D0KTOR, INJECTl0N KASI MATl ADA TAKK??!

Baru sebentar tadi seorang pesakit tua dalam lingkungan 80an datang ke dalam bilik rawatan saya ditemani anak lelakinya.

Sepanjang konsultasi dijalankan, saya melihat anaknya tidak berhenti-henti mema’rahi bapanya yang kelihatan sudah sedikit ny4nyuk, namun masih petah berbicara.

Pesakit tua tersebut mengalami masaIah pening akibat tersalah memakan ubat yang diberikan, mungkin kerana ny4nyuk, ub4t kencing manis dan d4rah tinggi beliau sy lihat sudah bercampur aduk.

Timbul rasa kasihan dan simpati, saya pon menasihati beliau termasuk anak lelakinya akan kepentingan memakan ub4t d4rah tinggi dan kencing manis tepat pada waktunya agar pesakit tidak lagi kepeningan.

Selanjutnya, anaknya meminta agar saya memberikan suntikan bagi menghilangkan pening ayahnya itu. Setelah menilai beberapa risik0 lain, saya pon bersetuju utk memberikan sun’tikan utk menghilangkan pening supaya pes4kit dapat pulang dalam keadaan selesa.

Saat hendak dicucuk, beberapa kali anaknya menngking bapanya. Bayangkan seorang tua yg sudah hampir mencecah satu abad, dengan pergerakan yang terketar-ketar, dan suara yang Iemah, pesakit itu berkata,

“D0ktor, inj3ction kasi m4ti ada tak?”

…Anaknya yang sedari tadi menengking2 kini terdiam. Termasuk saya.

Bagi menenangkan pes4kit itu, saya bertanya, “Kenapa pakcik mau itu inj3ction?” Dia menjawab, “Wa sudah tua, takde guna lagi hidup kasi susah orang saja”

Allahu.. lihatlah betapa hati dan perasaan orang tua ini sudah begitu r3muk dengan kerenah anaknya, sehinggakan beliau tidak lagi sanggup hidup.

Saya menenangkan pesakit dan anaknya lagi, ” Pakcik, masa you kecik, you sudah jaga you punya anak baik-baik sampai besar, sekarang dia sudah besar, dia punya turn la jaga you maa.. Jangan sedih2 ok?”

Beliau tidak menjawab, hanya dengan berlinangan air mata beliau mengangguk. Anaknya pula sudah mula berdiam diri, mungkin baru tersedar akan perbuatannya yg meIampaui batas sebentar tadi.

Sampai saat hendak keluar, pes4kit tidak henti-henti mengucapkan terima kasih, dan anaknya pula sudah mula memimpin tangan ayahnya untuk keluar dari bilik rawatan, perkataannya juga lebih lembut nadanya.

Wahai anak-anak, berbaktilah kepada kedua ibu bapamu, janganlah pernah jemu melontarkan kata-kata yang lembut kepadanya, dan jangan pernah lupa jasa mereka membesarkan mu selama ini.

Kepada mereka yg baru bergelar ibu bapa pula, janganlah pernah meIemparkan kata-kata tidak elok kepada anak anda semasa mereka kecil, mana tau nanti saat anda sudah tua tidak berdaya, mereka pula akan meIayan anda dengan k4sar hasil daripada perbuatan anda sendiri suatu ketika dahulu.

P/s: Cerita di atas adalah kisah benar dan tiada yang benar melainkan yang benar belaka, peringatan buat kita semua. Walau kisah ini telah berlaku beberapa tahun lepas, pengajaran daripada kisah ini harus diambil untuk kesedaran generasi kedepannya.

*gambar yang dilampirkan adalah gambar hiasan semata-mata…

Sumber : Muhammad Uwais Al Qorni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *