‘Jaga Diri, Jangan Nakal-nakal’ – Babak Orked Dipeluk Kak Yam ‘R0bek’ Hati Wargamaya

Kuala Lumpur: “Jaga diri, jangan nakal nakal. I love you forever. Al Fatihah,” demikian ciapan ditulis pelakon Sharifah Amani, 36, yang berkongsi perasaan sedih dirasainya terhadap pemergian pelakon dan penyanyi Allahyarhamah Adibah Noor, 52, akibat kan ser 0vari tahap empat, petang semalam.

Menerusi ciapan dibuat Amani jam 10.31 malam itu cukup mendapat perhatian pengikutnya yang amat mengingati watak Orked dan Kak Yam yang dilakonkan mereka dalam filem ‘trilogi’ iaitu Sepet pada 2004, Gubra (2006) dan Mukhsin (2007).

Kebanyakan pengikut Amani memahami perasaan sedihnya berikutan turut disertakan emoji ‘hati retak’, berserta foto babak Orked yang dipeluk oleh kak Yam. Malah, kebanyakan mereka mengucapkan Al-Fatihah dan takziah buat Allahyarham Adibah yang dianggap ‘terlalu Istimewa’.

Tulis seorang netizen, Al Fatihah untuk Kak Dib.”Allahu… auto nangis tengok ni. Kau terlalu istimewa my queen. Al Fatihah,” tulis seorang lagi netizen.

“Hug to you. The chemistry you both shared on and off screen was just genuinely amazing (Peluk awak. Keserasian kalian berdua di dalam dan luar skrin amat menakjubkan),” kata seorang netizen.

Ciapan Amani yang mendapat 10,000 ulang ciap di akuan Twitter pelakon itu juga memperoleh lebih 34,000 tanda suka pada kalangan pengikutnya.

BELASUNGKAWA ADIBAH NOOR MOHAMED OMAR

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Terdahulu, Adibah disahkan meninggaI dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Jalan Ampang petang semalam akibat kan ser 0vari tahap empat.

Perjalanan Adibah Noor Sebagai Anak Seni

‘Kau terlalu istimewa’, korus lagu Terlalu Istimewa yang pernah mengangkat nama Allahyarham Adibah Noor di persada industri hiburan pada 2006 ini nyata cukup tepat menggambarkan keperibadian dirinya.

Menerusi lagu ini yang lirik juga ditulis Adibah mengenai seorang kanak-kanak yang menjadi man gsa individu tidak bertanggungjawab, melayakkan 4rwah memenangi Anugerah Juara Lagu (AJL) edisi ke-21 pada 2006 untuk kategori balada, vokal terbaik dan lagu terbaik.

Adibah atau nama sebenarnya Adibah Noor Mohamed Omar, 52, susuk yang cukup ‘istimewa’ sebagai penggiat seni, terlebih dulu muncul juara dalam pertandingan Suara 90-an Nescafe pada 1994 yang menjadi pembuka jalan awalnya.

Bagaimanapun, Adibah yang mendapat pendidikan rasmi dalam Bahasa Inggeris dan memiliki ijazah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), juga pernah menjadi guru Bahasa Inggeris sebelum akhirnya memilih mengabadikan diri sebagai penggiat seni.

Namun, sinar karier seni 4rwah nampaknya lebih dulu bermula sebagai pelakon di mata peminatnya menerusi filem Sepet arahan Alllahyarham Yasmin Ahmad pada 2004 dengan watak Kak Yam. Ternyata karekter itu cukup meninggalkan kesan kepada penonton.

Menerusi watak Kak Yam, ia dikembangkan arwah Yasmin dalam tiga filemnya untuk Adibah iaitu Sepet, diikuti Gubra pada 2006 dan Mukhsin (2007). Malah, sepanjang bergelar pelakon filem arwah Adibah sudah membintangi 16 filem.

Dalam drama pula, Adibah cukup diingati dengan watak Puan Hajar menerusi Oh My English di Astro pada 2012, 2013 dan 2017. Bahkan, kemunculan terakhirnya cukup mendapat perhatian dalam drama Mem & Bibik Bibik di TV3 pada April lalu. Untuk drama, Adibah sudah membintangi lebih 12 buah karya televisyen.

Kecintaan Adibah pada karier seni amat menebal apabila arwah bukan saja aktif berlakon dan menyanyi, tetapi turut bergelar penyampai radio di Suria FM untuk slot Suria Pagi pada 2014 sehingga 2016 lalu. Ketika itu, Adibah bergandingan bersama pengacara Baki Zainal.

Dalam tempoh tiga tahun bertugas di konti radio, Adibah puas apabila dia meraih kejayaan merangkul trofi kategori Bicarawara Radio Terbaik untuk segmen Hari Wanita Kebangsaan 2015 – Raikan Kegemilangan (Suria FM) pada Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2016 sebelum mengundur diri.

Seorang yang ceria dan mudah mesra, Adibah juga lantang bersuara dan suka menegur terutama dalam sebutan Bahasa Inggeris yang betul. Baginya, teguran diberi bukan bertujuan untuk menjatuhkan sesiapa tetapi berkongsi ilmu dengan khalayak mengenai penggunaan sebutan yang betul.

Apapun, semalam seluruh industri hiburan tempatan dike jutkan dengan berita pemergian Allahyarham Adibah yang benar-benar menyentap emosi peminat, rakan-rakan selebriti dan teman media.

Selain pemergian secara menge jut itu, ramai berasa terkilan kerana tidak mengetahui derita penyakit kanser ovari tahap empat yang ditanggung Adibah kerana dia memilih untuk berahsia dan hanya berkongsi dengan beberapa rakan artis yang rapat dengannya.

Selaku anak seni yang versatil dalam ‘kelas tersendiri’. Adibah juga dikata ada perancangan untuk menjayakan mini konsert, ‘Into the 3rd Decade’ yang dirancang di KL Pac Kuala Lumpur pada Oktober depan, dan tidak kesampaian.

Apapun, Adibah yang juga finalis Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) pada awal Januari lalu cukup komited untuk menyerlahkan semula kerjaya nyanyiannya dengan merancakkan pelbagai aktiviti. Namun, segala perancangan kehidupan manusia adalah milik Allah SWT.

Al-fatihah buat insan istimewa ini..

Sumber : Harianmetro

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.