Empat Remaja Malaysia Berjaya Masuk Ke Akademi Tentera Berprestij Di Amerika Syarikat

PETALING JAYA : Empat pelajar Malaysia mengharumkan nama negara apabila berjaya melanjutkan pengajian di tiga akademi tenter4 berprestij Amerika Syarikat (AS), tahun ini.
Para pelajar terbabit adalah Muhamad Danish Imran Zainudin dan Qarin Loqman Safriza dari Maktab Tentera Diraja yang melanjutkan pengajian ke Akademi Tenter4 Laut AS (USNA).
Zarif Mohd. Zamrin dan Edlan Mikyad Ahmad Syamly dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pula masing-masing melanjutkan pengajian ke Akademi Tenter4 Udara AS (USAFA) dan Akademi Tenter4 AS (USMA) West Point.
Kuasa Usaha Kedutaan AS di Malaysia, Michael Newbill berkata, kurang daripada 20 peratus pemohon antarabangsa dipilih kerana proses pemilihan adalah sangat ketat dan berdaya saing, calon dinilai berdasarkan prestasi akademik, kebolehan fizikal, perwatakan dan potensi kepemimpinan mereka.
Empat kadet terlibat melalui proses pemilihan yang ketat dan berjaya terpilih bagi mengisi 15 slot yang diperuntukkan untuk calon antarabangsa bagi setiap akademi.
“Tahniah kepada kadet dan keluarga mereka atas pencapaian luar biasa ini,” katanya.

Kesemua kadet tersebut diraikan dalam satu majlis penyampaian sijil pelantikan yang disempurnakan Newbill dan disaksikan Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Pertahanan Angkatan Tenter4 Malaysia (ATM), Mejar Jeneral Datuk Zaidan Atan.
Katanya, Malaysia kini mempunyai lima kadet di Akademi Perkhidmatan AS iaitu satu di Akademi Tenter4 Amerika Syarikat, dua di Akademi Tenter4 Laut Amerika Syarikat dan dua di Akademi Tentera4 Laut Amerika Syarikat.
Perkembangan itu menyaksikan terdapat sembilan pelajar Malaysia meneruskan pengajian di Akademi Tenter4 AS.- UTUSAN