‘Parking’ Kereta Tepi Jalan Hingga G4nggu Laluan, Toyota Alphard Alami Ker3sakan Teruk Disagat

Toyota Alphard Alami Ker3sakan Teruk Disagat Kenderaan Besar
Kadang kala kita terpaksa meletakkan kenderaan di tepi jalan buat seketika sewaktu sedang berurusan atau menunggu seseorang oleh kerana tidak ada pilihan kerana sudah tiada tempat letak kenderaan yang kosong di sesuatu lokasi.
Bagaimanapun, tidak semua tempat sesuai untuk meletakkan kenderaan, lebih-lebih lagi laluan tersebut sering digunakan oleh kenderaan bersaiz besar seperti lori dan bas.
Dalam satu video TikTok yang tular baru-baru ini, sebuah Toyota Alphard mengalami ker0sakan t3ruk pada bahagian kanan MPV itu semasa ianya diletakkan di tepi jalan.
Video yang dimuatnaik :
‘Parking’ Kereta Tepi Jalan Hingga G4nggu Laluan, Toyota Alphard Alami Ker3sakan Teruk Disagat
Bahagian kanan Toyota Alphard itu ‘terk0pek’ sehingga jelas kelihatan bahagian dalamannya selepas dipercayai bergesel dengan sebuah kenderaan lain. Menurut perakam video, ker0sakan pada MPV itu bukan disebabkan bas yang terakam di dalam video tersebut.
Menurut beberapa komen daripada pengguna TikTok lain, kejadian tersebut dipercayai berlaku di laluan bawah bangunan Midvalley/The Gardens, Bangsar.
Tambah perakam video ini , dia meminta agar orang ramai sentiasa mencari tempat yang sesuai jika mahu meletakkan kenderaan di tepi jalan supaya tidak mengganggu pengguna jalan raya yang lain.
“Hati-hati semua sahabat-sahabat pil0t darat, nak parking cari tempat yang selamat ya. Kita senang, orang lain pun senang,” ujar perakam video ini lagi.
Video yang dimuatnaik tersebut mendapat pelbagai resp0nd daripada warganet.
Komen warganet:
Sumber : Vocket