Hubungan Berakhir Tr4gis, Pelajar Tingkatan Empat M4ti Disyaki Ditekup Bantal Di Bilik Kekasih

KLANG, 27 Jun (Bernama) — Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun m4ti dipercayai dibu nuh oleh teman lelakinya di rumah lelaki itu di Kampung Idaman, Pandamaran, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Cha Hoong Fong, berkata pihaknya menerima panggilan telefon kira-kira jam 3.40 pagi yang memaklumkan terdapat seorang remaja perempuan dalam keadaan tidak sedarkan diri di halaman rumah itu.

Kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu berlaku selepas m4ngsa berusia 16 tahun telah dibawa kekasihnya berusia 24 tahun ke rumahnya menggunakan Perodua Myvi.

“Pada jam 2 pagi semalam, susp3k membawa m4ngsa ke bilik rumahnya, kemudian berlaku perseIisihan faham dan susp3k dipercayai telah menyebabkan kema tian m4ngsa. Susp3k kemudian telah mengangkat m4ngsa dan membawanya keluar dari bilik hingga ke halaman rumah.

“Kemudian susp3k meminta bantuan daripada ahli keluarganya yang sedang tidur di dalam rumah tersebut. Ahli keluarga kemudian menelefon p0lis memaklumkan mengenai kejadian itu dan kem4tian m4ngsa disahkan oleh pegawai perub4tan yang tiba di lokasi berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat P0lis Daerah Klang Selatan, di sini, hari ini.

Katanya, susp3k berusia 24 tahun itu dan m4ngsa, pelajat Tingkatan Empat, sudah berkenalan selama setahun serta hubungan mereka diketahui keluarga masing-masing, selain m4ngsa tinggal di Puchong bersama bapa saudaranya.

Cha berkata hasil pemeriksaan awal pada badan m4ngsa mendapati beberapa kesan caIar dan Iebam di bahagian muka dan leher.

“Lap0ran bed4h si4sat mendapati punca kem4tian adalah disebabkan Iemas akibat ditekup,” katanya.

Beliau berkata susp3k, yang tiada rekod lampau, dit4ngkap di lokasi kejadian dan  kini dire’man sehingga 3 Julai ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Kes3ksaan kerana membu’nuh.

Sumber: BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *