Yatim Di Usia 5 Tahun, Kerja Sebagai Guard Pada Usia 14 Tahun- Remaja Kembali Bangkit & Kini Terima Anugerah

Terkadang kita sangka kehidupan kita sudah cukup susah namun jika dilihat sekeliling kita, sebenarnya ada yang lebih hebat dug4annya.

Persis kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pelajar yang sangat tabah dikenali sebagai Adik An yang mana Seawal 5 tahun sudah menjadi anak y4tim, sebelum bertukar menjadi y4tim piatu pada usia 14 tahun.

PERJALANAN KISAH HIDUP ANAK Y4TIM PIATU BERNAMA MOHD FARHAN ROSLEE

Mohd Farhan Roslee – 16 Tahun

SMK Sg. Layar Sg. Petani, Kedah.

Jiwanya kosong, sekosong-kosongnya. Kehilangan ayah pada usia 5 tahun telah merubah jalan hidupnya. Emak yang berniaga kuih dan nasi lemak kecil-kecilan akhirnya jatuh s4kit seterusnya memksa dia berhenti sekolah ketika darjah enam.

Di saat rakan-rakan sebaya sedang menikmati keindahan alam remaja di bangku sekolah, dia sudah bersengkang mata dan menyarung seragam sebagai pengawal keselamatan di KTM Sg. Petani selama lebih setahun dengan gaji RM40 sehari. Kini dialah yang mengambil tanggungjawab menyara kehidupan mereka. Emak yang diser4ng str0ke tidak mampu lagi bekerja seperti dulu kerana msalah kesihat4nnya..

Suatu hari dia dikejarkan ke h0spital akibat ap3ndiks dan d0ktor memutuskan dia harus menjalani pembed4han kec3masan. Di masa yang sama, emaknya dimasukkan ke wad kerana masalah kesih4tan yang semakin membu’ruk. Emak di wad tingkat atas dan dia pula di wad tingkat bawah. Bangunan yg sama.

‘Syurga’ Pergi Menghadap Ilahi Tanpa Diduga

4 hari di wad, akhirnya emak pergi mengadap Illahi. Dalam usianya 14 tahun, dia, abang, kakak dan adik perempuannya pun tern0bat yatim piatu.

Lebih menyayat hati, saat emak menghembuskan nafas terakhir dia tiada di sisi kerana tidak sedarkan diri akibat pembed4han kali kedua.

Bahkan dia bukan saja tidak sempat menyaksikan perjalanan terakhir emak ke liang lahad, memberikan kucupan terakhir utk emak pun tidak sempat kerana dia masih belum sedar.

Sebaik dia sedar dan dimaklumkan emak telah pergi, hanya Allah saja yang tahu betapa piIu dan hancurnya hati. Sejak itu, saban malam dia men4ngis di wad. Men4ngis kes3dihan mengenangkan emak yang telah pergi dan men4ngis menanggung kes4kitan akibat pembed4han.

Dia dirujuk kepada Kak Pah. Kak Pah menziarahi dia di wad. Menceritakan pada dia tentang kehidupan di rumah anak y4tim. Hanya satu soalannya …

” Kalau saya duduk rumah anak y4tim, bolehkah saya sekolah semula? Saya nak sekolah …. “

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga

Keluar wad, kakaknya menghubungi Kak Pah. Memaklumkan rumah mereka berteduh sebelum ini sudah dilelong bank. Kakak, abang dan adik perempuannya memilih untuk tinggal bersama saudara-mara tetapi dia enggan meninggalkan rumah pusaka itu kerana terlalu s3dih mengenangkan kenangan arw4h emak.

Kak Pah menghubungi dia tapi dia memberikan alasan meminta masa seketika sehinggalah satu hari Kak Pah mendapat mesej yang sangat peIik dari dia. Penuh kes3dihan dan kekec3waan. Kak Pah dan staff rumah anak y4tim bergegas ke rumahnya.

Merindui Emak Yang Tiada Penghujungnya

Sungguh hib4 melihat keadaan dia yang sudah terbaring di tilam usang selama seminggu dalam keadaan s4kit akibat kes4n pembed4han. Tanpa makan minum yang sempurna. Mengharapkan ehsan seorang kawan semata yang tinggal di kawasan itu.

Rumah yang sudah dip0tong bekalan air dan letrik itu sudah tidak layak dihuni kerana k0tor dan sem4k. Kata jirannya, mereka juga tidak tahu dia ada di dalam rumah itu yang kelihatan sunyi sepi. Dia dipapah keluar dari rumah itu sehelai sepinggang dalam der4ian air mata.

Dikalung Anugerah Khas Atas Jati Diri Yang Tinggi, Tahniah Adik An!

Hari ini dia menerima Anugerah Khas dari pihak sekolah atas tingkah-lakunya terpuji dan jati dirinya yang berusaha untuk bangkit semula walau telah dua tahun terkandas dalam persekolahan.

Anugerah ini bukan saja sungguh bermakna buat dia, bahkan buat kami semua warga rumah anak yatim yang selama ini tidak jemu memberikan dia dorongon dan harapan.

Sama-samalah kita doakan, semoga Dik An akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.

Dikalung Anugerah Khas Atas Jati Diri Yang Tinggi, Tahniah Adik An!

Penulisan tersebut nyata membuatkan ramai yang seb4k membacanya, betapa hebatnya dugaan yang menimpa Adik An, Malah dia tempuh dengan begitu tabah dan cekal.

Sumber : Natipah Abu via Yoy.network

Leave a Reply

Your email address will not be published.