Jangan Kongsi Gambar Tiket Penerbangan Anda, Lelaki Ini Dedah Risik0 B4haya

Jangan Kongsi Gambar Tiket Penerbangan Anda!

Bagi mereka yang suka melancong, setiap kali ada kelapangan, sudah pasti mereka tidak akan melepaskan peluang untuk bercuti ke destinasi pilihan mereka, bahkan ada yang sanggup ke luar negara untuk mencipta momen-momen indah bersendirian mahupun dengan rakan-rakan serta orang tersayang.

Namun, sering kali kita lihat di media sosial, ramai yang menangkap gambar passport dan tiket penerbangan untuk dijadikan sebagai kenangan.

Mungkin ia hanya dianggap sebagai gambar yang biasa sahaja menandakan kita akan berangkat ke luar negara. Tetapi, tahukah anda, tanpa disedari, ia boleh memberikan kesan bu’ruk kepada kita?

 

Baru-baru ini seorang lelaki yang dikenali sebagai @coachjasonho mendedahkan satu perkara yang mungkin tidak semua daripada kita tahu.

Menerusi video tersebut, dia memaklumkan bahawa perbuatan mendedahkan tiket penerbangan harus dihentikan kerana ianya sangat berba’haya.

Menurutnya, dengan cara tersebut, individu lain boleh mengetahui seterusnya mendapatkan maklumat peribadi kita. Bukan itu sahaja, apa yang lebih merisaukan adalah jika maklumat tersebut tersebar pada individu yang tidak bertanggungjawab.

Dapat kita lihat, dia juga memaklumkan bagaimana privasi kita seperti nama penuh, nombor pasport, tarikh luput pasport, empat digit terakhir kad kredit anda, tarikh, e-mel dan nombor telefon bimbit boleh tersebar dengan begitu mudah sekali.

Individu yang berniat jahat boleh membuat pelarasan pada pilihan dalam penerbangan bahkan membatalkan penerbangan hanya menggunakan maklumat pada pas masuk yang tertera pada tiket tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen tidak sangka perkara yang dianggap ‘kecil’ itu memberi impak yang sangat besar dan bu’ruk pada diri sendiri.

Netizen juga tidak lupa untuk berterima kasih kepada individu berkenaan kerana mende’dahkan perkara berkenaan agar selepas ini ramai yang lebih berhati-hati dalam memuat naik sebarang gambar.

Berikut merupakan komen warga maya:

“this is a serious risk”

“i take a photo too BUT not showing the details or blurring them out”

Video yang tular:

Sumber: Y0y.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.