“Jangan Berani Dekat..“- kanak-kanak 5 Tahun Tunjuk Bakat, Buka Langkah Silat ‘Burung Belatuk’

Kanak-kanak Cilik Tunjuk Bakat Buka Langkah Silat ‘Burung Belatuk’
Keletah seorang kanak-kanak lelaki mempersembahkan silat ‘burung belatuk’ di tiktok mengundang tawa warga maya di Tiktok khususnya.
Dalam video yang berdurasi 10 saat tersebut, kanak-kanak lelaki bernama Ahda Aish mempersembahkan silatnya di iringi latar belakang lagu ‘Ment3ra Semerah Padi’ nyanyian Datuk M.Nasir.

Menurut ibu kepada kanak-kanak ini iaitu Puan Farina, anak keduanya itu atau nama panggilannya ‘Aish’ sangat gemar bersilat.
Ditanya mengenai langkah-langkah silat yang dipersembahkannya pula, si ibu memberitahu bahawa anaknya sering melihat datuknya bersilat di rumah. Semenjak itu, dia sering meniru ‘gaya’ datuknya mengikut versinya sendiri.
“Aish sering melihat datuknya bersilat di rumah. Kadang-kadang dia join sekali. Sekarang, dia keluarkan silat versi dia sendiri pula..“ jelasnya sambil tertawa.
Bercerita lebih lanjut mengenai video tersebut, Adik Aish yang baru berusia 5 tahun meminta ibunya untuk merakam video dirinya bersilat untuk diperlihatkan kepada sepupunya yang tinggal di Singapura. Dia menggelarnya ‘Silat Burung Belatuk’ kerana gayanya menyerupai pergerakan burung belatuk.
Selain daripada itu, dia juga meminta ibunya merakam video tersebut dengan latar belakang lagu ‘Ment3ra Semerah Padi’ nyanyian Datuk M Nasir agar nampak lebih hebat, katanya.
Video yang dimuatnaik :
Video yang mencuit hati tersebut mendapat pelbagai respond daripada followernya di Tiktok. Rata-rata terhibur dan tertawa melihat kelatah kanak-kanak tersebut.
Komen warga Tiktok :
“Terer ni..”
“Jangan berani dekat..”
“Uit.. takutnyer…larikk..”
Selain daripada video tersebut, video Adik Aish memperdengarkan bacaan Al-Fatihah juga turut menarik minat warga Tiktok :
Menghiburkan sungguh!
Semoga Adik Aish membesar jadi anak yang soleh dan sentiasa mengembirakan orang-orang sekeliling seperti harapan ibunya.
Sumber : Aqel_aesh