B0m0h Peru ‘Bersatu’, Adakan RituaI Pastikan Pasukan Bola Sepak Layak ‘World Cup’

RituaI Pastikan Pasukan Bola Sepak Layak ‘World Cup’

B0m0h di Peru dilap0rkan berkumpul bagi melakukan rituaI sebelum perlawanan playoff Piala Dunia untuk pasukan bola sepak kebangsaan mereka baru-baru ini, lapor the Guardian.

Difahamkan pelbagai dukun yang berasal dari pelbagai kawasan seperti pergunungan, hutan dan pantai berkumpul bagi menjalankan upacara itu.

Mereka percaya bahawa ritual itu akan membantu pasukan bola sepak Peru mengalahkan pasukan Australia pada hari perlawanan nanti.

Gambar: The Guardian

“Kami terpaksa memberikan tumpuan dan kekuatan untuk terus mendapatkan keputusan akhir yang kami mahukan.

“Kami juga melihat pasukan lawan mempunyai rahsia tersendiri. Dan kami melihat beberapa b4yangan.

“Jadi kami mesti meneruskan juga supaya mencapai matlamat yang kami inginkan,” kata seorang b0moh, Ana María Simeon.

Gambar: The Guardian

Dalam video itu, dapat disaksikan bahawa kebanyakan b0moh sibuk dengan ritual yang sedang dijalankan. Pelbagai peralatan seperti lilin, poster pasukan bolasepak, bunga dan sebagainya digunakan untuk memastikan pasukan kesayangan mereka menang ke atas Australia.

Untuk makluman, pasukan bolasepak kebangsaan Peru bakal menentang Australia yang dijadualkan berlangsung di Stadium Al Rayyan, Qatar pada 13 Jun iaitu bersamaan pada 14 Jun jam 2 pagi waktu Malaysia.

Sumber : Siakap keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *