Tular Dengan Kek Lapis Oreo Blackpink, Lakaran Spontan Pelukis Henna Pada Permukaan Kek Lapis Raih Perhatian!

Kek lapis merupakan antara hidangan wajib bagi orang Sarawak ketika menyambut perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri khususnya. Warna dan rasa kek lapis yang pelbagai dan semestinya menarik menjadi tarikan utama makanan ini.

Selain daripada warna dan rasanya, dekorasi pada permukaan kek lapis juga berperanan menambahkan lagi seri kek yang berasal daripada bumi kenyalang ini.

Seperti kek yang dihasilkan oleh seorang usahawan wanita ini, hasil lakaran pada permukaan kek lapis buatannya tular di media sosial kerana keindahan lakaran bermotifkan ‘henna’ yang membuat ramai warganet kagum.

Puan Zirah, Usahawan Kek Lapis

Memulakan cerita mengenai permulaan perjalannya membuat kek lapis, Puan zirah, 30, meceritakan bahawa minatnya untuk membuat kek lapis bermula semenjak zaman belajarnya lagi.

“Sebenarnya saya buat kek lapis ni dah lama, bermula dari tahun 2015. Selepas tamat degree, saya dah mula minat nak belajar ‘melapis’. Teringat masa belajar dulu, saya buat kek lapis cheesekut dengan kek sponge cheese. Masa tu mmang dah teringin nak buat kek lapis tapi ada kekangan masa.”

“Nak buat kek lapis ni makan masa… belajar pun makan masa.. memerhati, merasa, bertanya & practice tu smua proses blajar kan… So nak perbaiki setiap lapisan tu mmang makan masa…

Bila raya, tengok kakak buat kek lapis, tolong juga, dan banyak bertanya jugak tips2 dari dia..” katanya.

Daripada hanya membantu dan memerhati kakaknya membuat kek, dia yang bekerja sebagai pereka grafik di sebuah butik terkenal di Shah Alam memberitahu bahawa dia mula serius belajar membuat kek selepas meletak jawatan di butik berkenaan pada tahun 2018.

“Tahun 2018 dah berhenti kerja, masa tu start belajar sndiri melapis kek simple, dapat resepi dari facebook, then buat… dari kek simple yang 2 warna tu kepada kek rainbow yang ada 7 warna…

Ada yang jadi ada yg tak jadi…

Kalau ada masa, saya practice buat untuk makan sndiri je..

Kalau jumpa resepi yang nampak sedap, saya simpan dan akan cuba buat.. selalunya saya minta pendapat suami, dia rasa dan dia puji…”katanya lagi yang telah pun mendirikan rumahtangga pada tahun 2014.

Puan Zirah mengatakan bahawa, semenjak pembelajaran online semakin dikenali ketika itu, beliau membuat keputusan untuk mengikuti kelas-kelas online yang dibuka untuk menambahkan lagi ilmunya dalam pembuatan kek lapis.

“Sejak PJJ makanan ni dah trending jugak time 2019, saya keluarkan modal sendiri untuk join kelas yang banyak dianjurkan di Facebook. Saya beli resepi kek lapis dari cikgu-cikgu yang dah berpengalaman. Bermula dari sanalah saya rasa yakin untuk menjual kek lapis buatan saya sendiri.

Seronok bila tengok orang makan, rasa dan  puji sedap.. dorongan daripada keluarga dan kawan-kawan membuatkan saya lagi yakin untuk membawa bisnes kek lapis saya ini ke tahap seterusnya.”

Bercerita lebih lanjut,kemunculan dekorasi atas kek yang pernah viral di Page MAHN ( Masak Apa Hari Ni)  yang menjadi bualan netizen tercetus apabila ramai pelanggan memintanya untuk membuat dekorasi pada kek yang ditempah.

“Bila dah hampir setahun buat dan jual kek,saya mula memberikan kelainan pada kek lapis buatan saya dengan melakar lukisan pada permukaan kek lapis yang sudah siap dibakar memandangkan ramai pelanggan ‘request’, khasnya untuk tempahan majlis-majlis tertentu.

Motif lukisan pada kek pula diinspirasikan daripada corak-corak henna yang saya lukis secara spontan memandangkan saya lebih ‘familiar’ dan sudah biasa membuatnya” sambungnya lagi.

Selain daripada membuat kek lapis, Puan Zirah juga ada menawarkan perkhidmatan melukis henna yang dimulakan semenjak zaman belajarnya lagi.

Dia yang berkelulusan Ijazah Kepujian Seni Halus di UITM Shah Alam, memanfaatkan bakatnya dalam lukisan ke dalam penghasilan corak kek lapis yang diusahakannya.

( Lihat Video Kek Lapis Oreo Blackpink Di SINI )

Ditanya mengenai perancangan masa depannya, dia berimpian untuk membawa kedua ibu bapanya untuk mengerjakan haji dan umrah selain membuka kedainya sendiri.

“Actually saya berbisnes ni santai-santai sahaja.. impian tu ada, nak stabilkan kewangan dan bebas dari hut4ng, nak bawak mak ayah mengerjakan umrah dan haji sama-sama…

Then kalau lah diberi peluang & cukup modal satu hari nnti, saya nak buka kedai sendiri, bagi orang peluang bekerja, kongsi ilmu yang sama saya belajar, juga untuk mudahkan orang yang nak merasa kek datang terus ke kedai..” kongsinya.

 

Kepada pembaca yang ingin merasa dan melihat lebih banyak jenis kek lapis yang dijual oleh usahawan ini boleh lihat di Page Kue Lapis.

Apa-apa pun, kami di Harmagidun mendoakan semoga perniagaan Kek Lapis Puan Zirah semakin maju dan semoga impiannya untuk membuka kedai sendiri juga tercapai tidak lama lagi.

Sumber : Kue Lapis, Zirah Waheed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *