“Memang ada yang ‘masuk’ ni..”- Murid Perempuan Dipapah L0nglai Selepas Bermain Permainan ‘CharIie CharIie’ Di Dalam Tandas Sekolah

Gambar hiasan

Satu kegiIaan baru di kalangan kanak-kanak sekolah beberapa hari ini mengenai Permainan ‘Yes or No’ atau dalam bahasa Inggerisnya, Charlie Charlie Challenge.

Ia merupakan sejenis permainan berunsur dem0nic atau sy4itan, yang bertujuan untuk menyeru r0h atau h4ntu agar menunjukkan bukti kehadiran mereka di kalangan manusia.

Ia dikatakan versi baru permainan papan 0uija, yang pernah popular satu ketika dahulu sebagai medium untuk memanggil r0h mereka yang telah meninggaI dunia.

Di laman sosial, remaja di seluruh dunia menggunakan hashtag #charIiecharIiechaIIenge untuk menunjukkan keterujaan mereka dalam mencuba permainan tersebut.

Kanak-kanak di Malaysia juga tidak lari daripada terjeb4k daripada bermainan permainan ini.

Berikut merupakan perkongsian seorang guru sekolah rendah mengenai pelajarnya yang ‘kesurupan’ selepas bermain permainan tersebut secara senyap-senyap.

Berikut perk0ngsiannya :

Allahuakbar,

Tadi masa sedang mengajar, tiba-tiba lalu 4 orang murid perempuan sedang memapah seorang kawan mereka yang kelihatan l0nglai tidak bermaya.

Saya pun keluar bertanya apa masaIah yang berlaku. Belum sempat ditanya seorang murid terus bersuara.

“Ustaz, dorang main Yes No Yes No”

“Ker4sukan sudah dia, d0rang main di tandas..”, kata seorang pula menyambung.

Saya pula bingung sekejap, berfikir apa pula permainan ‘Yes No Yes No’ ni.

Murid dalam kelas saya mengajar pun bersuara,

“Ustaz si Fulan pun ada ikut main tadi di tandas”, kata seorang murid dalam kelas saya.

Saya tidak ambil kisah pasal lap0ran tersebut kerana lebih memberi perhatian kepada murid yang ker4sukan dengan badannya l0nglai nampak seperti tidak bermaya.

Saya pun bawa murid tersebut ke dalam kelasnya yang betul-betul bersebelahan dengan kelas saya mengajar dan maklumkan kepada cikgu yang sedang mengajar.

Cikgunya terkejut hingga hilang kata-kata mendengar makluman mengenai murid tersebut.

“Ustaz, kasi baca dulu tu..”, kata cikgu tu spontan memohon bantuan.

Saya pun bacalah ayat Kursi dan usap kepala murid tersebut dengan harapan segera sembuh seperti sedia kala dan arahkan mereka untuk duduk di tempat masing-masing.

Setelah itu, saya kembali ke dalam kelas untuk sambung mengajar kerana anggap murid ‘ker4sukan’ tersebut sekadar keteguran biasa dan segera sembuh selepas dibacakan ayatul Kursi.

Selepas selesai mengajar, saya melawat semula kelas sebelah tadi untuk melihat murid yang ker4sukan sebentar tadi dan ketika itu kelihatan pakcik sekuriti yang memang ahli dalam perubatan Islam sedang merawat murid tersebut.

Pakcik tu sempat info,

“Memang ada yang masuk ni, badan dia sejuk. Tadi bibir dia biru dan mata dia merah” katanya memaklumkan.

Dia teruskan merawat dan memberi murid tersebut minum air penawar yang sudah dibacakan dengan ayat-ayat Al-Quran dan syukur murid tersebut beransur pulih.

Sebelum sampai masa pulang, oleh kerana masih tertanya-tanya apa itu permainan ‘Yes No’, maka saya buat sedikit carian di google dan mendapati permainan ini bukan permainan baru.

Di barat ianya disebut juga sebagai ‘Charlie Charlie Challenge’ dan sudah banyak berlaku k3s seperti itu di luar negara.

  1. Asasnya adalah daripada sebuah filem yang dihasilkan di luar negara dan ianya bebas ditonton melalui saluran Youtube dengan mudah.
  2. Di barat, ramai dalam kalangan remajanya yang menjadikan permainan ini sebagai sebuah ‘challenge’ atau cabaran untuk kononnya untuk menguji keberanian mereka.
  3. Permainan ini adalah bertujuan untuk memanggiI semangat atau r0h supaya permainan mereka reaI.

Masa pulang, sempat nampak murid yang ker4sukan tadi dalam keadaan yang sudah kembali pulih dan cergas seperti sedia kala.

Saya sempat tanya,

“Fulan (bukan nama sebenar), ok kah?”, tanyaku.

“Ok ustaz..”, katanya ringkas.

“Jangan lagi main lepas ni ya..” kataku menasihati.

“Ok ustaz..” jawabnya ringkas.

Sebagai pengajarannya:

  1. Sebagai guru,

perlu sentiasa peka dengan aktiviti yang dilakukan oleh murid-murid terutamanya tahap 1 yang sememangnya mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi terhadap sesuatu tanpa menghiraukan kesan yang mungkin berlaku.

  1. Sebagai ibu bapa,

Kita perlu sentiasa memantau tontotan anak-anak terutamanya berkaitan filem ser4m yang mempunyai aktiviti atau permainan seperti ini kerana jika gagaI berbuat demikian, risau akan menyebabkan masalah yang tidak diigini berlaku.

  1. Sentiasa memberi nasihat kepada anak-anak dan murid-murid supaya sentiasa berhati-hati dengan trend atau ‘challenge’ peIik supaya menjauhinya agar tidak berlaku ker4sukan atau lebih teruk sehingga kehiIangan ny4wa. Nauzubillah…

Semoga kita semua sentiasa peka dan mengambil perhatian tentang aktiviti anak-anak di sekeliling kita. Jika ternampak aktiviti yang peIik dan memb4hayakan, ambillah tanggungjawab untuk menasihati dan menghaIang mereka daripada meneruskan aktiviti tersebut. In shaa Allah..

#CikguZaher

Sumber : Zahiruddin Juatin

Leave a Reply

Your email address will not be published.