MENGHARUKAN! FILEM MAT KILAU DARI MATA SEORANG WANITA. WAJIB BACA!

Filem Mat Kilau yang kini menjadi bualan masyarakat mendapat banyak reaksi daripada penonton lelaki juga wanita.

Pelbagai pandangan dikongsikan, ada yang memuji ada juga sebaliknya. Namun penulisan daripada seorang wanita bernama  Fatin Nadhirah Idrus sungguh menarik minat kami untuk dikongsikan kepada para pembaca laman ini.

Berikut merupakan perkongsian pandangan filem 8 juta ini dari pandangan seorang wanita, yang bergelar isteri :

Fenomena filem Mat Kilau yg sangat MasyaAllah sekarang ni, Saya pun tengok jugak malam tadi Alhamdulillah, dan ini “view” saya.

Masa scene isteri Wahid mengadu yg suaminya sentiasa tak ada di rumah, dan ada sebut dia memerlukan suaminya ketika sa’rat mengandung.

Saya terus cakap dekat Akmal masa tu, “Sebab tu, isteri-isteri yang ‘MasyaAllah’ ni memang isteri-isteri Nabi. Sebab level diorang ni lain..”.

Lepas tu, dia cakap terima kasih kat saya. Saya fikir kejap, apa saya buat yg dia berterima kasih tu. Tapi dalam hati, memang saya hargai ucapan ringkas tu.

Sangat bermakna.

Rasa diingati, dihargai..

Mesej untuk kaum isteri :

Kalau ikut filem Mat Kilau, bukan senang nak sampai level isteri Mat Kilau. Mujahadah dia tinggi. Dia sentiasa bagi kata kata semangat pada suaminya.

Tapi cuba tengok scene dekat sungai masa Mat Kilau suruh isteri dan anaknya pulang tu… Isteri nya toleh lagi sekali ke belakang dan menunjukkan muka sedih. Jadi, wanita ni walaupun dia bermujahadah, perkara paling sukar antaranya adalah BAT TLE OF EMOTIONS. Sebab mereka manusia biasa. Dalam redha, dalam reIa, adakalanya akan tersangkut juga sedih, piIu, rindu, risau dan sebagainya.

Contoh lain, isteri Wahid, memang dia berat nak terima apa yg Wahid selalu buat. Tapi tengok mujahadahnya, sampai ke akhir nafasnya, kan? Dia sanggup tak bagitau pihak British di mana lokasi suaminya ketika itu. Akhirnya, dia dibu nuh.

“Selagi suamimu menegakkan agama Allah SWT, belajar redha. Rasanya manis..”

Mesej untuk kaum suami :

Sentiasa berpegang kepada agama Allah SWT & Rasulullah SAW, macam isteri Wahid kata walaupun sibuk berjuang dan mempertahankan agama bangsa negara, jangan lupa tanggungjawab terhadap keluarga.

Tanggungjawab bukanlah sekadar wang ringgit dan masa. Biarlah masa yang diberikan tu, quality time, bukan “ada tetapi tidak hadir”. Santuni, sentuh dengan kasih sayang, luangkan masa bersama, ucap terima kasih, hargai, dengar luahan hati mereka. Moga Allah SWT sentiasa melindungi para suami yang bermujahadah setiap hari.

Ada satu ketika dulu, Gaza dise rang, saya pernah kata pada Akmal,

“Kalau untuk pertahankan agama, awak pasanglah niat Lillahitaala, saya sentiasa relakan awak pergi”.

Salam Zulhijjah..

Selamat bermujahadah semua, jumpa di Syurga..

Demikian perkongsian yang sangat menyentuh hati daripada seorang isteri bernama Fatin Nadhirah Idrus. Selitan nasihat daripadanya buat yang bergelar suami juga isteri harus kita praktikkan dalam hidup berkeluarga. Semoga rumahtangga yang dibina sentiasa dalam redha Allah SWT. InshaaAllah…

Sumber : Fatin Nadhirah Idrus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *