Semuanya Demi Mengisi Perut 9 Orang Anak Yang Masih Kecil..

Ketika hidup dunia ini, manusia tidak akan terlepas daripada ujian yang pelbagai. Ada yang diuji dengan kesus4han, ada yang diuji dengan kesenangan, tidak kurang juga yang diuji dengan pasangan.
Ada antara kita yang diuji dengan pasangan yang b4ran, ada juga yang dikurniakan dengan pasangan yang sangat baik namun sedihnya, ia hanya di’pinjam’kan seketika bersama kita.
Seperti yang dihadapi oleh wanita separuh baya ini apabila terpaksa menjadi ibu tunggal sejurus mengambil tanggungjawab penuh untuk menyara 9 orang anaknya yang masih kecil.

Demi mengisi perut 9 anak-anaknya yang masih kecil, ibu hebat ini terpaksa meninggalkan anak-anaknya untuk keluar mencari rezeki, membela nasib mereka.
Demi melihat anak-anaknya yang masih kecil cukup segalanya, si ibu gigih berkeliling bandar menjunjung bakul yang penuh berisi ‘harapan’, ke sana sini menjaja jualannya dengan harapan ada rezeki buat si kecil yang menunggu di rumah.
“Untuk anak-anak, saya kena berusaha…”katanya.
Begitulah pengorbanan seorang ibu demi anak-anak kesayangannya. Sesusah manapun, tidak menjadi masalah buat mereka asalkan perut anak-anak sentiasa terisi.
Kegigihan wanita hebat ini telah dikongsikan melalui satu posting di Page Vitaminbae yang mana akhirnya tular di sosial media dan mengundang sebak ramai pihak.
Posting Vitaminbae :
“Semua demi anaknya seramai 9 orang yang masih kecil semuanya..
Alhamdulillah berpeluang lagi berkongsikan rezeki kawan-kawan dengan ibu ini. Terima kasih semua yang terus membantu misi kecil kita.
Doakan semua ya..”
Lokasi: Sekitar Bandar Prima dan Bandar Indah, Sandakan.
-Tim Vitaminbae
Buat yang berdekatan, mohon jasa baik semua untuk bantu wanita hebat ini.. Tidak mampu beli banyak, beli sebungkus juga sudah memadai.
Tidak mampu dengan wang, bantu untuk promosikan jualannya juga tidak mengapa.


Semoga kesembilan-sembilan cahaya mata ibu hebat ini membesar menjadi anak yang soleh-solehah, berjaya dan akan berbakti kepada si ibu kelak.
Aamiin ya rabbal a’lamin..
Gambar :


Sumber : Vitaminbae
Dah baca, jangan lupa like, share dan komen..
Semoga pembaca kami dikurniakan kesihatan dan rezeki yang melimpah seluas lautan..Aamiin.