jalur Adam. Selain dari Adam, itu bukan manusia.. Jelas!

Seorang Profesor yang bernama Naquib Al-Attas menegaskan, di dalam kajiannya mendapati tempoh hayat umat manusia secara keseluruhan sejak Nabi Adam hingga masa kini ialah sekitar 7,000 hingga 8,000 tahun sahaja. Imam Suyuthi pula menyebutkan umur manusia iaitu sejak dari Nabi Adam a.s hingga ke Nabi Muhammad ﷺ sekitar 5000 tahun kurang lebih. Jika ditambah sehingga tarikh ketika ini, usia manusia baru sekitar 6500 tahun atau kurang..

Imam Ibnu Rajab Al-Hanbali pula berpendapat umur Adam hingga Musa ialah 3000 tahun dan dari Musa ke umur umat Muhammad ﷺ juga 3000. Kemudian setelah ditambah ‘setengah hari akhirat’ ia juga sekitar 6500 tahun.. Menariknya, umat Kristian pula percaya bahawasanya Yesus iaitu Nabi Isa a.s akan muncul semula pada genap tanggal 7000 tahun setelah munculnya Adam a.s..

Dan jika diperhatikan, pendapat-pendapat ini semua tidak berbeza terlalu jauh julat tahun nya. Rata-rata begitulah pendapat umat manusia tentang umur manusia sejak dari Nabi Adam, dan TIBA-TIBA munculnya RANGKA TENGKORAK yang berusia RATUSAN RIBU TAHUN. Ribut satu dunia..

Muncul pula teori evolusi dari beruk..

Kita tidak menolak haiwan berevolusi tetapi teori yang menyatakan manusia juga berevolusi boleh ditolak mentah-mentah!

Kalaupun ada, seperti yang disebut diatas.. MEREKA BUKAN MANUSIA. Kerana syarat untuk menjadi manusia harus melalui Adam terlebih dahulu.
Sebenarnya pihak Barat pun pening dengan diri sendiri kerana catatan peradaban barat pun hanya bermula sekitar 6,000 tahun lalu di Mesopotamia seperti Sumeria, Babylon, Assyria dan Mesir.
Jadi?

Nak tarik bagaimana tahun-tahun tersebut jika kita pula yang berkeras umur dari Nabi Adam mungkin juga ratusan ribu tahun. Sedangkan bukti-bukti yang ada tidak dapat untuk melebihi 8000 tahun sekalipun..

Maka kesimpulannya ialah.. Sebelum manusia pertama dijadikan iaitu Adam a.s, telah ada makhluk yang seakan-akan manusia, telah wujud dan hidup di bumi.. Tetapi mereka BUKAN MANUSIA.

Kita yang panggil mereka manusia. Kita yang silap.. Sedangkan Allah beri gelaran MANUSIA itu pada Adam, Hawa dan anak cucu cicit mereka iaitu kita..  Tetapi kita yang ‘menganugerahkan’ gelaran ‘manusia’ itu pada makhluk yang lain.

Setuju?

Ada dikalangan kita ketika ini yang langsung tidak yakin bahawasanya Adam itu manusia yang pertama.. Ramai? Ya ramai… Maknanya berjayalah Drama si I’blis dan Sya’itan jika kita tidak percaya Adam itu manusia yang pertama. Maka kena ingat semula kenapa Allah cipta manusia? Kita adalah makhluk yang terakhir. Walaupun baru, Allah angkat kita manusia sebagai Khalifah.

Makhluk Baru Pada Pentas Yang Lama.

Ji’n masih berdendam dan cemburu. Walaupun tidaklah semua tetapi hampir sebahagian besarnya begitu..

Maka, jangan biarkan makhluk lama yang cemburu, menyesatkan kita. Kerana kita makhluk yang paling sempurna.. Allah yang berkata begitu.. Surah al-Isra’, ayat 70 yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami muliakan anak cucu Adam dan Kami membawa mereka ke daratan dan lautan dan Kami beri mereka rezeki daripada yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka atas kebanyakan daripada siapa saja yang Kami ciptakan dengan kelebihan yang sempurna.”

Terima kasih lah dengan Allah. Kerana kita dijadikan sebagai makhlukNya yang terbaik..
Alhamdulillah ..

Renungan Terakhir….

*Baru-baru ni ada orang berjaya guna pakai jantung babi/khinzir .. Sebab kita tahu DNA babi ada kesamaan dengan DNA manusia..
Cuba bayangkan kalau babi tu rangka tulangnya sama seakan rangka tulang manusia.. Dan babi itu tidak wujud dizaman ini. Allah cuma wujudkan babi itu di zaman dahulu tetapi dalam rangka

seakan manusia..

