Resepi Sotong Stim Limau Ala Thai Paling Simple & Sedap!

Makanan β€˜ala thai’ sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia kerana kesedapan rasanya. Selain daripada rasa yang lazat, cara pembuatannya juga agak mudah. Selain daripada itu, bahan yang diperlukan juga mudah didapati di tempat kita.

Antara menu yang paling digemari oleh masyarakat Malaysia ialah tomyam dan padprik. Namun, resepi yang dikongsikan oleh Saudari Ayadieeya di lamat Facebook juga tidak kurang hebatnya.

Jom baca perkongsian resepi daripada Saudaru Ayadieeya :

Sotong stim limau ala thai by me πŸ¦‘

Hari2 buat goni xpo.. hok x lalu make jadi lalu sebab sedak dooh, rasa pedas, masam, manis πŸ˜‹

Sos dia boleh jugok guno untuk ikan siakap stim limau.

Sapo2 nok recipe ado dekat bawahπŸ‘‡

Sotong stim limau ala thai:

Sotong setgh kilo @ 1kg

Cincang halus bawang putih dalam 7-8 ulas ( letak lebih pun takpe )

Cincang cili dalam 8-9 biji (klu xnk pedas kurangkan)

Asam limau nipis dalam 3biji

Daum ketumbar ( potong )

Kiub pati ayam 1/2 @ 1

Kicap sotong 3 sudu besar

Gula 2 sudu besar

Cara2:

Kukus sotong dlm 7minit, jgn letak air ( kukus sehingga masak ) dan angkat

( air sotong tu kak aya buang 😁 )

Lepas tu buat sos dia!

Panaskan air 1 cawan, masukkan kiub pati ayam, gula, lepas tu tutup api, tunggu suam kejap, boleh masukkan cili, bawang, asam limau & daun ketumbar. Nanti korang try dulu, kalau x cukup masam tambah limau nipis, kalau x masim blh tambah kicap sotong, kalau x cukup manis tambah gula. Bila dah secukup rasa, Last sekali boleh tuangkan sos atas sotong tadi. SIAP πŸ˜‹

Senang & sedap πŸ‘πŸ‘πŸ‘

P/s : Nak guna ikan pun boleh..

* Kicap sotong boleh beli sini πŸ‘‰πŸ» https://shope.ee/9p0OpYfR8j

Macamana? Simple kan resepinya.. Jom pakat buat untuk makan tengah hari ni..

Kredit : Ayadieeya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *