Perkara Kita Anggap Remeh Ini Punca Rezeki Diperoleh Tidak Berkat Dan Sentiasa Tak Cukup

Setiap hujung bulan merupakan tarikh dan hari yang amat dinantikan oleh semua insan yang bekerja makan gaji. Tak kira dari sektor swasta mahupun pekerja kerajaan, masing-masing menunggu gaji masuk untuk meneruskan kelangsungan hidup di dunia yang fana ini…
Jarang kita dengar pekerja tidak ambil tahu mengenai gaji masing-masing. Baik yang berjawatan rendah dan tinggi masing-masing sudah ada dalam fikiran apa yang hendak dibeli dan membayar hasil dari apa yang telah usahakan.
Kita sering merungut tentang gaji yang kecil walaupun gaji bulanan tersebut mampu beli sebuah motor secara tunai.
Kita sering salahkan orang atasan kita yang memberikan gaji yang sedikit.
Tetapi adakah kita tertanya-tanya, mengapa gaji sering tidak cukup walaupun sudah bermacam cara dilakukan, seperti berjimat cermat dan melakukan senarai keperluan apa yang perlu dibeli sahaja.
Di sinilah segala persoalan yang bermain difikiran itu terungkai satu persatu.
Marilah kita lihat jika ada antara perkara atau kelakuan yang kita lakukan dibawah yang sering kita lakukan ketika menjalankan tugas seharian.
Mungkin inilah punca rezeki yang kita terima tidak berkat;
1. Datang Lewat Ke Pejabat
Ketika mendapat pekerjaan, kita telah menandatangani kontrak waktu pejabat yang perlu kita datang dan balik. Kita datang lewat dan minta kawan pvnch card kehadiran dan pulang awal.
2. Melengahkkan Kerja
Jika kerja bermula pukul 8.00 pagi, masa tersebut digunakan untuk ke kafe atau gerai yang berdekatan untuk membeli sarapan, tidak sempat masak katanya sebab sibuk menyiapkan anak nak sekolah dan suami. Akhirnya pukul 8.30 atau 9.00 pagi baru mula kerja
3. Menggunakan Harta Syarikat Untuk Tujuan Sendiri
Alat tulis merupakan harta pejabat yang sering disalah gunakan. Ada yang membawa balik untuk tujuan peribadi atau anak-anak dirumah
4. Membuat Tuntutan Melebihi Apa Yang Dikerjakan
Membuat tuntutan kerja lebih masa atau perjalanan melebihi dari apa yang dikerjakan bukan sahaja salah di sisi undang-undang syarikat malah lebih teruk lagi duit tersebut merupakan duit haram
5. Bermain Telefon Bimbit Ketika Bertugas
Terdapat banyak aplikasi di dalam telefon bimbit seperti permainan dan swafoto digunakan ketika waktu pejabat.
Kaum Adam yang kebiasaan menjuarai permainan online juga tidak melepaskan peluang bermain pada waktu pejabat.
6. Membeli Belah Secara Online
Laman web membeli belah secara online begitu popular sekarang. Kesempatan ini diambil oleh kaum Hawa membeli dan melihat pelbagai barangan yang dijual supaya mudah bagi mereka hendak membeli ketika mendapat gaji bulanan nanti.
Laman web untuk membida barangan pada harga yang tidak masuk akal juga sering dilayari pada waktu pejabat.
Jika anda mempunyai rakan-rakan dari bidang teknologi maklumat, anda boleh bertanya pada mereka laman web yang sering dilayari oleh staff pejabat.
Pelbagai implikasi yang sering kita lihat dan dengar hasil dari gaji yang tidak berkat ini.
Mungkin ada yang kita biasa dengar dari rakan-rakan pejabat mengomel tentang sesuatu perkara ketika baru mendapat gaji seperti;
“ Time ni la kereta ni nak rosak”
“ Aduh sakit lah pulak “
“ Lah .. hilang pulak .. baru je beli hari tu “
“ Eh tak cukup ke duit? Baru je hari tu buat budget betul “
Sebenarnya gaji yang kita dapat walaupun sedikit memang cukup buat kita sekeluarga kerana Allah sudah menetapkan rezeki masing-masing. Allah tidak akan menzalimi hamba-Nya.
Oleh yang demikian berhati-hatilah dalam melakukan pekerjaan agar rezeki yang kita terima kelak merupakan rezeki yang berkat. Semoga bermanfaat.
Sumber : tvdakwahmy
PENAFIAN: HARMAGIDUN TIDAK PERNAH SAMA SEKALI MEMBAWA BERITA FAKE ATAUPUN HOAX SEKADAR UNTUK DAPATKAN HYPE ATAUPUN VIRAL, SEMUA ARTIKEL YANG DISIARKAN DISINI ADALAH UNTUK KITA SEMUA MUHASABAH DIRI DAN PERSIAPKAN DIRI UNTUK CABARAN GETIR YANG BAKAL MENDATANG….
Ini adalah perkongsian ilmu dan info semata-mata, tidak berniat cetuskan pa’nik atau ketidaksenangan dalam kalangan masyarakat. HARMAGIDUN tidak bertanggungjawab terhadap segala komen nega’tif berbaur cemu’han, ma’kian atau cac’ian terhadap seseorang individu atau sesuatu organisasi…
Alhamdulillah semoga perkongsian ini mendekatkan kita dengan ALLAH maha pencipta, dan sentiasa mengingatkan kita dengan ma’ti dan qia’mat yang tiba pada bila-bila masa. Harap tuan/puan dapat like dan share artikel ini kepada rakan-rakan lain mudah-mudahan bertambah ilmu kita bersama!
Sampaikanlah walau hanya sepotong ayat
> HARMAGIDUN<
Untuk pelbagai info lain boleh join grup dan layari laman web dan follow telegram dibawah:
Join grup Pesan Bonda dengan Klik >>> PESAN BONDA <<< untuk mengimbau kembali segala petua serta pesanan bonda dan ayahanda kita sejak kita kecil hingga dewasa
– Bagi yang ingin belajar cara trading saham secara PERCUMA boleh layari laman web https://entrybiru.com/
– Untuk mengikuti kelas intensif khas saham secara PERCUMA di telegram boleh join channel telegram https://t.me/EntryBiru
– Bagi mendapatkan sebarang info dan bahan pengajaran dan pembelajaran kurikulum sekolah rendah dan menengah boleh layari laman web https://sumberpendidikan.com/
– Untuk mendapatkan updet terkini secara lebih pantas dan mesra pengguna dari web sumberpendidikan boleh join channel telegram https://t.me/sumberpendidikan
– Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari https://travula.com.my/
Jangan lupa klik >>> DIET APA HARI INI <<< untuk dapatkan tips dan perkongsian percuma untuk kurus langsing lagi sihat setiap hari! 🙂
Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita tidak kira dalam apa jua bidang diceburi. Amin!