Cantik Namun Beracun, Ini 7 Jenis Bunga Keladi Bahaya Pada Kanak-kanak & Haiwan!

7 Jenis Bunga Keladi Beracun..
Ramai yang menjadikan pokok bunga keladi sebagai hiasan di rumah. Namun, tahukah anda, ia boleh menjadi r4cun kepada anak dan peliharaan di rumah?
Terdapat 7 jenis pokok bunga keladi yang dikategorikan sebagai r4cun yang berb4haya untuk anak kecil dan haiwan peliharaan di rumah.
Bunga keladi ber4cun
Bermula daripada musim PKP (P3rintah Kawalan Pergerakan) lepas, semakin ramai yang berjinak-jinak dengan dunia tanaman pokok hiasan.
Tidak dinafikan, tumbuhan hiasan yang ditanam di sekitar kawasan rumah adalah terapi terbaik untuk mental dan emosi.
Umumnya, terdapat pelbagai jenis pokok hiasan dan bunga yang menjadi pilihan ramai, antaranya m0nstera adansonii dan tidak ketinggalan juga pokok keladi seperti philodendron green marxii.
Bahkan sehingga ada pokok keladi yang dijual pada harga ‘kayangan’ disebabkan keunikan bentuk dan warnanya, seperti pokok yang diberi nama keladi Mickey Mouse.
Pun begitu, bagi peminat pokok keladi, anda harus menyedari walaupun ia cantik dipandang, namun sebenarnya ia ber4cun dan amat berb4haya terutamanya kepada kanak-kanak serta haiwan peliharaan.
Tumbuhan caladium beracun
Public Health Malaysia (PHM) juga pernah membuat perkongsian menerusi Facebook mengenai r4cun yang terdapat pada keladi atau caladium yang dikenali sebagai kalsium oksalat.
Keladi Bera’cun

R4cun kalsium 0ksalat ini berada pada keseluruhan bahagian tumbuhan keladi ini dan paling kuat pada daunnya.
Dalam hantaran tersebut, PHM turut menjelaskan bahawa bunga keladi ber4cun akan menjadi t0ksik apabila tertelan. Mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif juga boleh terjejas dengan hanya bersentuhan fizikal dengan pokok ini.
Jangan terkejut, bukan tumbuhan ini sahaja yang berb4haya dan ber4cun ya. Ayuh kita bongkar pokok keladi lain yang harus anda elakkan.
Jenis bunga keladi ber4cun :
Dieffenbachia dan Philodendron
Dieffenbachia dan philodendron adalah pilihan buat mereka yang baru berjinak-jinak dalam tumbuhan hiasan kerana mudah ditanam.
Walaupun kedua-dua tumbuhan ini adalah berbeza dari segi jenis, namun dieffenbachia dan philodendron menyebabkan ket0ksikan dengan cara yang sama. Ini kerana ia mengandungi oksalat yang boleh menyebabkan bengk4k, air liur banyak terkeluar dan kesukaran bertutur jika tertelan.
Mas4lah bengkak, kemerahan dan ker3ngsaan juga boleh berlaku jika kulit atau mata terdedah kepada tumbuhan-tumbuhan ini.
English Ivy
Faedah potensi English ivy atau Hedera helix termasuklah dapat membersihkan udara, mengatasi masalah pernafasan dan mempunyai sifat antir4dang dan anti0ksidan.
Walau bagaimanapun, english ivy dianggap sebagai tumbuhan bunga keladi ber4cun. Ia dianggap t0ksik kepada manusia dan haiwan.
Tumbuhan ini boleh menyebabkan bengk4k, kegatalan, ker3ngsaan perut dan mungkin l0ya, munt4h dan cirit-birit pada manusia jika tertelan.
Bagi haiwan pula, ia boleh menyebabkan sakit perut, muntah, cirit-birit dan hiper-air liur pada kucing dan anjing jika tertelan.
Alocasia Xanthosoma Variegata

Alocasia Xanthosoma Variegata, antara jenis bunga keladi ber4cun
Anda mungkin mengenali tumbuhan ini dengan nama glamornya, pokok Mickey Mouse. Sama seperti caladium, setiap bahagian pokok ini juga mengandungi hablur kalsium 0ksalat yang kecil.
Jika mana-mana bahagian tumbuhan dikunyah ia boleh menyebabkan kerengsaan pada bibir, mulut, lidah dan tekak.
Walaupun jarang berlaku, loya, muntah, cirit-birit, dan kesukaran menelan turut merupakan antara kesan sampingan selepas menelan tumbuhan dengan kristal oksalat.
Gejala yang dialami biasanya berkembang dengan cepat dan boleh bertahan sehingga setengah hari.
Peace lily
Peace lily atau nama botaninya Spathiphyllum cochlearispathum, dicirikan oleh daun lebar yang panjang dan bunga putih yang cantik.
Pokok bunga ini amat mudah dijaga, dapat bertahan dalam cahaya yang kurang serta hebat dalam menyingkirkan t0ksin dalaman seperti f0rmaldehid, b3nzena dan juga trichl0roethylene, daripada udara.
Namun mal4ngnya, tumbuhan ini ber4cun kepada manusia dan juga haiwan peliharaan.
Ia boleh menyebabkan bengkak pada bibir, mulut dan lidah, rasa mual, muntah dan cirit-birit serta kesukaran menelan pada manusia.
Manakala pada haiwan peliharaan pula boleh mengakibatkan kesan terb4kar dan kerengsaan teruk pada mulut, bibir dan lidah bersama kesukaran menelan.
Snake Plant, salah satu bunga keladi ber4cun
Pokok hiasan rumah ini biasanya dikenali sebagai pokok Lidah Mentua atau nama saintifiknya Sansevieria trifasciata. Ia boleh dikenali dengan daun berbentuk pedang malar hijau yang tumbuh tegak dan seakan daun tiruan.
Tumbuhan ini menjadi pilihan kerana mudah dijaga dan hanya memerlukan sedikit air untuk terus hidup.
Pun begitu, tumbuhan ini bersifat t0ksik jika termakan. Daunnya mengandungi r4cun yang boleh menyebabkan bengkak dan kebas pada lidah jika dimakan dalam dos yang besar.
Justeru, adalah pilihan sangat bijak untuk menjauhkan tumbuhan ini daripada kanak-kanak dan haiwan yang cenderung gemar menggigit.
Devil’s Ivy

Devil’s ivy
Tumbuhan devil’s ivy atau pokok pothos ini amat mudah dibiak dan dijaga. Tetapi ia dianggap sebagai tumbuhan toksik, berbahaya dan beracun untuk manusia dan haiwan.
Daun dan batang tumbuhan ini boleh menyebabkan kerengsaan terbakar yang teruk pada mulut, tekak dan perut jika tertelan.
Bagi haiwan juga boleh mengalami keadaan yang sama bersama air liur berlebihan, muntah dan kesukaran menelan.
Tiada salahnya untuk menanam pokok hiasan di dalam rumah mahupun di luar rumah. Tetapi harus pastikan ia selamat dan tidak ber4cun terutamanya jika di dalam rumah terdapat anak kecil atau memiliki haiwan peliharaan. Berhati-hatilah.
Sumber: Hello Doktor via siakap keli