Kanak-kanak Lelaki 7 Tahun Disambar Buaya Ketika Mengambil Air Di Tebing Sungai

MaIang tidak berbau apabila seorang budak lelaki disambar buaya ketika sedang duduk di tebing sungai di kampung Nyabut, Trombol, Kuching.
Pasukan Gerak Operasi (PGO) Sarawak sedang berusaha hubungi pihak agensi Sarawak Forestry Corporation (SFC) bagi mendapatkan bantuan Pasukan SWAT SFC.
“Kawalan BBP Petra Jaya, terima panggilan daripada orang awam maklum mengatakan ada kejadian m4ngsa dibaham buaya, m4ngsa seorang budak lelaki dikatakan bersama nenek dan kakak sedang duduk ditebing sungai telah disambar buaya semasa aktiviti mengambil air di sungai,” lapor PGO dalam satu kenyataan media.
Borneo Network difahamkan kejadian berlaku anggaran masa jam 0830 pagi, mngsa dimaklumkan juga tidak timbul terus hilang didalam air setelah kejadian.

PGO Sarawak telah mengarahkan keluaran BBP Petra Jaya ke lokasi bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut. Unit PPDA juga telah dimaklumkan arahan bersedia.
Ketua P0lis Daerah Padawan, Supt Abang Zainal Abidin Abang Ahmad mengesahkan pihaknya ada menerima lap0ran.
“Anggota saya sudah berada di lokasi, saya akan berikan perkembangan dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi Borneo Network.

Menurut lap0ran Borneo Network, m4ngsa yang sedang duduk mencangkung tiba-tiba disambar buaya yang tiba-tiba muncul dari sungai.
“Mngsa sedang duduk mencangkung di tebing sungai ketika buaya tiba-tiba muncul lalu menyambar mngsa,” kata Bibah Arop, 48 menceritakan kejadian yang menimpa anak buahnya di sungai berhampiran Kampung Nyabut, Telaga Air pagi tadi.
Bibah memberitahu jarak antara dia dengan mangsa Mohd Adami Mokhtar,7, semasa kejadian ialah kira-kira 10 meter.
“Semasa kejadian, kedua-dua kakak mangsa berumur 11 dan 12 tahun turut bermain berhampiran dengan mangsa di tepi sungai,” katanya dalam laporan polis berhubung tragedi itu.
FOTO di sekitar Operasi Hari pertama 21 Mei 2022 mencari Mohd Adamii Bin Mohktar (m4ngsa) :




Operasi disertai oleh pihak IPD Padawan , Jabatan Bomba Dan Penyelamat Sarawak dari Balai Bomba Petra Jaya dan Batu Lintang , APM Kuching , RELA dan pendudok kampong.
Hasil daripada usaha mencari buaya denggan cara ‘memancing’ telah berjaya mendapatkan seekor buaya sepanjang 14 kaki 4 inci dan seberat dianggarkan 800 kg di Sungai Nyabut kira kira 400 meter dari tempat kejadian.





Sumber : Sarawak Edition SE, Borneo Network