Baru Masuk Rumah Baharu, Keluarga Digemparkan Dengan Penemuan Sarang ‘King Cobra’ Bawah Sinki

Gambar : SiakapkeIi

Penemuan Sarang ‘King Cobra’ Bawah Sinki

Sebuah keluarga di Thailand gempar selepas seekor ular tedung sepanjang lima kaki ditemui ‘bersarang’ di bawah sinki di dalam rumah yang baru sahaja didiami oleh mereka.

Menurut Now This News, ular tedung tersebut dipercayai telah lama tinggal di dalam sinki bilik air itu sebelum ditemui oleh keluarga tersebut yang baru berpindah ke rumah berkenaan.

Dalam video yang dikongsikan di Facebook, ular tedung besar itu dilihat sedang melingkar di dalam sinki.

Ia berjaya dikeluarkan dan dialihkan ke lokasi yang lain oleh penyelamat.

Bagaimanapun, tiada sesiapa yang dilap0rkan terc3dera dalam kejadian tersebut.

Sehingga kini, video tersebut telah menjadi tular dan mendapat sebanyak lebih 12 ribu tontonan di Facebook.

Terdahulu, lebih daripada 100 ekor anak ular dilap0rkan telah ditemui di dalam pembetung di wilayah Chon Buri, timur Thailand.

Kesemua anak ular itu dipercayai ‘bersarang’ di dalam pembetung yang dipenuhi air banjir susulan daripada limpahan air dari empangan “Ang Kep Nam Nong Nam Kiao” atau “The Green Reservoir”.

Portal The Thaiger melaporkan bahawa anak-anak ular itu telah ditangkap dan dilepaskan semula ke persekitaran semula jadi.

BACA LAGI :

Nge’ri, Lebih 100 Ekor Anak Ular Ditemui Dalam Pembetung

Lebih daripada 100 ekor anak ular dilap0rkan telah ditemui di dalam pembetung di wilayah Chon Buri, timur Thailand.

Memetik lap0ran The Thaiger, kesemua anak ular itu telah ditangkap dan dilepaskan semula ke persekitaran semula jadi.

Difahamkan, kesemua ular itu bersarang di dalam pembetung yang dipenuhi air banjir susulan daripada limpahan air dari empangan “Ang Kep Nam Nong Nam Kiao” atau “The Green Reservoir” di wilayah Chon Buri.

Menerusi video dan gambar yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook, anak ular tersebut berenang berhampiran permukaan pembetung.

ular

Beberapa orang lelaki dilihat dengan berani mengeluarkan anak-anak ular tersebut dengan menggunakan tangan mereka.

Pada awalnya reptilia itu kelihatan seperti ular tedung tetapi ia sebenarnya ular jenis keelback berbintik kuning muda.

Ia tidak berbisa dan tidak berb4haya kepada manusia serta merupakan ular separa akuatik yang mendiami tasik, kolam, paya dan sawah yang ditenggelami air.

Sumber: The Thaiger

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.