Lucu! Rambut Disangka Sarang, Burung Selamba Lepak Dalam Rambut

Burung Selamba Lepak Dalam Rambut

Dalam dunia ini ada pelbagai haiwan dan hidupan yang unik. Ada yang habitatnya di dalam hutan jauh dari manusia, di dalam laut serta di kawasan tinggi. Namun ada juga haiwan yang dijadikan jinak dengan manusia.

Antaranya adalah kucing, beberapa spesis burung dan banyak lagi. Biarpun begitu, baru-baru ini satu perkongsian rakaman yang memaparkan seorang lelaki dengan seekor burung yang selamba lepak di kepalanya telah mencuri perhatian ramai.

Sekali tengok dah macam dalam filem animasi Disney! Manakan tidak burung selamba lepak dalam rambut pemuda ini memang jinak habis. Tapi dalam banyak-banyak tempat mengapa rambut lelaki ini yang menjadi pilihan?

Apa-apa pun korang saksikan sendiri burung selamba lepak dalam rambut pemuda ini yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun @killivgs.

Nampak selesa sungguh burung tu lepak dalam tu…

Rambut pemuda ini pun boleh tahan unik. Mungkin itu sebabnya mengapa burung ini memilihnya untuk bersantai. Perkongsian rakaman ini telah meraih lebih 556 ribu tontonan dan 82 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:

“Asal nampak cam comfortable je kat situ”

“Terus tinggal situ je la”

“Nanti dia bawak anak jadi anak tumpangan. Tahniah abang dah jadi abah tumpangan”

“Salah sarang tu dik..Tak pe lah benda pun dah duduk enjoy jelah”

Sumber: himpunanceritalawak.com

 

HAHAHA! Sakit Perut Gelak, Ikan Tu Sampai Ternganga Melayan Abang Ni Bercerita..

Haha..Sampai ternganga ikan tu layan abang ni bercerita..

Bagi sesetengah pencinta haiwan dapat melihat gelagat comel mereka tentu sudah cukup membuatkan diri bahagia. Namun begitu, kali ini bukan kisah kucing yang viral dengan jutaan tontonan tetapi gelagat sekumpulan ikan mencetuskan ramai gelak besar.

Melalui rakaman yang dikongsikan oleh netizen dari Indonesia ini yang mana videonya ini sangat menarik membuatkan dia turut viral di Malaysia dengan pelbagai reaksi lucu selepas gelagat ikan yang dilihatnya ini membuatkan kebanyakan warganet tidak dapat menahan ketawa.

Melalui rakaman video yang dimuat naik oleh individu atas nama, nurindras ini pada awalnya memaparkan lelaki berkenaan bersama beberapa ekor ikan yang agak besar.

Rakaman lelaki itu bersama beberapa ekor ikan ini bagaimanapun mengundang dekah buat warganet kerana ikan-ikan tersebut seolah-olah sedang asyik mendengarkannya bercerita.

Malah lebih melucukan, siap ternganga beberapa ekor ikan dalam aquarium ini yang lalunya membuatkan video ini turut menerima hampir 900,000 tanda suka dalam masa satu hari dikongsikan.

Dalam pada masa sama, warganet juga tidak terlepas daripada menghujani ruangan komen dengan reaksi-reaksi lucu selepas melihat gelagat ikan-ikan tersebut dan siap mereka dialog kelakar yang menggambarkan keadaan haiwan tersebut.

“Hahaha sampai ternganga…”

“Apaan bang?”

“Hahaha ikan tu pun melayan…”

“Duduk lama-lama dlm air lemas taw”

Sumber: himpunanceritalawak

Leave a Reply

Your email address will not be published.