Sebak Tengok Rider GrabFood Basah Kuyup Tunggu Makanan Diambil Di Rumah Pelanggan

“Kalau Dah order tu stαndby lah siap-siap nak ambil makanan, jangan biar orang tunggu lαma”
Mungkin kelihatan mudah tugas seorang penghantar makanan, hanya menunggang motosikal dan menghantarnya kepada pelanggan di lokasi yang ditetapkan.
Namun, itu apa yang kita nampak tetapi bukan itu sahaja cabarannya terutama apabila diduga semasa menjalankan tugas.
Sekeping gambar yang dikongsi di laman sosial menunjukkan seorang penghantar makanan di luar sebuah rumah ketika hujan lebat mengundang sebak netizen.
Dalam keadaan hujan begitu lebat itu, sudah tentunya pemuda berkenaan basah kuyup tetapi masih setia menanti bersebelahan motosikalnya di luar rumah berkenaan.
Keadaan seorang penghantar makanan yang dibasahi air hujan.
Susulan perkongsian di halaman Facebook Penang Kini, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa kepada pemuda berkenaan.
“Allahu… berlinang air mata aku tengok. Aku dapat rasa perasaan ni macam mana,” tulis seorang netizen.
“Aku kalau jumpa macam ni… rasanya air mata aku sama lebat macam hujan,” ujar yang lain juga beremosi dengan posting berkenaan.
“Part ni lah paling kasihan. Pernah jumpa kat jalan raya. Hujan-hujan pun mereka redah juga sebab nak hantar cepat. Mungkin nak jaga rating mereka, kasihan sangat-sangat,” komen yang lain.
“Allahu, demi mencari sesuap nasi. Standby lah depan pintu bila ada tempahan… mudahkan urusan orang lain,” tulis seorang gadis.
Tugas penghantar makanan sememangnya berdepan dengan pelbagai dugaan.
Selain itu, ada yang turut menyuarakan kekesalannya terhadap pelanggan yang tidak bertimbang rasa apabila berlaku kejadian seumpama itu.
“Dah order tu standby lah siap-siap supaya orang pun tak tertunggu-tunggu. Sifat keprihatinan tak ada dalam diri,” katanya.
Part ni lah paling kasihan. Pernah jumpa kat jalan raya. Hujan-hujan pun mereka redah juga sebab nak hantar cepat.
“Kebiasaan jadi patung kat depan rumah bila pemiliknya tak tengok handphone mereka (pesanan) dah sampai, dan loceng rumah pemiliknya tu rosak,” ujar seorang pemuda yang berkongsi luahan daripada rakan yang turut bekerja sebagai penghantar makanan.
“Saya kalau waktu hujan, lapar macam mana pun tak akan order dengan runner mana-mana pun. Tak tergamak tengok hujan-hujan suruh mereka hantar makanan,” kata yang lain.
Malah, seorang penghantar makanan yang lain turut meluahkan perasaan mengenai tugasnya ketika hujan susulan perkongsian foto berkenaan.
“Saya pun rider tapi di Kuala Lumpur. ‘K0yak’ juga mental dengan hadap traffic jam, jalan lubang. Dapat pula pelanggan yang hanya tahu fikir perut dia saja. Pernah nyanyi dalam hujan, sendu hidup rasa,” katanya.
Dalam pada itu, netizen turut mendoakan agar penghantar makanan tersebut dimurahkan rezekinya kerana sanggup berkorban demi kepuasan pelanggan.
“Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan adik ni. Mencari rezeki halal banyak dugaan, sabar lah dik,” ujar netizen yang bersimpati.
“Terbaiklah kerja penghantar makanan ni. Kerja ni kan satu ibadah, moga Allah bukakan pintu rezeki buat brother ni,” kata seorang lagi.
Sumber Dan Rujukan
Mstar Via BBM
PENAFIAN: HARMAGIDUN TIDAK PERNAH SAMA SEKALI MEMBAWA BERITA FAKE ATAUPUN HOAX SEKADAR UNTUK DAPATKAN HYPE ATAUPUN VIRAL, SEMUA ARTIKEL YANG DISIARKAN DISINI ADALAH UNTUK KITA SEMUA MUHASABAH DIRI DAN PERSIAPKAN DIRI UNTUK CABARAN GETIR YANG BAKAL MENDATANG….
Ini adalah perkongsian ilmu dan info semata-mata, tidak berniat cetuskan pa’nik atau ketidaksenangan dalam kalangan masyarakat. HARMAGIDUN tidak bertanggungjawab terhadap segala komen nega’tif berbaur cemu’han, ma’kian atau cac’ian terhadap seseorang individu atau sesuatu organisasi…
Alhamdulillah semoga perkongsian ini mendekatkan kita dengan ALLAH maha pencipta, dan sentiasa mengingatkan kita dengan ma’ti dan qia’mat yang tiba pada bila-bila masa. Harap tuan/puan dapat like dan share artikel ini kepada rakan-rakan lain mudah-mudahan bertambah ilmu kita bersama!
Sampaikanlah walau hanya sepotong ayat
> HARMAGIDUN<
Untuk pelbagai info lain boleh join grup dan layari laman web dan follow telegram dibawah:
Join grup Pesan Bonda dengan Klik >>> PESAN BONDA <<< untuk mengimbau kembali segala petua serta pesanan bonda dan ayahanda kita sejak kita kecil hingga dewasa
– Bagi yang ingin belajar cara trading saham secara PERCUMA boleh layari laman web https://entrybiru.com/
– Untuk mengikuti kelas intensif khas saham secara PERCUMA di telegram boleh join channel telegram https://t.me/EntryBiru
– Bagi mendapatkan sebarang info dan bahan pengajaran dan pembelajaran kurikulum sekolah rendah dan menengah boleh layari laman web https://sumberpendidikan.com/
– Untuk mendapatkan updet terkini secara lebih pantas dan mesra pengguna dari web sumberpendidikan boleh join channel telegram https://t.me/sumberpendidikan
– Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari https://travula.com.my/
Jangan lupa klik >>> DIET APA HARI INI <<< untuk dapatkan tips dan perkongsian percuma untuk kurus langsing lagi sihat setiap hari! 🙂
Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita tidak kira dalam apa jua bidang diceburi. Amin!