“Ya Allah, Anak Aku”, Luruh J4ntung, Ibu Panik Anak Sulung Ada MiId Au’tism Campak Adik Atas Lantai

“Ya Allah, Anak Aku”
Seorang ibu berkongsi detik c3mas dan situasi p4nik dimana kakak, iaitu anak sulung yang merupakan seorang pengidap miId au’tism dilihat campak adik ke atas lantai.
Benarlah kata orang, menjadi seorang ibu bapa bukan satu hal yang mudah. Lebih-lebih lagi ketika mereka di awal usia kanak-kanak, banyak kerenah dan tindak tanduk yang sangat-sangat perlu diberi perhatian kerana bimbang akan berlaku hal yang tidak diingini.
Begitulah kisah yang dikongsikan oleh seorang ibu menerusi video TikToknya baru-baru ini yang mempunyai dua orang anak yang kedua-duanya masih kecil yang naif, tidak mengerti apa-apa.
Menerusi video TikTok Amiera Baharom, kelihatan anak sulungnya, Amilia yang berusia empat tahun yang juga menghidapi miId au’tism telah melakukan sesuatu di luar jangkaan kepada adiknya yang baru sahaja dilahirkan pada 5 Jun 2022 yang lalu, Amina. Dia mengangkat adiknya lalu dilihat mencampaknya ke lantai.
Video :
Sumber video : Tiktok amierabaharom
Pada awalnya, bapanya cuba untuk memberikan amaran kepada anaknya itu, namun tidak diendahkah. Walaupun begitu, Amiera tidak menyalahkan anaknya itu kerana masih kacil. Ia adalah satu pengajaran kepada dia dan juga para ibu bapa diluar sana supaya lebih cakna dengan tingkah laku anak masing-masing.
”Kami akui kesilapan kami sebab letak Amina kat situ. Benda nak jadi, kami sendiri pun tak jangka semua ini,” katanya.
Selepas di bawa ke hospital, Amiera memaklumkan bahawa anaknya itu dalam keadaan baik-baik sahaja dan tidak ada sebarang Iuka.
”Apa pun, pada yang tidak tahu, anak sulung saya Amilia ada miId au’tism. Ini mungkin salah satu sebab dia bertindak macam itu.
”Percayalah, dia sebenarnya sayang adik dia,” kata ibunya lagi.
Ikuti video yang telah kami kongsikan sebagai satu bentuk pengajaran kepada kita untuk lebih cakna dan berhati-hati dengan sikap anak yang masih kecil.
Kita tidak tahu apa yang mereka fikir dan mereka juga tidak tahu tindakan itu boleh memud4ratkan orang lain.
*Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.
Sumber : Siakapkeli