Walau Hidup Serba Kekurangan, Wanita Ini Menyara Puluhan Anak Angkat, Termasuk Anak Ya’tim

Ibu Hebat Ini Menyara Puluhan Anak Angkat

Kisah seorang ibu syurga yang menyara puluhan anak angkat mendapat perhatian masyarakat dan telah tular di sosial media. Ibu yang tular ini ialah salah seorang daripada asnaf yang telah dibantu oleh Vitaminbae, iaitu team persendirian yang menjalankan misi kemanusiaan sekitar Sabah.

Gerai jualan di kaki lima rumah..

Melalui perkongsian video di akaun Youtube Vitaminbae, wanita hebat yang lebih dikenali sebagai Makcik Nona oleh penduduk sekitar merupakan seorang peniaga kecil-kecilan di sana. Selain berniaga, dia juga menawarkan perkhidm4tan mengurut untuk wanita berp4ntang.

Ketika tinjauan team Vitaminbae di sana, makcik Nona sedang menjaga gerai kecilnya yang dibuka di hadapan rumahnya. Makcik Nona menjual pelbagai jenis makanan di gerainya termasuklah leher ayam goreng dan keropok tepung yang masing-masing dijual pada harga 10 sen seketul!

Antara jualan makcik Nona

Ketika ditanya tentang jualannya yang dijual dengan harga yang agak rendah, makcik Nona menjelaskan bahawa jualannya murah kerana penduduk di kawasan tersebut juga kebanyakannya tidak berkemampuan seperti dirinya.

Makcik Nona juga sering beramal melalui jualannya, jika pelanggannya tidak berduit atau tidak cukup duit, selalunya dia akan beri mereka makanan secara percuma sahaja.

Menurut Makcik Nona lagi, dia memutuskan untuk berniaga kerana mahu mengumpul duit untuk menghantar anak-anak angkatnya yang sudah cukup umur untuk ke sekolah selain untuk membeli keperluan suaminya yang kurang sihat.

Antara anak-anak angkat jagaannya…

Menceritakan tentang anak-anak angkatnya, dia berkata mereka semua daripada latarbelakang yang berbeza. Ada anak yatim, ada anak-anak terbiar, ada yang ditinggalkan ibu bapa, dan ada juga yang datang sendiri ke rumahnya untuk menumpang kasih.

“Anak-anak ini ada diantaranya yang dititip oleh ibu bapa mereka kerana dip3njara, ada anak yat1m, anak-anak terbiar.. semua saya sayang sama rata. Semua seperti anak-anak saya sendiri..” kata Makcik Nona.

“Kerana saya seorang ibu..”-Makcik Nona

Alhamdulillah, anak-anak angkatnya semua pandai berdikari dan rajin menolong makcik Nona membuat kerja-kerja rumah.

“Apa yang saya makan, itulah juga yang anak-anak saya makan.. meski hanya telur sebiji, saya akan bahagi-bahagikannya asalkan semuanya dapat merasa” – katanya lagi.

Kerana naluri penyayang seorang ibulah, wanita hebat  ini tidak kisah bersusah pay4h membesarkan serta berusaha menyek0lahkan kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini.

Anak-anak yang sentiasa memeriahkan gerai kecilnya…

MasyaAllah hebat sungguh ibu syurga ini. Ketika dia juga hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, namun naluri keibuannya lebih kuat daripada kesusahan yang dirasa.

Bercerita tentang suaminya pula, menurut cerita makcik Nona, suaminya mengalami mas4lah kesihat4n semenjak setahun lalu, menyebabkan tugasan sebagai ketua rumah tergalas di bahunya.

Suami Makcik Nona terIantar S4kit..

Ketika artikel ini ditulis, makcik Nona difahamkan telah mempunyai lebih kurang 40 anak angkat. Terima kasih kepada Team Vitaminbae yang sudah menyiarkan kisah ibu hebat ini sehingga mendapat perhatian daripada banyak pihak.

Ya Allah permudahkan urusan ibu hebat ini. Jadikan anak-anak angkatnya sebagai insan yang berguna dan InsyaaAllah, orang yang akan menarik makcik Nona ke syurga kelak. Aaminn..

Anak-anak makcik nona selalu membantunya di rumah.

Anak-anak angkatnya berbahagi tugasan mengurus rumah…

Video :

Melalui sumber terkini, rumah makcik Nona telah dibaik pulih dengan bantuan dana dari pihak Vitaminbae dan dermawan-dermawan yang mahu nama mereka dirahsiakan.

Sumber : Vitaminbae

Leave a Reply

Your email address will not be published.