Cara Mudah Buang TuIang Ikan, Sekali Tarik Ja Semua Tulang Keluar Serentak!

Semua orang suka makan ikan, sumber makanan berprotin tinggi tapi satu ja yang buatkan ramai orang malas makan ikan, yakni tulang temulang dia. Kalau lekat di tekak memang siksa nak keluarkan dan bahaya juga apatahlagi kalau kena kat kanak-kanak, ini cara nak mudahkan anda buang tulang ikan…

Ikan merupakan haiwan vertebrata akuatik yang mempunyai insang tetapi tidak mempunyai anggota badan seperti jari. Haiwan vertebrata ini mempunyai tulang pada bahagian dalaman badan. Ia juga merupakan salah satu makanan asas yang membekalkan protein kepada manusia.

Antara ikan yang biasa dibeli oleh orang ramai ialah ikan selayang, ikan kembung, ikan selar dan sebagainya. Setiap jenis ikan tersebut mempunyai bentuk fizikal yang berbeza untuk memudahkan kita mengenalinya. Tetapi ketiga-tiga ikan tersebut mempunyai tulang pada bahagian dalamannya.

Ramai antara kita yang terlepas pandang dengan tulang ikan ketika sedang menikmati hidangan sehingga menyebabkan ia tercekik di bahagian tekak. Tahukah anda ada beberapa teknik yang boleh dilakukan untuk membuang tulang ikan tersebut sebelum dimasak.

Jom sama-sama kita ikuti perkongsian dari Nana Mea Sofea mengenai teknik buang tulang ikan kembung.

Teknik Buang Tulang Ikan Kembung

Langkah 1

Potong bahagian yang menghubungkan kepala ikan dengan badan.

Langkah 2

Tarik keluar isi perut ikan. Kemudian basuh ikan dengan air paip seperti biasa.

Langkah 3

Tekan tulang belakang ikan. Hati-hati tau, nanti tercucuk tulang dekat tangan pula.

Langkah 4

Kepakkan ekor ikan.

Langkah 5

Gunting sedikit tulang ikan pada bahagian leher.

Langkah 6

Kemudian tarik sahaja tulang ikan tersebut. Done!

Tada, ni hasil ikan yang telah dibuang tulang.

Mudahkan nak buang tulang ikan ni. Yang mana nak buat kuih laksa lemak tu boleh follow step ni. Tak payah nak pilih tulang satu-satu selepas siap rebus ikan.

Itu sahaja perkongsian dari Daily Makan mengenai cara buang tulang ikan. Semoga perkongsian ini dapat membantu dalam memudahkan urusan anda semua semasa memasak.

Kredit: Nana Mea Soffea

Terlekat tulang ikan dalam tekak adalah antara perkara paling az’ab sekali buat setiap makhluk, adakala sampai terpaksa buat pembedahan, yang bernasib baik boleh buang sendiri pakai petua orang lama, yang tak bernasib baik ada yang hingga akibatkan melayang nyawa…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *