Meminta Telekung Putih Petanda AjaI Graduan Cemerlang UPSI! Majlis Konvo Hiba Ibu Bapa Terima Ijazah Bagi Pihak Arwah

Ramai tersentuh apabila pasangan suami isteri, Mohamad Fouzi Megat dan Dalila Abu Bakar naik ke pentas untuk menerima ijazah anak mereka, Allahyarham Nur Diyana Mohamad Fouzi yang meninggaI dunia akibat jangkitan kuman pada 22 Disember 2021.

Suasana hiba menyelubungi ruang Dewan Tuanku Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) ketika pengumuman penerima anugerah anumerta dibuat pada Istiadat Konvokesyen ke-23 universiti itu pada Isnin lalu.

Nur Diyana adalah penerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbangan dan Kaunseling dengan kepujian yang dianugerahkan secara anumerta dan ia disampaikan oleh Pro Canselor Upsi, Tan Sri Datuk Alimuddin Mohd Dom kepada warisnya.

Dalila, 49, yang tidak mampu menahan sebak pada majlis itu memberitahu meskipun berasa sedih tidak dapat melihat anaknya mengambil sendiri ijazahnya namun sebagai seorang ibu dia tetap berasa bangga dengan kejayaan Allahyarham.

Nur Diyana mening gal dunia pada 22 Disember tahun lalu akibat jang kitan kuman.

Dalila menyifatkan anak kedua daripada tiga orang adik beradik ini cukup bijak mengambil hati keluarga dan amat berdikari selain tidak pernah membebankan keluarga.

“Dia tidak pernah membebankan kami dengan meminta duit belanja. Setiap kali tiba waktu cuti sekolah ataupun semester, dia akan buat kerja sambilan mengambil upah bekerja di pusat asuhan kanak-kanak mahupun berjaja makanan atau pakaian,” jelasnya.

Mengadu sesak nafas, tak larat berjalan

Mengimbau pemergian anaknya itu, Dalila berkata, beberapa minggu sebelum itu, Nur Diyana pernah mengadu sesak nafas, mengalami batuk dan selesema namun keadaannya kembali pulih selepas mendapatkan rawatan.

Tetapi katanya, beberapa hari selepas itu, kesihatannya kembali merosot sehingga tidak mampu berjalan dan terpaksa dikejarkan ke h0spital kerana mengalami sesak nafas sebelum meninggaI dunia akibat jangkitan kuman.

“Sebagai seorang ibu yang mengandungkannya selama sembilan bulan dan arwah pergi dengan sekelip mata memang cukup memberi kesan kepada emosi saya.

“Apatah lagi, dia pergi dua minggu selepas saya menjalani pembed4han dan arwah yang menjaga saya di h0spital,” katanya.

Berkongsi lanjut mengenai episod sedih itu, Dalila berkata, dua bulan sebelum itu, suaminya ada memberi wang belanja kepadanya untuk membeli telekung dan dia mencadangkan agar memilih rona hitam dan emas yang juga warna kegemarannya.

Namun Dalila berkata, Nur Diyana tidak bersetuju dan berkeras untuk memilih warna putih kerana boleh dipakai sekiranya dia meninggaI dunia.

Dia berkeras hendak membeli telekung berwarna putih kerana katanya kami tiada telekung warna itu untuk dipakai membalut tubuh jika sudah jadi jen4zah.

“Dia berkeras hendak membeli telekung berwarna putih kerana katanya kami tiada telekung warna itu untuk dipakai membalut tubuh jika sudah jadi jena zah.

“Walaupun tidak menganggap apa-apa, saya penuhi juga permintaannya dan langsung tak sangka, rupa-rupanya permintaannya itu adalah petanda ajaInya. Meskipun sedih kami reda dengan suratan yang telah tertulis buat kami,” katanya.

Pelajar cemerlang, suka cabar diri cuba benda baharu!

Mohamad Fouzi, 54, ketika ditemui memberitahu Allahyarham merupakan seorang anak yang baik dan suka pada persaingan serta sering mencabar diri mengikut rentak persekitaran sekeliling.

“Bertugas sebagai penjawat awam beruniform, hidup berpindah randah merupakan lumrah. Suatu ketika dahulu ketika zaman remajanya, sekian lama kami tinggal di sebuah daerah utara tanahair, kami berpindah ke Lembah Klang atas tuntutan tugas.

“Menyedari persekitaran kepesatan di kawasan bandar yang amat pantas, dia tidak mahu ketinggalan pelajaran. Maklumlah, perbezaan suasana belajar antara luar dan dalam bandar agak ketara.

“Dia akan berusaha dengan gigih dan buktikan dia mampu suaikan diri. Sebagai contoh, sebelum ini dia tidaklah begitu pandai dalam subjek Bahasa Inggeris, namun dengan semangat yang tinggi, dia memperoleh keputusan cemerlang subjek tersebut dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” jelasnya sambil menyeka air mata.

Bercerita lanjut mengenai anak kesayangannya itu, Mohamad Fouzi berkata, selepas tamat SPM, Nur Diyana menyambung pengajian dalam bidang sains di Kolej Matrikulasi Pengkalan Balak, Melaka dan mencapai keputusan membanggakan dengan pencapaian pointer 4.00 selama dua tahun berturut-turut.

Si ayah tidak dapat menahan sebak terkenangkan anak kesayangan

Tambah Dalila, sungguhpun mendapat keputusan cemerlang dalam bidang sains, jiwa anaknya yang penuh dengan ihsan kepada anak-anak kecil dan suka membantu menyelesaikan masalah terutama rakan-rakan sebayanya berdepan konflik kehidupan mendorongnya mendalami bidang bimbingan kaunseling.

“Pernah dia membantu masalah rakan sebaya yang berhadapan masalah sosial yang agak serius hingga kemeIut konflik terlerai dengan baik. Tambah dorongan yang ada daripada guru kaunselingnya lagi, Nur Diyana tidak menoleh ke belakang, terus menyambung pengajian yang diminatinya iaitu bimbingan dan kaunseling di Upsi.

“Nur Diyana bijak memikat hati kami dengan bakatnya yang pandai memasak. Ada saja resepi biskut dicuba, malah setiap kali tiba hari lebaran, dia akan menyiapkan juadah rendang daging campur Jawa yang dipelajarinya sendiri hingga menjadi buah mulut kepada setiap tetamu yang datang ziarah.

“Sungguhpun usianya masih muda, dia sangat menjaga silaturahim dengan sesiapa saja. Tidak berden dam walaupun ada orang pernah melakukan khianat padanya. Malah, dia pula menghulurkan tangan persahabatan dan berkawan baik hingga ke akhirnya.

“Setiap kali ada ahli keluarga ditimpa musi bah seperti peny4kit misalnya, dia akan tawar diri untuk menjadi penjaga. Dijadikan cerita, seakan saya pula digilirkan ditimpa peny4kit hingga perlu dibe dah di hospital pada 3 Disember lalu, maka dia jugalah yang akan menggalas tanggungjawab pemandu berulang alik ke hospital rawatan cuci Iuka saya setiap hari,” ceritanya sambil menahan sebak.

Keputusan cemerlang 3.86, pelajar yang aktif di fakulti dan disenangi rakan-rakan – Dekan.

Sementara itu, Dekan Fakulti Pembangunan Manusia (FPM) Profesor Madya Dr Abdul Talib Mohamed Hashim menyifatkan arwah merupakan seorang mahasiswi yang terlibat aktif sebagai ahli jawatankuasa dalam persatuan pelajar seperti Persatuan Bimbingan dan Kaunseling Upsi (KASIH) dan sering memberi sumbangan dalam aktiviti berkaitan pelajar.

“Saya juga mendapat maklumat daripada rakan-rakan tenaga pengajar yang juga para pensyarahnya bahawa arwah pandai seimbangkan masa dalam akademik mahupun aktiviti kokurikulum. Buktinya hari ini, keputusan 4rwah cukup cemerlang dengan pointer 3.86,” katanya.

Menurut Abdul Mutalib lagi arwah amat menjaga hubungannya dengan rakan-rakan sekampus dan menyifatkan kehilangannya amat dirasai oleh rakan-rakan dan pihak fakulti.

Sumber : Mediamaklumat

Leave a Reply

Your email address will not be published.