Tak Akan Masuk Syurga Andai Hanya Berkata “Ah” Sekalipun Kepada Ibu!

Ibu juga dianugerahkan kemuliaan mengatasi kedudukan bapa. Malah, kunci untuk kita memasuki syurga juga mesti terlebih dahulu mendapatkan kunci keredhaan ibubapa.

Sabda Rasulullah SAW, mafhumnya:

“Redha Allah bergantung kepada redha ibubapa, dan murka Allah bergantung kepada mur’ka ibubapa.” (HR Al Hakim)

Dalam hadis yang lain, seorang sahabat bernama Jahimah RA datang menemui Rasulullah SAW meminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi jihad. Rasulullah bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?” Jahimah menjawab: “Ya.” Lalu Rasulullah bersabda: “Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.” (HR An Nasai)

Banyak ayat Al Quran dan hadis yang memperingatkan kita betapa besarnya pengorbanan seorang ibu, sehingga melayakkan dirinya menjadi penentu destini kita, ke syurga atau ke ne’raka. Allah SWT berfirman mafhumnya:

“DAN KAMI TELAH MENASIHATI MANUSIA SUPAYA BERLAKU BAIK KEPADA KEDUA-DUA ORANG TUANYA KETIKA MANA IBUNYA TELAH MENGANDUNGKANNYA DALAM KEADAAN YANG TERAMAT BERAT KEPERITANNYA DAN (MENGARAHNYA) UNTUK MEMUTUSKAN PENYUSUAN SETELAH (BAYI) BERUMUR DUA TAHUN, MAKA SYUKURLAH KAMU KEPADAKU DAN SETERUSNYA KEPADA KEDUA-DUA IBU BAPAMU DAN KEPADAKU KAMU AKAN KEMBALI.” (LUQMAN: 14)

Kita juga sering mendengar kisah dalam sirah Rasulullah SAW, bagaimana seorang sahabat, Alqamah yang sukar menyebut syahadah di akhir hayatnya kerana melebihkan isterinya daripada ibunya.

Begitu juga kisah pada zaman Bani Isra’il, seorang pemuda bernama Juraij difitnah dan dituduh berzin’aa sebagai akibat tidak menyahut panggilan ibunya, ketika ia sedang bersolat sunat. Hanya kerana tindakan sebegini menyebabkan ibu bersediih atau berkecil hati, hidup kita kehilangan barakah dan rahmah Allah.

Kepada para ibu, pengorbananmu tidak pernah akan boleh dibalas oleh anak-anak. Malah, untuk hanya jasa melahirkan anak-anak sahaja pun sudah tidak mampu untuk anak-anak membalasnya.

Mana mungkin ada anak yang mampu melahirkan ibunya, atau menghidupkan semula ibunya apabila meniin’ggal. Sehinggakan Rasulullah SAW pernah memberi sindiran betapa anak-anak yang ingin membalas jasa ibu melahirkannya, hanya dengan satu cara iaitu memerdekakan ibunya daripada menjadi hamba.

Ironisnya, mana mungkin ada anak yang dilahirkan bebas, kalau ibunya hamba. Lantas, bagaimana mungkin anak mampu membeli ibunya dan memerdekakannya?

Ini bermaksud, adalah mustahil untuk kita membalas segala jasa dan pengorbanan ibu yang menghabiskan seluruh usianya untuk berkhidmat kepada anak-anak, tanpa bayaran!

Kita tidak miliki banyak masa untuk menyembah bakti kepada ibu, si pemilik kunci syurga kita. Lakukan apa sahaja yang boleh menggembirakan ibu, dan elakkan daripada menyebabkan ibu tersentuh hati.

Setiap kita hanya ada seorang ibu, tidak boleh ditambah atau ditukar ganti. Bersegeralah kita mentaati dan menambah bakti kepada ibu sebelum sampai terlewat waktu. Biar kita berpenat berulang alik ke kamar ibu, sebelum sampai masa nanti kita hanya mampu berulang alik ke makam ibu.

Sumber Dan Rujukan
Apa Cerita

PENAFIAN: HARMAGIDUN TIDAK PERNAH SAMA SEKALI MEMBAWA BERITA FAKE ATAUPUN HOAX SEKADAR UNTUK DAPATKAN HYPE ATAUPUN VIRAL, SEMUA ARTIKEL YANG DISIARKAN DISINI ADALAH UNTUK KITA SEMUA MUHASABAH DIRI DAN PERSIAPKAN DIRI UNTUK CABARAN GETIR YANG BAKAL MENDATANG….

Ini adalah perkongsian ilmu dan info semata-mata, tidak berniat cetuskan pa’nik atau ketidaksenangan dalam kalangan masyarakat. HARMAGIDUN tidak bertanggungjawab terhadap segala komen nega’tif berbaur cemu’han, ma’kian atau cac’ian terhadap seseorang individu atau sesuatu organisasi…

Alhamdulillah semoga perkongsian ini mendekatkan kita dengan ALLAH maha pencipta, dan sentiasa mengingatkan kita dengan ma’ti dan qia’mat yang tiba pada bila-bila masa. Harap tuan/puan dapat like dan share artikel ini kepada rakan-rakan lain mudah-mudahan bertambah ilmu kita bersama!

Sampaikanlah walau hanya sepotong ayat

> HARMAGIDUN<

Untuk pelbagai info lain boleh join grup dan layari laman web dan follow telegram dibawah:

Join grup Pesan Bonda dengan Klik >>> PESAN BONDA <<< untuk mengimbau kembali segala petua serta pesanan bonda dan ayahanda kita sejak kita kecil hingga dewasa

– Bagi yang ingin belajar cara trading saham secara PERCUMA boleh layari laman web https://entrybiru.com/
– Untuk mengikuti kelas intensif khas saham secara PERCUMA di telegram boleh join channel telegram https://t.me/EntryBiru
– Bagi mendapatkan sebarang info dan bahan pengajaran dan pembelajaran kurikulum sekolah rendah dan menengah boleh layari laman web https://sumberpendidikan.com/
– Untuk mendapatkan updet terkini secara lebih pantas dan mesra pengguna dari web sumberpendidikan boleh join channel telegram https://t.me/sumberpendidikan
– Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari https://travula.com.my/

Jangan lupa klik >>> DIET APA HARI INI  <<< untuk dapatkan tips dan perkongsian percuma untuk kurus langsing lagi sihat setiap hari! 🙂

Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita tidak kira dalam apa jua bidang diceburi. Amin!

Leave a Reply

Your email address will not be published.