Dua Wanita, 40 Tahun & 70 Tahun, M4ut Dalam Keb4karan Lima Rumah Di Tawau

Dua Wanita M4ut Dalam Keb4karan Lima Rumah Di Tawau

TAWAU, 12 Jun (Bernama) — Dua wanita m4ut dalam keb4karan yang memusn4hkan lima rumah di Kampung Titingan, Jalan Tawau Lama di sini awal pagi tadi.

Ketua Balai B0mba dan Penyelamat Tawau Julius John Stephen Jr berkata m4yat Kamisah Mapiasah, 40, dan Sadiah Jabar, 70, ditemukan dalam sebuah rumah jenis dua tingkat.

“Sepasukan 19 pegawai dan anggota bomba bersama dua jentera bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada 12.53 tengah malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi pemadaman yang tamat sepenuhnya pada 3 pagi turut dibantu anggota Bomba Komuniti Sri Titingan.

Katanya punca keb4karan dan jumlah kerugian sedang disi4sat.

-BERNAMA

Perkongsian daripada Page 8hannel :

Salam takziah diucapkan kepada saudari Julgina Anan yang merupakan mangsa kebakaran Kampung Titingan pada tengah malam tadi (12hb Jun). Beliau bukan sahaja kehilangan tempat tinggal malah ibu serta adik juga didapati meninggal dunia dalam kebakaran.

Menurut laporan pihak bomba, kebakaran yang belaku pada pukul 12.53 tengah malam ini memusnahkan 5 buah rumah sekali gus. Dalam sebuah rumah yang terlibat, pihak bomba telah menjumpai 2 mangsa, masing masing adalah Sadiah dan Kamisah.

Namun begitu, kedua dua mereka telah disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM. Justeru mayat telah diserahkan pihak polis untuk tindakan lanjut.

Warga Tawau tolong doakan saudari Julgina Anan yang sedang hadapi dugaan berat ini. Semoga beliau dikurniakan ketabahan dan kekuatan untuk jalani kehidupan seterus ini.

Keadaan selepas kebak4ran :

Takziah buat mangs4 yang terlibat..

Sumber: 8hannel & Fb Bes Tawau FM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *