Teringin Makan Pizza, Budak Bayar Guna Syiling Dalam Plastik, Tak Ada Niat Nak Menipu

Seorang pengguna laman Twitter, @idealuzair berkongsi kisah lucu rakannya Faiz Rosman yang bekerja sebagai penghantar makanan yang menerima satu pesanan daripada seorang kanak-kanak.

Menerusi posting tersebut, lelaki itu berkongsi paparan skrin perbualan Whatsapp bersama rakannya yang bercerita mengenai detik-detik ketika menghantar pizza ke rumah kanak-kanak berkenaan.

Bayar guna duit syiling

Setelah sampai di sana, Faiz berkata dia menerima sejumlah duit syiling dalam satu beg plastik sebagai pembayaran dan terus beredar tanpa sempat untuk mengira kerana dalam keadaan tergesa-gesa.

Selepas menukar duit syiling berkenaan di sebuah pam petrol, dia menyedari bahawa kanak-kanak itu hanya membayar RM18 dimana jumlah sebenar adalah RM28.50.

Sengaja mahu mengusik, Faiz bertanya semula kepada kanak-kanak itu melalui Whatsapp dengan memberitahu bahawa jumlah pembayaran sebelum ini tidak mencukupi selain bergurau ingin membuat laporan polis.

“Saya cuma teringin bang…”

Risau dengan keadaan itu, kanak-kanak tersebut meminta penghantar makanan berkenaan datang kembali ke rumahnya dan berjanji akan membayar baki RM15 lagi.

Bagaimanapun, Faiz menghalalkan baki tersebut dan menyifatkan itu adalah rezeki kanak-kanak berkenaan yang telah lama teringin untuk menikmati pizza.

“Saya takut ayah saya marah. Saya cuma teringin nak makan. Abang datang lah rumah saya, saya bagi RM15 duit makanan & penghantaran,” kata kanak-kanak tersebut.

Sumber: Twitter

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggung-jawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published.