Kemudian kita jumpa dan setelah diuji ia bertarikh 20 ribu tahun misalnya dan mempunyai DNA yang sama dengan manusia..
Apa kata mereka? Manusia? Pasti mereka akan kaitkan babi itu sebagai manusia..

Allah hanya tukar sedikit untuk menguji… Kerana kita sememangnya dihidupkan di atas muka bumi adalah untuk diuji..
Kerana Itulah janji kita sebelum turun ke bumi..

Maka berusaha lah untuk kembali…

Penutup..

  • Kerosakan istilah Manusia ini telah berlaku dan masih berlaku.. Walau mungkin nampak remeh pada sebahagian orang, ia telah merosakkan ramai aqidah manusia..
  • Kerana istilah itu, percaya atau tidak.. Ramai juga yang murtad.
  • Kerana istilah itu, ada yang bertukar menjadi Atheis.
  • Kerana istilah itu juga, umat Islam ada yang meragui..

Maka pada yang faham, anda bertanggungjawab untuk menyampaikan..

Homo? Apa maksud Homo?

Dalam istilah mudah, Homo bermaksud ‘Keluarga Manusia’ dan keluarga besarnya pula ialah ‘Keluarga Hominidae’ ( keluarga beruk ) Persoalan nya ialah, adakah kita bersetuju Satu Keluarga dengan Homo erectus , Homo habilis, atau Homo gautengensis ? Inilah yang ditulis panjang lebar di atas tanpa menggunakan istilah-

istilah ini…

Jika kita bersetuju dari spesies Homo Sapiens, maka secara tak langsung kita juga bersetuju yang kita adalah dari Keluarga Beruk.
Kerana mengikut istilah itu, makhluk purba dan beruk adalah jalur atau nenek moyang pada Homo Sapiens.

Alhamdulillah..

Walaa Haulawala Quwwata Illabillah.

kredit: mohamad nasir

PENAFIAN: HARMAGIDUN TIDAK PERNAH SAMA SEKALI MEMBAWA BERITA FAKE ATAUPUN HOAX SEKADAR UNTUK DAPATKAN HYPE ATAUPUN VIRAL, SEMUA ARTIKEL YANG DISIARKAN DISINI ADALAH UNTUK KITA SEMUA MUHASABAH DIRI DAN PERSIAPKAN DIRI UNTUK CABARAN GETIR YANG BAKAL MENDATANG….

Ini adalah perkongsian ilmu dan info semata-mata, tidak berniat cetuskan pa’nik atau ketidaksenangan dalam kalangan masyarakat. HARMAGIDUN tidak bertanggungjawab terhadap segala komen nega’tif berbaur cemu’han, ma’kian atau cac’ian terhadap seseorang individu atau sesuatu organisasi…

Alhamdulillah semoga perkongsian ini mendekatkan kita dengan ALLAH maha pencipta, dan sentiasa mengingatkan kita dengan ma’ti dan qia’mat yang tiba pada bila-bila masa. Harap tuan/puan dapat like dan share artikel ini kepada rakan-rakan lain mudah-mudahan bertambah ilmu kita bersama!

Sampaikanlah walau hanya sepotong ayat

> HARMAGIDUN<

Untuk pelbagai info lain boleh join grup dan layari laman web dan follow telegram dibawah:

Join grup Pesan Bonda dengan Klik >>> PESAN BONDA <<< untuk mengimbau kembali segala petua serta pesanan bonda dan ayahanda kita sejak kita kecil hingga dewasa

– Bagi yang ingin belajar cara trading saham secara PERCUMA boleh layari laman web https://entrybiru.com/
– Untuk mengikuti kelas intensif khas saham secara PERCUMA di telegram boleh join channel telegram https://t.me/EntryBiru
– Bagi mendapatkan sebarang info dan bahan pengajaran dan pembelajaran kurikulum sekolah rendah dan menengah boleh layari laman web https://sumberpendidikan.com/
– Untuk mendapatkan updet terkini secara lebih pantas dan mesra pengguna dari web sumberpendidikan boleh join channel telegram https://t.me/sumberpendidikan
– Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari https://travula.com.my/

Jangan lupa klik >>> DIET APA HARI INI  <<< untuk dapatkan tips dan perkongsian percuma untuk kurus langsing lagi sihat setiap hari! 🙂

Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita tidak kira dalam apa jua bidang diceburi. Amin!

Leave a Reply

Your email address will not be published.